7 : Rakaman

27 2 0

Sudah jadi rutin harianku. Datang awal ke sekolah walaupun sudah berpindah ke sekolah baru.

Sementara menunggu perpustakaan buka pada waktu pagi, aku lepak dahulu di sebuah kelas Pengajian Perniagaan. Sudah 10 minit berlalu aku menunggu rakanku datang, tetapi batang hidung mereka tidak kunjung tiba.

Apabila bosan menguasai diri, aku membuka iPhone aku untuk merakam suasana pada pagi di bilik itu. Acah acah paranormal gitu.

Sekian 5 minit merakam aksi aku bagaikan seorang dokumentari, aku memberhentikannya. Aku tengok balik la video itu. Apabila video  berdurasi 3 minit kemudian, dalam video itu aku terdengar. . . . . . .

Bunyi pintu bilik ditutup dengan kuat.

Padahal pada masa itu tiada orang pun.

Dan. . . Masa aku merakamnya, aku tidak mendengar bunyi pintu ditutup pun.

#kisah benar dari rakan

SeramshitRead this story for FREE!