CHAPTER 17

31 5 0
                                    

(Baekhyun pov)

Doktor berpusu-pusu masuk ke bilik Suho. Teruk sangat ke kawan aku tu?

"Sekarang ni baru kau puas hatikan Baekhyun!!" Jerit Lia.

"Apa pulak salah aku?! Aku tak buat apa2 pun" kata aku.

"Bukan salah kau?! Salah kaulah kalau kau tak tumbuk dia tadi benda ni takkan terjadi, kau tahu tak?! Sekarang ni aku nak bagi tahu apa kat omma Suho kalau dia tahu Suho pengsan?!" Tanya Lia. Bukan masalah aku pun. Pandai2lah kau uruskan. Tapi takkan aku nak kata macam tu, nanti mahunya dia bunuh aku.

"Ma..manalah aku tahu. Kau cakap jelah yang dia pengsan sebab kepala dia pening sangat ke, apa ke? Aku tak tahu."

"Amboi, senangnya kau cakap. Kalau apa2 jadi kat Suho macam mana? Kalau dia mati macam mana? Kau nak bertanggungjawab?"

"Ehh.. takkan sampai mati kot. Kena tumbuk je. Aku pun kena tumbuk, tapi tak mati pun." Cuba pertahankan diri aku.

"Eee.... kau ni! Aku tak terima cinta kau!"  Bwo!!

"Tapi kenapa?"

"Sebab aku benci kau!"

"Lia-shi, aku sayangkan kau janganlah buat aku macam ni. Takkan sebab Suho pengsan kau nak buat aku macam ni."

"Memang sebab ni aku buat kau macam ni! Kau pentingkan diri kau! Kot ye pun kau cemburu, perlu ke kau tumbuk dia?! Dia tu sakit lagi. Baru je bangun dari koma. Kau tak kesian ke kat dia? Sebab kau dia jadi macam tu." Kata Lia.

"Habis tu kau nak kata aku salahlah? Suho tu kau tak salahlan dia pulak. Dia pun salah sebab cuba cium kau." Kata aku. Ikutkan hati nak je aku bunuh si Suho tu. Tapi aku takut kesian dengan omma ngan appa dia. Yelah anak tunggalkan. Korang ingat aku tak ada hati perut ke? Hati aku ni ada rasa kesian tau.

Doktor keluar dari bilik itu. Lia terus ke doktor itu.

"Doktor macam mana dengan namchin saya. Dia ok tak?" What!! Namchin?! Jadi dia terima cinta Suho.

"Jadi awak yeochin dia? Sila ikut saya." Kata doktor itu.

"Nae. Kau tunggu sini. Kalau ada apa2 jadi kat Suho, aku bunuh kau." Kata Lia sambil jeling aku. Amboi mengugut nampak. Serius sangat ke? Risau pulak aku.

(Lia pov)

"Kenapa dengan namchin saya doktor?" Tanya aku. Aku dah terima Suho sebagai namchin aku. Korang suka tak? Aku dah lama suka kat dia. Korang je tak tahu. Hahahaha..*evil laugh*

"Dia tak ada apa2. Tak ada kecederaan seruis pun. Tapi saya nak tahu macam mana dia boleh pengsan?" Tanya doktor itu atau lebih dikenali sebagai Dr Song. Alah doktor yang rawat Suho masa mula2 dia kemalangan tu.

"Aaa... dia pengsan sebab dia kata kepala dia sakit sangat. Dia menjerit lepastu dia pengsan." Selamat kali ni kau Baekhyun.

"Saya rasa itu bukan jawapan yang sebenar." Kata Dr Song. Alah doktor ni kau nak apa sebenarnya.

"Saya kata macam tu sebab ada kecederaan kat bibir dia dan ada beberapa lebam kat muka dia. Dan ada yang buat laporan yang ada sikit pergaduhan di bilik Suho." Nampaknya aku memang tak pandai menipu. Doktor ni lebih pandai.

"Kalau saya cerita benda yang sebenar, doktor jangan bagitahu ahli keluarga dia tau. Saya takut kawan saya tu masuk lokap pulak" kata aku.

"Baiklah." Kata Dr Song. Nasib baik. Jadi aku cerita semuanya kat doktor tu. Dia hanya mengangguk.

"Macam tulah ceritanya. Saya harap doktor tak bawak hal ni ke makamah ya." Kata aku. Takut jugak aku kalau benda di bawak ke makamah.

"Baiklah. Saya takkan bawak benda ni kemakamah, tapi saya harap benda ni tak berulang lagi. Ini kerana akan bawa pengaruh buruk pada hospital ni."

ONLY YOU, SUHO Where stories live. Discover now