Intro

53 1 0
                                        

Tahniah, awak dah jadi tunangan orang".

Senyap.

"Nanti majlis kahwin saya, awak datang ya."

"Insyaallah saya datang."

"Awak bila pulak nak bertunang? Atau terus saja kahwin, buat majlis menyambut menantu?"

"Nanti saya akan bagitahu awak apabila sampai masanya. Tak lupa punya la awak."

"Janji tau. Mana tahu, kahwin pun tak jemput. Tahu-tahu anak dah tiga orang."

"Haha. Takde la, mana boleh lupa geng lama masa universiti dulu. Sekejap saja masa berlalu. Tahu-tahu awak yang bertunang dulu. Terkejut juga la saya. Ala, biasa la tunang, tak wajib hebohkan."

"Saja buat kejutan. Takut hebohkan nanti awak terkejut biawak la pulak. Ni up sikit dari terkejut beruk. Haru nanti kalau awak terkejut beruk."

Senyum.

"Mana boleh terkejut beruk pulak? Kang beruk nak terkejut apa?"

"Nak kena tumbuk? Berdarah hidung tu nanti."

"Eh, kalau awak ada penumbuk, saya ada benda lain."

"Benda apa yang benda lain tu?"

"Saya buat fire ultraman. Bzz bzz".

"Hahaha. Masih sama macam dulu. Kebudak-budakan."

"Tak boleh nak terlalu strict. Kang ada yang stress. Haru pulak."

"Mana ada stress, awak je fikir macam tu. Saya biasa saja."

"I know la."

"Kidding."

"Told you before, once you angry for one minute, you lost 60 second of happiness."

"Still remember. Masih ingat. Thanks ingatkan saya."

"Sama-sama. Hope you will happy with your own family then."

"You too. Ha, dah ada yang menawan di hati ke?"

"Er, susah nak cakap. Jangan gelak pulak."

"Dah agak, dah ada someone in your life. Nak sembunyikan la tu. Siapakah insan yang bertuah itu? Cerita sikit."

"Bukan insan, ni dah termasuk jantung, peparu, abdomen, limpa, pankreas, ginjal, kornea, termasuk sistem rangka."

"Hei, main-main pulak. Tu dah satu bahagian tubuh manusia. Siap keluarkan satu-satu lagi bahagian dalaman manusia."

"Biasa la, kan dalaman manusia jugak tu?"

"Aku tumbuk kan!"

"Haip, haip. Control your emotion."

Dush.

"Adoi. Kenapa ketuk kepala?"

"Biol. Haha. Senget. Sengal."

Lagenda Budak Bio[L]Des histoires addictives. Découvrez maintenant