12 : Gelap

16 1 0

P A R T 2

Kejadian yang lain tetapi di tempat yang sama seperti Part 1.

Kami meneruskan kelas pada pukul 8 malam. Sebelum itu, solat, berehat dan makan. Apabila berehat aku dan rakan sebilik pergi la menerjah bilik rakan yang lain. Nak menggila. Apa salahnya.

Ada satu bilik rakan aku ini lain sangat. Gelapnya lain macam. Berbanding bilik-bilik rakanku yang lain.

Okey kita masuk biliknya. First thing, kami buat bila masuk bilik mereka iaitu buka tv siaran karaoke. Menyanyi bukan main. Kalah penyanyi note tinggi. Ada seorang rakan bilik itu masuk bilik air. Tiba-tiba lampu bilik air terpadam.

"Weh, siapa yang tutup" jeritnya.

"Mana ada kitorang tutup" jerit kami pula.

Pelik. Semua sedang sibuk menyanyi. Memang masa itu tiada seorang pun pergi dekat tempat plug nak tutup lampu.

Sudahnya, siapa yang tutup?

SeramshitRead this story for FREE!