Ketika kak Aa mahu mencapai kocek baju kurungku, terus aku mengelak. Tanganku aku cuba untuk lepaskan. Tak semena-mena tubuh Kak Ea, tertolak ke belakang saat aku melepaskan tanganku. Bahu kak Aa pula aku tolak kasar sehingga dia jatuh terduduk di atas lantai.

Tergamam Kak Pa dibuatnya bila melihat aku mengerjakana teman-teman seangkatannya. Aku juga turut terkejut dengan apa yang aku lakukan pada mereka berdua. Berura-ura aku mahu pergi pamtas kak Pa menarik tudungku sehingga aku tertarik ke belakang.

"Tak guna! Kau fikir kau siapa boleh cederakan kawan aku? Dasar perempuan tak guna!"herdiknya lalu mencampak tubuhku menyembah bumi.

Aku tersungkur ke lantai. Sikuku yang sedikit pedih buatkan aku rasa mahu menangis.

"Pa, apa kau buat ni? Kita cuma nak tapau duit dia.. bukan bunuh dia!"sergah Kak Da yang terkejut melihat tindakan drastik temannya itu.

Kak Pa mendengus geram. "Kalau dengan cara baik pun tak boleh, jangan larang aku guna cara kasar." ugutnya sambil matanya menikam tajam ke anak mataku.

Telan liur aku dibuatnya. Aku sudah menyeret tubuhku ke belakang perlahan apabila langkah Kak Pa menghampiri. Dia sudah tersenyum sinis.

"Padan muka kau! Kali ini, aku habiskan kau!" suaranya sudah nyaring.

Aku sudah gelengkan kepala sambil berkali-kali aku merayu untuk dia maafkan aku. Namun, kak Pa langsung tak pedulikan rayuanku. Gelagatnya seperti orang yang sudah kerasukan.

"Paqirah!"

Aku dan mereka berlima sama-sama menoleh ke arah Cikgu El a.k.a cikgu Disiplin paling garang di sekolah ini. Dia sudah melibas-libas tangannya dengan rotan sambil ekor matanya merenung satu persatu wajah 'PEDAL CANTIKZ'.

Kesemua mereka sudah menikus kecuali Kak Pa. Matanya terus menikam tajam ke arah seorang gadis berbaju pengawas yang berdiri di sebelah cikgu El. Wajah gadis itu tampak biasa, tidak langsung tergugat cuak.

"Kamu tapau orang lagi ke?" lantang suara wanita berusia 45 tahun itu bertanya.

Kecut perut aku bila terdengar suara cikgu El yang lantangnya itu ibarat guruh di langit. Aku lihat Kak La sudah menyiku-nyiku tangan kak Da. Takut ler tu?!.

"Cakap?!"gertak cikgu El bengis.

"T-t-tak, cikgu!" bohong Kak La sudah terketar-ketar.

Mana tak terketarnya, cikgu El tu dahlah mak sedaranya. Ha, harap aje mak sedara cikgu disiplin.. anak sedaranya perangai macam hareemm..

"Ini dah amalan kali terakhir saya berikan pada kamu berlima. Saya nak.. kamu berlima ikut saya ke bilik disiplin sekarang juga!"arah Cikgu El merenung garang wajah Kak La dan Kak Pa.

"Apa salah kami cikgu?" Kak Pa masih mahu membela diri.

"Kamu boleh tanya lagi apa salah kamu? Tu, kamu nak buat apa dengan budak Lara tu? Tak ke tapau gitu?"gertak cikgu El kini beralih memandangku yang masih terduduk di atas lantai.

Tak semena-mena Kak Pa mengalihkan pandangan ke arahku. Dia mengetap bibir kerana marah.

"Siap kau lepas ni."bisiknya dalam nada mengugut.

Tergamam aku bila dengar ugutannya itu. Aku sudah telan liur memandangnya.

