1 : Hotel RV

65 4 0

Pada mulanya ada seorang kawan aku yang namanya Syasya tiba-tiba menyuakan isi hatinya nak pergi sebuah hotel namanya RV. RV itu singkatan je. Nama penuhnya adalah rahsia. Kalau nak tahu, pergi cari pakcik Google disana. Masa ini dekat bilik Sains A2. Jadi, bilik Sains tu berhadapan dengan jalan raya. Bila tengok tingkap memang nampak bangunan tu walaupun dari jauh. Jauh hotel tu dengan sekolah aku anggarkan dalam 1KM. Entah kenapa Syasya tiba-tiba cakap macam tu. Lagipun masa itu aku tak duduk semeja dengan Aini, Wiwin dan Rasye. Saja ubah angin kejap. Nak teman Ira dan Jenna. Memang dua orang ini duduk paling belakang. Lagipun bila pandang atas, kipas. Huish sejuk sikit.

"Kau nak pergi tak Ely". Syasya tanya aku.

"Kita berdua?" tanya aku balik

"Ajaklah ramai sikit" jawab Syasya.

Maka bermulalah sesi ajak mengajak. Mula-mula tanya Ira dan Jenna. Ira kata dia on je. Tapi Jenna tu macam taknak. Tak sihat katanya. Em okey. Lepastu, Wiwin pula berjalan ke meja kami. Syasya pun ajak dia. Bukan Wiwin, Ira, Jenna je diajak? Aini, Rasye pun sama. Tapi tak lengkap. Sebenarnya bila digabungkan kami jadi 2 geng. Geng aku Syasya, Rasye, Wiwin, Aini dan Syima. Geng Ira pula terdiri daripada Jenna, Khaty dan Tina. Jadi tak lengkap la. Maka, kami ajaklah Khaty dan Tina sekali. Nak ajak Yuha malas pula. Lagipun dia duduk depan. Malas nak layan. Ok, set 9 orang.

Keesokkan paginya tuisyen macam biasa. Tak lain tak bukan Akaun!

"Kau pergi tak?" Aini tanya aku.

"Entah, tengok dulu la, takut la" jawab aku.

Sebenarnya kami nak pergi ni memang tak cakap dengan parents. Kalau cakap dengan parents ada kena pelangkung nanti. Tapi lepas pergi aku bongkarkan cerita. Sebab rasa bersalah. Marah tu adalah tapi......... "jadi paranormal untuk sehari. Apa salahnya"

Bila masa tuisyen tu la yang ajak Yuha. Ok ON.

Tamat tuisyen tu kami 11 orang pergilah. Siapa lagi seorang? Jenna. Entah tiba-tiba nak ikut. Mulut masing-masing tak boleh nak diam.Pot Pet Pot Pet bila berjalan kaki. Dah la panas. Wiwin pula buat video. Acah-acah paranormal. Itu kami digelarkan SRV. Siap buat group Whatsapp lagi. Tapi sekarang, group tu dah terkubur. Bila dah sampai. Mulalah ada yang tak berani nak naik atas. Sebab bangunan hotel tu agak tinggi la. Kena pula masa yang kami pergi tu pagarnya tak berkunci. Jadi, kami masuklah. Tujuan sebenar bukannya nak cari benda yang seram pun cuma nak lihat permandangan indah yang diciptakan oleh Allah. Selain itu, mahu menyiasat kenapa hotel itu tiada orang luar datang untuk menginap. Baru nak naik hotel kami sudah nampak pengurus hotel tu.

"Pergi-pergi" kata pengurusnya seakan menghalau kami. Bukannya kami menceroboh pun. Dah la dekat tangan dia ada walkie talkie. Siapa tak kecut perut kan.

Jadi kami pergilah turun bawah balik.

Lepas itu kami ada berbual dengan seorang pakcik yang umurnya dalam lingkungan 70 tahun gitu. Pak cik itu ceritakan serba sedikit pasal hotel tu. Dah abis lepastu, Syasya dan Aini nak naik atas balik. Dalam keterpaksaan, kami pun ikut la Syasya dan Aini.

Selagi lagi kami dihalau. Tapi kali ini siap dia panggil anjingnya sekali. Ya Allah, pertama kali kena kejar anjing. Dari tak laju berlari, terus laju. Sampai kawan aku tabik spring sebab aku lari paling laju yang pernah mereka lihat. Selepas itu, kami teruslah balik.

Bila tengok balik gambar yang kami tangkap, ada dalam 2 atau 3 gambar yang mencurigakan. Jangan kata la apa. Penampakan? Mungkin. Lagipun, bangunan itu memang seram. Bila kita pandang hotel itu dari jauh sambil naik kereta atau motor ke. Pandangan kita akan nampak hotel itu seakan-akan bergerak ikut kita. Macam bulan dan bintang la.

Ada juga cerita yang mengatakan ada orang mati di dalam kolam dekat hotel itu. Tu sebabnya ditutup. Mungkin?

Selepas kejadian ini, aku ajaklah ayah aku pergi ke hotel itu,tapi....... Pagar bertutup. Bukan sekali tapi 3 atau 4 kali. Pelik pula. Kenapa masa pergi dengan kawan-kawan pagar tak bertutup? Kawan kelas 1 pun pernah pergi juga tapi pagar pun bertutup.. Hmmm

#kisah benar dari penulis

SeramshitRead this story for FREE!