11 : Terjun

84 5 0
                                    

P A R T  1

Cikgu mengadakan kem kecemerlangan Akaun di salah sebuah hotel di Johor (nama hotel adalah rahsia). Kem ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Jadi kena bermalam la di hotel.

1 bilik mempunyai 5 orang. Budak lelaki ditempatkan 1 bilik je sebab hanya 5 orang. Sikit bukan?

Ini cerita tentang budak lelaki kelas aku. Ada something wrong yang mereka hadapi walaupun hanya 1 malam je.

***

Jam menginjak pukul 2 pagi. Anas dan Emir sudah lena diulit mimpi. Daus dan Mail tidak tidur lagi sebab diorang nak jalankan satu misi. Misi apa? Mengetuk bilik budak perempuan. Konon nak takutkan. Siapa lagi seorang budak lelaki yang aku tak mention? Sabar ya.

Sedang sibuk Daus dan Mail menyiapkan diri mereka untuk melakukan misinya. Tiba-tiba Adif bangun dari tidur. Daus dan Mail hanya melihat perlakuan Adif. Adif bangun dari tempat pembaringan dan membuka pintu bilik untuk pergi ke beranda. Matanya tajam memandang kebawah. Dia memegang kuat besi beranda seakan-akan mahu terjun.

"Weh, kau okey ke tidak" tegur Mail.

Adif memandang Mail dan Daus. Pandangan yang menakutkan yang ditunjukkan oleh Adif. Bulu roma Mail mencanak naik.

Apabila ditegur oleh Mail, Adif berasa sangat terkejut. Fikiran dia ligat memikirkan kenapa dia berada di luar bilik. Mengigau ke?

"Entah, aku pun tak tahu" kata Adif sambil tangan kirinya memegang kepalanya lalu masuk ke dalam bilik.

Nasib ada Mail dan Daus. Kalau tiada?

Aktiviti yang ingin dilakukan oleh Mail dan Daus dibatalkan.

Mungkin sebagai peringatan supaya tidak mengenakan orang.

SeramshitWhere stories live. Discover now