PROLOG

52.7K 1.1K 29
                                    

Dalam kehidupan ini, pasti banyak benda yang buatkan kau rasa gembira, kau rasa sedih dan juga kau rasa marah. Itulah lumrah hidup manusia. Lain orang, lain kisah hidupnya.

Kisah hidup aku sama seperti orang lain. Aku mempunyai keluarga, impian dan juga cita-cita. Namun, mungkin kisah persahabatan aku agak berbeza dengan yang lain. Kenapa? Sebab, aku mempunyai kawan baik yang paling-paling baik di dunia! Yeah, biarlah aku nak mengaku pun kan?

Nama dia Puteri Engku Aryara binti Dato' Sri Engku Mokhtar. Persahabatan kami ibarat persahabatan dua darjat. Dia orang berada manakala aku pula adalah kerabat biasa-biasa saja. Tapi, Yara tak pernah menilai aku pada level harta yang aku miliki.

Aku menghayun langkah laju menuju ke kelas. Perasaanku sudah cemas semacam. Tolonglah aku, Ya Allah. Untuk kali ini aku mohon agar aku terlepas daripada mereka berlima!

"Lara!!"

Terus pergelangan tanganku ditarik kasar lalu tubuhku dihempaskan ke dinding. Aku merintih sakit. Mata aku takut-takut menghadap wajah Kak Pa yang sudah menyinis padaku.

"Kau nak lari mana hah, budak?" jerkahnya seperti mengugutku.

Aku menelan liur. "Er.. er.. Sa-saya nak masuk kelas, kak." ujarku dalam nada takut-takut.

"Kenapa cepat sangat nak ke kelasnya? Waktu rehat pun belum habiskan?"celah Kak La pula sudah berpeluk tubuh. Sukalah dia kerana dapat mengenakan aku.

Siapalah yang tak kenal mereka berlima ni? Kumpulan gadis-gadis cantik paling kejam di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Cetek. Dianggotai oleh kakak-kakak senior tingkatan 5 Puyu iaitu Kak Pa (Ketua), Kak La(Penolong), Kak Da (Naib Penolong), Kak Ea(Bendahari) dan Kak Aa(Junior).

Sebut sahaja kumpulan 'PEDAL CANTIKZ',pasti ramai yang kecut perut. Sudah berapa ramai yang jadi mangsa mereka. Si tapau paling digeruni sekaligus kejam di sekolah menengah ini.

"Mengelak ke, sayang?"giliran Kak Aa pula yang bersuara. Mukanya nampak baik tapi jangan cepat tertipu. Bak kata pepatah jalanan, muka baik hati bangkai.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. "Bukan kak. Sa-saya tertinggal bu-buku dalam kelas." bohongku memandang wajah Kak Aa.

"Argh, aku tak kisahlah apa kau nak buat pun. Yang penting, mana duit kau? Duit?" terus Kak Pa mencelah. Dia sudah mencengkam wajahku menghadapnya.

"Tak ada, kak. Duit yang semalam saya bagi akak itulah duit belanja saya untuk seminggu ni." dalihku dengan wajah resah.

Tak semena-mena tawa Kak Da meletus. Dia merapatiku. Kocek baju kurungku dirabanya. "Tebal semacam aje poket kau ni. Kau nak kelentong kitorang ke, Lara?" sinis dia mengejekku.

Aku terus menutup kocek baju kurungku. Tangan Kak Da yang memegang kocekku, aku tepis kasar.

"Jangan sentuh duit ni kak. Ini duit untuk saya bayar buku Matematik."rayuku pada Kak Pa.

"Sejak bila kau dah pandai bohong pada kitorang ni? Kisah apa aku kalau kau nak bayar buku sekalipun. Kau nampak aku kisah ke?" balas Kak Pa menolak wajahku kasar.

"Kalau banyak cakap pun tak guna, ambil aje terus. Tak payah nak berkompromi sangat dengan budak ni." tingkah kak La pula sambil berpeluk tubuh.

Terus Kak Pa memandang wajah kak Ea dan Kak Aa silih berganti. "Jalankan tugas korang." arahnya.
"Kak, ini duit saya kak. Untuk hari ni aje kak, tolong.." rayuku apabila tangan Kak Ea sudah mengunci kedua-dua tanganku.

Rayuanku yang berkali-kali itu langsung tak menjentik belas dalam hati kak Pa. Dia sekadar menyaksikan teman-temannya bertungkus lumus mahu mendapatkan kocekku.

Between 2 Love(✔Completed)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن