Bab 22 [ODP]

29.4K 1.1K 47
                                    


"Mana akak ni!". Keluh Suha yang asyik mengerling jam di tangannya. Dah lama tunggu ni.

Suha menyandarkan belakang badan pada tiang bus stop depan sekolah. Mata di tutup. Penat lah.

"Kenapa tak balik lagi ni?". Soal Afiq sebaik sahaja berlabuh di sebelah Suha tetapi dihalang oleh sebuah beg besar Suha.

"Hish kau ni terkejut aku!". Marah Suha kedudukan di betulkan sedikit biar sopan.

"Kau tak jawab lagi soalan aku. Kenapa tak balik lagi?". Soal Afiq menghiraukan bebelan Suha

"Akak aku tak ambik lagi. Dia kata nak jemput aku tapi tak datang datang pon. Penat aku tunggu!". Cerita Suha sambil meluruskan pandangan ke hadapan. Senang je dia cerita pada Afiq.

"Ouh! Akak kau busy kot.." Pujuk Afiq sambil memandang Suha yang lurus pandang ke hadapan.

".. Apa kata aku hantar kau balik?". Cadang Afiq sambil tersengih besar.

"Ah! Tak apa lah, aku tunggu akak aku je. Tak payah susah susah nak hantar aku". Jawab Suha. Segan pula kawan pon tak rapat tiba tiba nak tumpang balik.

"Kau tak payah nak beria macam tak nak balik! Aku tau kau dah lama tunggu nak balik kan? So jom aku hantar jangan nak membebel je kalah mak nenek!".

Afiq memgambil beg yang diantara dia dan Suha. Afiq bangun dari duduk ditangan nya ada beg Suha.

"Kau ni! Aku cakap tak payah tak payah lah! Sebok je hal aku!". Marah Suha lalu cuba untuk merampas kembali beg nya dari tangan Afiq tetapi Afiq menjauhi beg tersebut. .

"Dah dah jom!". Sebuah kereta berhenti di hadapan mereka berdua. Suha masih tercegat.

"Jom lah cepat! Aku tengah offer kau ni. Jangan nak jual mahal sangat". Kata Afiq dengan nada sindiran.

Perlahan perlahan Suha memasuki kedalam kereta itu. Tempat di ambil di sebelah Afiq tetapi masih ada ruang diantara mereka. Afiq memberi arahan supaya menghantar Suha pulang.

Dhia yang baru saja turun dari teksi membayar bayaran dan mengucap terima kasih. Lalu membuka pagar rumah. Harini nasib baik kedai cuti dalam perjalanan Kak Athar beritau yang ada masalah sikit selama 2 hari cuti.

Sebuah kereta berhenti di belakang Dhia. Dhia memusingkan badan untuk melihat gerangan di dalam kereta. Keluar Suha dari kereta tersebut.

"Adik!". Panggil Dhia lalu menuju ke arah adiknya. Keluar seorang budak lelaki sebaik sahaja Suha melangkah keluar dari kereta.

"Akak!". Panggil Suha kembali. Lalu memeluk Dhia erat. Dhia membalas sambil mengusap kepala adiknya.

"Aku balik dulu lah Suha". Kata kata budak lelaki itu menyedarkan Dhia dan Suha kembali ke realiti.

"Ouh terima kasih Afiq". Suha mengambil beg ditangan Afiq lembut. Dhia mengerutkan dahinya apabila melihat budak lelaki itu. Macam kenal tapi dekat mana eih?

"Terima kasih sangat Afiq". Ucap Suha lagi. Sambil tersenyum manis ikhlas kepada budak Afiq itu. Afiq membalas kembali dengan senyuman yang agak kekok pada Suha dan Dhia. Dalam hatinya berasa sungguh gembira bila Suha tersenyum begitu padanya.

"Akak kenapa tak ambik Suha tadi..". Meleret suara Suha menyuarakan soalan itu apabila kereta Afiq berlalu pergi. Mulutnya dimuncungkan.

Dhia mengambil beg dan membawa masuk ke dalam rumah. Ruang tamu di tuju.

"Bukan tak nak ambik tapi ada masalah sikit dik". Dhia mengusap bahu adiknya.

"Akak nangis ke?" Soal Suha apabila melihat wajah Dhia yang masih merah.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now