4 : Tandas

56 6 0

Aku ajak kawan aku, Amy pergi ke tandas. Faham faham jela apa sebab pergi ke tandas. Melepaskan hajat la katakan!

Nak dijadikan cerita lepas keluar tandas, aku tengok pintu depan masuk tandas tertutup. Siapa yang tutup?

"Amy, kau tutup ke?" Soal aku. Masa tu muka dia pandang cermin. Aku tak pandang dia. Mata aku menghala ke pintu depan tandas.

Dia tak jawab.

Aku tanya lagi.

Reaksi yang sama diberi.

Bila aku pandang muka dia melalui cermin.

Matanya tajam menikam aku.

Tanpa berkelip.

Mukaku pucat.

Aku mula takut. Jangan macam-macam kena dekat dalam tandas.

Aku sentuh bahu dia.

"Amy, kau okey tak?" Soal aku sambil pandang dia melalui cermin. Dah la pandang aku. Mana tak cuak.

Tiba-tiba dia ketawa.

Rupa-rupanya dia mengenakan aku.

Cis!

#kisah benar dari penulis

SeramshitRead this story for FREE!