bab 2 [ODP]

47K 1.6K 12
                                    


" Kakak". Sapa adiknya kepada Dhia yang baru sampai di rumah.

" Ya adik kenapa". Tanya Dhia kepada adik. Adik memang akan keluar bila Dhia sampai di rumah

" Tak ada apa". Riang suara adik menjawab.

Dhia menanggalkan kasut dan menyusun di rak kasut.
Dhia menyusun kasut yang tidak berapa tersusun. Sedang menyusun kasut Dhia merasakan gerak geri dia diperhatikan oleh seseorang. Dhia memandang ke luar pagar untuk melihat sesiapa yang berada di luar. Tiada sesiapa pun.

" Kenapa kak". Tanya adik. Mungkin dia pelik melihat kakaknya seperti mencari sesuatu

"Adik masuk dalam dulu". Dhia memberi beg sandang kepada adik dan menyuruh dia masuk ke dalam rumah dahulu.

" Okay". Adik tidak banyak bertanya lalu membawa beg Dhia masuk ke dalam.

Dhia menyarungkan kasut selipar dan berjalan ke arah pagar untuk melihat dengan lebih dekat dan jelas. Dhia melihat tanpa membuka pintu pagar, bahaya mungkin ada penjenayah yang mengikuti dia sampai ke rumah lebih baik tengok dari dalam pagar sahaja.

Melilau mata Dhia memandang sekeliling luar rumah. Sedang Dhia memerhati dia ternampak sebuah kereta audi A6 yang sedang berhenti di depan rumah jirannya di bawah pokok. Dhia tenung betul betul kereta itu untuk melihat gerangan yang berada di dalam kereta tersebut.

Puas Dhia merenung tetapi tidak nampak kerana cermin keretanya berwarna hitam. Malas mahu memikir panjang Dhia mengangkat bahu tanda tak tahu dan segera masuk kedalam rumah. Mungkin anak jiran kot. Mungkin orang sedang berehat. Mungkin perasaan Dhia je kot ada orang ikut dirinha.

Setelah Dhia masuk ke dalam rumah, lekas dia menutup pintu dan menguncinya. Kedengaran bunyi kereta bergerak dan berhenti di depan rumah. Dhia menyelak langsir untuk melihat, rupanya kereta tadi yang berhenti di depan rumah.

Apa kehendak kereta itu?. Kenapa berhenti depan rumah?. Nak cari siapa?. Nampak gaya macam orang kaya je punya kereta. Dhi mahu menutup kembali langsir tetapi hatinya keras mahu melihat, sedang Dhia melihat, empunya kereta menurunkan cermin dan memandang ke arahnya.

Dhia terkejut dan segera menutup langsir, dia berpaling dan memegang dada. Selepas, itu kedengaran bunyi kereta itu pergi. Dhia kembali melihat dan kereta itu sudah tiada.

" Kak kenapa ni". Dhia membuka mata bila adik bersuara. Dia memandang Dhia dengan muka yang pelik.

" Tak ada apa apa lahh adik haha". Tergagap Dhia berkata, jantung masih memainkan peranan mengepam laju. Kenapa dengan jantung ni. Aku berlagak sahaja seperti tiada apa yang berlaku.

"Betul ni tak ada apa apa?". Adik mengingin kepastian daripada Dhia. Mungkin melihat Dhia begini membuatkan dia berasa pelik

" Betul dik, adik dah siapkan kerja sekolah". Dhia menukar topik perbualan dan berjalan ke arah adik dan memaut bahunya supaya berjalan bersama sama.

"Dah siap dah ". Yakin adik menjawab.

" Kalau macamtu akak masuk bilik dululah nak mandi berlegas badan dah". Dhia segera berjalan ke arah bilik. Rumah yang mereka duduki hanya ada satu tingkat sahaja. Itupun rumah tinggalan arwah ayah dan ibu.

" Mmm .. Pergilah patut lahh macam ada bau tadi". Sempat adik bergurau. Kelihatan adik sedang mengetawakan Dhia.

" Akak bagi ketiak ni kang" Dhia pun mengacah gacah seperti mahu melekapkan tangan di ketiak. Tak kene ye cuma acah je.

" Hahaha ketiak masam nak bagi orang cium pulak". Jahat punya adik. Aku bagi betul betul nanti baru tau. Mau pengsan 3 hari. Haha gurau je ketiak aku wangi okay. Kalau bagi orang cium, takut orang tu nak lagi sampai melekat dekat aku tak nak lepas.

Obses Dalam Percintaan -MSA-  Where stories live. Discover now