💖Bab 33💖

7.6K 238 9
                                    

*Edited Version*

"Cepat.. Cepat.. Cepat..!" Aku separuh menjerit kepada Armand yang berada beberapa meter di belakangku.

Dia tidak menghiraukan suaraku, masih tetap berlari-lari anak. Di hari kedua menjadi suami isteri, Armand langsung tidak membiarkan aku bermalas-malasan di dalam selimut. Dia memaksa aku menemaninya ber-jogging di sekitar taman perumahan.

Aku memang tidak suka melakukan apa-apa senaman tapi kali ini tidak mengapalah. Kan romantis juga ber-jogging berdua dengan Encik Suami yang macho dan sado seantero Malaya ini!

Armand kemudian memilih untuk duduk di bangku tempat aku berhenti. Kuhulurkan sebotol minuman isotonik yang sedia kubawa dari rumah.

"Macamana, abang.. Best tak jogging?" Tanyaku sambil membetulkan tudung di kepala. Mataku menatap Armand yang sedang meneguk air dari botol. Tubuhnya yang berpeluh membuat dia nampak sangat, hmm.. Basah dan seksi!

"Mestilah best! Tapi lagi best kalau sayang ikut jogging sekali!" Sahutnya sambil mengelap peluh di dahi, wajah dan lehernya dengan tuala kecil yang kuhulur. Dia mengibas-ngibaskan t-shirt Nike yang dipakainya.

Aduh.. Ingin rasanya aku mengintai apa yang tersembunyi di dalam bajunya itu! Aumm..!

"Laa, abang ni! Kan saya dah ikut jogging ni!"

Armand memandangku yang duduk santai di atas skuter.

"Iya! Ikut dengan skuter, bukan ikut ber-jogging! Mana aci!" Dia menjawab ketus.

Aku ketawa, lucu melihat riak marah yang tidak berapa hendak marah, yang ditampilkan di wajahnya. Comel! Kemudian kulirik jam di tangan. Sudah 8.55 pagi.

"Abang, laparlah! Makan bubur ayam, nak?"

"Kat mana?" Dia melepaskan cap, mengusap-usap rambut lalu mengenakan kembali cap di kepala.

"Kat jalan besar sana. Naik motorlah. Jauh sikit.."

Armand berdiri. Meletakkan botol air dan tuala kecil tadi ke dalam raga skuter. Aku bergerak sedikit ke belakang, memberinya ruang untuk duduk di depan.

Setelah hampir 10 minit perjalanan, kami tiba di sebuah warung di tepi jalan. Armand segera mengambil tempat duduk, manakala aku bergerak ke depan kaunter untuk memesan bubur ayam.

Dari tempat aku berdiri ini, aku menatap Armand yang sedang duduk sambil melunjurkan kaki. Kalau dilihat-lihat begini, siapa akan menyangka yang Armand sudah bernikah. Dengan wanita yang ber-title kakak-kakak lagi, siapa lagi kalau bukan aku! Hehe..

Hish, kalau mengingatkan faktor umur, sebenarnya aku masih ragu-ragu sendiri. Kadang-kadang aku masih tetap membayangkan Armand yang lebih muda dariku. Tapi tentulah aku tidak mahu membuat dia tersinggung.

Sebaik mungkin aku berikan penghormatan padanya, selayaknya seorang suami. Lagipun, kalau dilihat dari mata kasar begini, Armand bahkan kelihatan jauh lebih dewasa berbanding usianya dan diriku.

Dan Armand, yang sekarang ini mengenakan cap, bercermin mata putih nipis, t-shirt plain Nike, berseluar pendek longgar paras betis dan berkasut sukan dari jenama sama, benar-benar kelihatan sangat muda dan kacak. Hmm.. Seksi!! Dah macam model Nike-lah pulak dia ni!

Tiba-tiba mataku menangkap kelibat 2 orang gadis datang mendekati Armand. Baju mereka sangat ketat, berseluar ketat pendek dan berkasut sukan. Nampaknya mereka juga seperti baru selesai ber-jogging. Mahu apa pula mereka mendekati Armand?!

Aku mengamati gerak geri mereka. Gadis-gadis itu bercakap-cakap sambil ketawa menggoda pada Armand yang seperti biasa hanya memasang raut wajah datar.

"Ni buburnya, kak. Satu kopi 'o' pekat dan satu teh 'o' ais dan dua bubur ayam, RM12.50." Kata pekerja warung, mengalihkan tumpuanku.

"Ya, ya. Ini duitnya. Terima kasih, dik." Sahutku lantas berjalan cepat membawa dulang berisi dua mangkuk bubur dan minuman kami ke tempat Armand duduk.

Semakin dekat jarakku dengan mereka, semakin jelas pula aku mendengar gadis-gadis berdua itu menanyakan nombor telefon dan alamat Armand.

"Ehhemm..!" Aku sengaja berdehem kuat untuk menarik perhatian mereka.

Armand menoleh dan tersenyum manis padaku. Sementara gadis-gadis itu menatap dengan tatapan tidak suka padaku.

"Sorry, saya bukan orang sini. Cuba tanya isteri saya, maybe dia tahu. Kan, sayang?" Jawab Armand sopan kepada kedua gadis tadi. Dan mereka menatapku dari atas ke bawah dengan tatapan seakan-akan pelik dan terkejut.

"Oh, dah beristeri, ya? Hmm.. It's okay, handsome! Kami pergi dululah, ya." Jawab si gadis hampir serentak sebelum cepat-cepat berlalu dengan lenggang lenggok yang sengaja dibuat-buat.

Aku meletakkan dulang ke atas meja lalu duduk di depan Armand.

"Siapa tu, abang?"

"Entah. Mereka tanya alamat.."

"Alamat abang?"

"Taklah! Mula-mula mereka tanya alamat siapa entah. Bila abang cakap tak kenal, mereka tanya alamat dan nombor phone abang pulak." Jawabnya dalam nada biasa-biasa saja, seolah-olah dia sudah biasa mengalami situasi seperti tadi.

Trick!

"Bila abang suruh tanya sayang, mereka terus pergi.."

"Iyalah tu! Macamanalah mereka tak angkat kaki. Mereka tu nak trick abang, ada ke patut abang suruh tanya isteri?!" Aku ketawa lucu mengingat riak wajah gadis-gadis tadi bila Armand menyebutku sebagai isterinya.

"Trick? What trick?!" Armand menyoal, tidak faham.

"Iya, trick! Itu trick mereka nak tackle abang, nak mengorat abang. Nak berkenalan dengan abang!"

"Sayang pernah pakai trick-trick macam tu?" Tanyanya dengan raut wajah datar.

Hah?! Alamak.. Kenapa pula dia menanyakan perihal itu padaku? Jangan-jangan dia ingat aku pun sama spesis seperti gadis-gadis tadi. Hey, come on-lah! Tengok style-lah, wei!!

"Kenapa sayang tak pernah cuba trick abang macam tu? Sayang tak pernah pun try nak tackle abang!" Sambungnya dengan nada suara dan raut wajah datar, seperti tadi.

Hal-lam-mak..! Dah kenapalah pulak dia nak aku trick dia?! Nak tackle dia buat apa? Dah jadi suami dah pun, kan? Nak ber'nananina'?! Aduh, sabar ya, abang sayang. Sabar. Nanti sampai masa, I'll be all yours, forever. Insha ALLAH!

Aku angkat mata menatapnya yang ralit menyudu bubur ayamnya. Oh, cik abang Armand-ku tersayang..

❤ Pemilik Hatiku, Si Penghalal Cinta ❤Where stories live. Discover now