💖Bab 41💖

7.5K 253 13
                                    

*Edited Version*

"Abang dah call orang suruh datang tinggikan lantai kita.." Ujar Armand ketika kami dalam perjalanan menuju restoran untuk makan tengahari.

Hari ini aku off  tugas setelah tiga malam berturut-turut mendapat shif malam. Pagi tadi, sampai-sampai saja di rumah dan menyediakan sarapan kami yang sudah siap kubeli dalam perjalanan pulang, Armand membenarkan aku tidur sebentar.

Dan ketika aku bangun, jam sudah menunjukkan pukul 11.45 pagi Jadi, Armand memberiku cuti memasak dan memutuskan untuk makan di luar setelah solat Zohor.

"Iya ke, abang? Dah tu, bila dia boleh datang?!" Aku menyoal, sedikit tidak sabar.

"Not in this short while time, sayang.."

Hah?! Dah tu macamana?! Padahal sekarang musim tidak menentu. Siang panas menyengat, tup-tup malam hujan lebat. Takkanlah hari-hari nak kena bersihkan laman?! Aduh.. Mencabar kesabaran sungguh!

"Macam nilah, abang.. Saya ada kawan, tauke hardware. Nanti saya minta tolong dia carikan orang, ya? Rasanya kalau saya yang minta, bila-bila masa saja dia boleh tolong. Sebab saya plan, nak tukar tiles baru untuk garaj kereta and laman kita. Cari corak yang berlainan. Yang tu pun biar dia settle-kan. Kita just pilih design aje.." Kataku.

Dengan tangan yang masih memegang stereng kereta, Armand menatapku sekilas. "Apa nama kawan sayang tu?"

"Namanya Nazri, kawan lama masa sekolah menengah dulu."

"Kawan lama masa sekolah menengah?! Masih contact ke?" Soal Armand dengan nada tidak suka.

"Eh, tak adalah.." Jawabku jujur. Sebenarnya, aku baru bertemu Nazri semula sekitar 7 atau 8 bulan lalu, ketika dia menghantar emaknya ke hospital, itu pun secara tidak sengaja.

Sempat jugalah kami bertukar nombor telefon, kemudian call dan Whatsapp beberapa kali sekadar untuk bertanya khabar sebagai teman lama.

"Dah ada isteri?"

"Siapa?!"

"Kawan sayang itulah..!"

"Nazri?!"

Armand angguk.

"Belum.." Sahutku dan serentak itu, kulihat ada perubahan pada raut wajah Armand. Aku menyedari sesuatu. "Ya ALLAH! Please, jangan cakap abang jealous, ya?!" Aku menahan tawa.

Aku masih teringat bagaimana riak wajah Armand ketika melihat kemesraan aku dan Farid di hari pernikahan kami dulu, walaupun ketika itu ada abang dan kakak iparnya juga, iaitu Sofi dan suaminya, Farhan.

Padahal sebelum itu juga, aku sudah pun mengenalkan mereka. Tapi jelas sepertinya Armand memang tidak suka jika aku terlalu rapat dengan lelaki lain, walaupun teman baik sendiri.

Armand jenis lelaki pencemburu. Malah ketika majlis pertunangan Farid dan Iffa dua minggu lalu pun, jenuh aku memujuknya untuk pergi. Untunglah dia mahu mengikutku tetapi dengan syarat, aku tidak boleh berjauhan langsung darinya. Aduhai, suamiku tercinta!

"Nazri tu, kawan saya masa sekolah menengah dulu. Sekelas pun cuma masa form 2. Beberapa bulan sebelum kita kenal dan nikah, kami bertemu semula secara tak sengaja semasa dia hantarkan emaknya untuk rawatan. Sempatlah berbual dan bertukar nombor phone. Tapi taklah berlanjutan pun. There's nothing more. Dari dulu-dulu pun memang tak ada apa-apa. Bukan ex sebab kami tak pernah bercinta pun! So, tak ada sebab untuk abang jealous, okay?!" Jelasku panjang lebar. Dan memang begitulah kenyataannya.

"Well.. Abang tak cakap pun abang jealous!" Sahut Armand dalam nada biasa seperti tidak terkesan dengan ceritaku tadi.

Aiih.. Muka dah herot berot macam baju tak di iron begini pun, masih tetap tak nak mengaku jealous ke?!

"So, macamana? Nak saya call Nazri tak? Kalau abang tak jealous, maknanya bolehlah, ya?" Aku segera mencapai telefon bimbitku.

"Tak payah! Nanti abang carikan orang lain!"

See..?! 

"And abang nak sayang delete phone number dia! NOW!"

Hahaha.. Tak jealous, konon!

"Yelah.. Yelah, Encik Abang Sayang!" Aku menyembunyikan tawa dan Armand menjeling padaku.

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now