(Hali: Amboi kau! Kau yang taip, mestilah dia akan fikir camtu!)

Malas nak ambil masa yang lama, Ocho terus menghampiri Hali dan menggoncangkan badan Hali dengan kuat sambil berusaha membangunkan Hali.

Ocho: Abang Hali, bangun~!!

Hali: Nnggh~!! Nantilah...5 minit lagi... (separuh sedar)

Ocho: "Tak boleh jadi ni..." Abang Hali, cepat bangun! Nanti lewat nak ke sekolah!

Hali: Alaahh...tak mo lah pi sekolah~!! Kerja sekolah tak siap lagi. Nanti kena rotan dengan Cikgu Gopal. (menolak Ochobot)

Ocho: Ish...kalahkan budak! =^='

Tak nak mengaku kalah, Ochobot terus menaiki badan Hali dengan sekuatnya untuk membangunkan Hali. Namun percubaannya percuma sahaja. Masih lagi dengan sia-sia.

Ochobot tidak berpuas hati. Dia cuba mencari idea untuk bangunkan Hali. Tapi apa? Aha! Apa kata guna idea ni?

Ochobot mendekatkan mulutnya ke telinga Hali dan menjerit sekuat hatinya.

Ocho: Abang!! Bangun abang!! Kak Gempa dah jatuh cinta dengan orang lain!!

Dengar sahaja nama Gempa disebut, terus Hali bangun secara mengejut sehingga menyebabkan Ochobot jatuh dari badannya. Lebih mengejutkan lagi, Hali bingkas bangun dari katil dan ambil tuala untuk mandi.

Ocho: Eh? Abang Hali nak pergi mana?

Hali: Nak bantah perkahwinan diorang lah! Mana Kak Gempa? Hari nike diorang menikah? Dengan siapa diorang menikah? Dekat mana?!

Dengan kalutnya Hali menyuarakan soalan bertubi-tubi kepada Ochobot. Ochobot yang melihat tingkah laku Hali terus tergelak. Ni memang tak mature ni! Tapi...apa salahnya kalau tipu dia kan? (Oit! Bulan puasa!)

Ocho: Ha! Kak Gempa dah nak pergi dah tu! Dia ada dekat bawah tu! Cepatlah abang kejar dia! Tak payah mandi. Nanti tak sempat bang! Cepat Abang Hali! Cepat!

Terkejut Hali dibuatnya dengan jawapan yang diberikan oleh budak sikecil-kecil molek tu. Dia tidak menghiraukan rambutnya yang kusut dan muka yang masih separa tidur itu. Dia terus berlari turun dengan baju yang lusuh dan tuala yang disangkut di bahu.

Hali ternampak Gempa yang sedang bersandar di sebatang pokok sambil termenung jauh. Dia bergegas menuju ke arah Gempa dan memeluk Gempa.

(Author: Anak ku~!! Haram!! >A<')

Gempa yang tadi di dalam lautan termenung shock habis dengan tingkah laku Hali. Dah kenapa dengan mamat ni?!

Hali: Gempa!! Aku mintak maaf atas apa kesalahan aku selama ni!! Tolong jangan tinggalkan aku Gempa!

Gempa: Eh?! K-kenapa ni Halilintar?! L-lepaskanlah! /////

Hali: Takkan! Kau kena batalkan perkahwinan kau dengan orang lain! Menikah dengan aku Gempa! Aku janji takkan mainkan perasaan kau! Aku sayang kau Gempa! Aku cintakan kau!!

Gempa masih terkejut dengan tingkahlaku Hali tapi dia tersedar yang Ochobot ada di belakang mereka sedang menahan gelak. Gempa baru faham situasi tersebut. Dia hanya menghela nafas. Nak bergurau pun biarlah kena tempat. ^^'

Gempa: Aish...mana ada aku nak menikah dengan orang lain. Kan aku dah janji yang aku akan menikah dengan kau? Halilintar..hey, sudahlah tu. =^='

Hali pun melepaskan pelukannya. Mukanya macam nak menangis tapi ditahan sahaja untuk jaga macho.

Hali: T-tapi..Ochobot kata...

Tidak dapat menahan lawak, Ochobot terus melepaskan ketawa yang terbaha-bahak. Seronok betul dapat tengok Hali yang macam ni. X'D

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now