"Ha, ha... tercegat apa lagi tu? Nak cikgu kira sampai tiga, baru kamu semua nak gerak? Macam tu?" celah cikgu El apabila melihat ahli kumpulan 'PEDAL CANTIKZ' langsung tak berganjak.

Mereka terus gelengkan kepala. Namun, masih tak bergerak.

"Sa.."belum sempat cikgu El mahu habiskan satu.

Cepat-cepat mereka berlima lintang pukang ke bilik disiplin. Aku yang melihat gelagat mereka sekadar tertawa kecil. Baru tahu beza langit dengan bumi.

Setelah cikgu El beredar bersama kumpulan 'PEDAL CANTIKZ', pengawas tersebut segera menghampiriku. Sebingkis senyuman dia berikan kepada aku.

Ketika berura-ura dia menghulurkan tangan mahu membantuku, segera aku tepis lembut. Aku bangun dengan sendirinya.

Bukan aku tak kenal siapa pengawas ni. Dia adalah bakal penolong pengawas untuk tahun depan, Puteri Engku Aryara binti Dato' Sri Engku Mokhtar. Dialah gadis yang sangat berkaliber sekaligus mempunyai nilai akademik yang paling baik di Sekolah Menengah Ayer Cetek. Berbeza betul dengan aku yang hanya orang biasa-biasa saja.

"Terima kasih."ucapku acuh tak acuh.

Dia sekadar meleret senyum tipis. "Awak tak apa-apa kan, Lara?" soalnya dalam nada risau.

Aku sekadar berkerut dahi memandangnya. "Tak de."

Dia diam saja sambil matanya peratikan saja aku. Tak semena-mena matanya buntang. Lenganku dicapainya lalu dibeleknya. Terkejut aku melihat tindakannya itu. Over~~

"Siku awak luka ni! Sakit tak?!"  kerisauan dia melihat lengan bajuku yang sudah merah terkena darah.

Terus aku menarik sikuku semula. Wajahnya aku pandang marah. "Luka sikit aje pun. Jangan lah over sangat. Huh!!" gertakku.

Yara tu kawan sekelas aku tapi disebabkan aku ni jenis introvert sikit jadi aku tak pernah bertegur sapa dengan dia. Aku lebih suka bergaul dengan Wani dan Qurin aje. Geng-geng budak popular itu, aku tak masuk campur. Tak berkenan.

"Kenapa Lara macam tak suka saya? Apa salah saya sampai awak tak suka saya macam ni? Saya ada sakitkan hati awak ke?" soal Yara dengan wajah kesal.

Aku buat muka menyampah. "Yes. Aku memang tak sukakan kau pun. Kau tu over sangat." herdik ku.

"Tapi, saya nak kawan dengan awak. Sejak tingkatan dua lagi, saya nak jadi kawan awak, Lara." ujarnya.

Kata-katanya kali ini buat aku tergamam. Tak semena-mena aku menoleh ke arahnya dengan kening terangkat sebelah. Betul ke?

Yara menggariskan senyuman nya. "Jom, saya belanja awak makan."

"Tak pelah. Aku baru aje lepas makan."

Yara sekadar gelengkan kepala. "Lara tipu kan? Awak tak makan sejak pagi tadi. Betul tak?" tebaknya.

Aku mengetap bibir. Terus aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Omai.. kelentong sudah..

"Jomlah, saya belanja awak." ujarnya lalu menarik aku menurutinya.

"Tak apa. Saya taknak."

"Lara, jangan malu dengan saya. Macam nilah.. awak anggap aje 'Di mana ada Lara, di situ ada Yara'. Okey?" tutur Yara dengan senyuman tersemat di bibir.

Beberapa kali gadis itu memaksa aku untuk menurutinya. Akhirnya, aku mengalah. Hmm.. dah rezeki. Nak buat macam mana kan?

Yurp, permulaan kisah persahabatan yang kurang baik tapi itulah detik permulaan kisah persahabatan yang menyulam kenangan manis antara aku dan Yara.
                    ..................
Bab 1 will being updated in January of 2018

Stay tuned😁

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now