3 : Di Sebalik CCTV

34 1 0


Bila datang awal dan tiada orang aku dan kakak suka sangat mengintai dari cermin tingkap belakang pejabat. Lagipun cermin kaca, jadi nampak la ada apa dekat dalam. Tujuannya ialah mahu melihat paparan CCTV. Alahh, macam yang ada kat kedai itu. Kusyuk punya kusyuk, tiba-tiba.........

Tiba-tiba paparan CCTV itu menyiarkan ada benda warna putih berjalan. Ya, aku tahu tempat CCTV yang menyiarkannya . Iaitu tempat Blok C. Blok B, merupakan pejabat. Jadi, blok C itu berhadapan dengan belakang pejabat. Dan...... bila aku pandang di tempat yang menyiarkan benda tu..... kau tahu apa yang aku nampak

Tiada apa-apa

Aku pandang balik paparan CCTV itu, dan tiada apa-apa yang aku nampak. Ia kembali seperti yang asal.

Sejak itu, aku dan kakak sudah tak berani nak mengintai paparan CCTV

Manusia ada hijab, kamera tiada. Itu la boleh nampak melalui kamera

SeramshitRead this story for FREE!