Part 35

10.5K 463 37
                                    

                    (Muzik- Ed Sheeran,Perfect)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Muzik- Ed Sheeran,Perfect)

"Tak boleh Nufa, remember Doktor Sabrina said you must take a rest at least six months." Adam menggeleng kepalanya tanda tidak bersetuju dengan cadangan Nik Nufa. Patutlah Kak Tia menyendeng semacan bagi hint supaya bagi greenlight tadi, rupanya ada muslihat! Orang perempuan punya perangai memang lain macam.

"Six months? So im gonna die at home. Please lah Adam... sayang, sayang," rengek suara Nik Nufa dimanjakan sambil melabuhkan punggungnya ke peha Adam. Jarinya pula bermain dengan rambut Adam yang belum tersikaf lagi. Godaan ni Adam, tak boleh lemah.

"Tak boleh sayang, awak belum sihat betul. Ubat pun tak boleh skip lagi, every weeks kena pergi check-up lagi. Awak tahukan saya sayangkan awak? Saya taknak awak sakit lagi. Awak tu amanah daripada ayah," Adam cuba membuat isterinya faham akan keadaan sebenar. Adam telah berjanji akan menjaga isterinya dengan baik maka mulai sekarang dia tak akan membiarkan satu pun bahaya singgah pada Nik Nufa.

"Kalau macam tu hantar Nufa balik rumah ayah." Suaranya mendatar saja berjalan ke katil dan baring. Selimut putih tebal dia tarik menutupi separuh tubuhnya.

Merajuk pulak? Haih macam mana aku nak fahamkan isteri aku ni? Kalau kata nak tu, nak jugak. Tak dengar dah apa kata orang.

"Okay, Nufa boleh pergi---"

"Heeyay!" Selimut tadi terbang ke lantai saat Nik Nufa terlalu gembira menjerit.

"But with one condition, listen---"

"Alaa nak bersyarat pulak," cebik Nik Nufa kembali mengalihkan pandangannya.

"Of course, nak dapatkan Nufa dulu pun Adam kena buat semua syarat yang Nufa cipta? Takkanlah nak jaga keselamatan isteri sendiri tak perlukan syarat." Sengaja Adam menyindir isterinya sampai terangkat keningnya.

Eleh! Mengungkit pulak.

"Okay apa syaratnya?" Tanya Nik Nufa acuh tak acuh sudah bersedia mahu mendengar.

"Adam ikut,"

"What? No! Nufa bukan budak sekolah lah pergi kem nak kena ada peneman. Ish, tak ada syarat lain ke Adam?" Sebesar-besar tanda pangkah bermain dalam kepalanya. Budak sekolah tadika pun tak bawak mak bapak pergi camping? Malu lah!

"Nak pergi ke taknak ni?" Tanya Adam sekali lagi mahukan kepastian. Tawarannya terhad untuk beberapa detik saja.

"Haa tapikan Adam kerja, haa tak baik tau bakal bos tinggalkan kerja. Ish, apelah tak amanah. Tak bertanggungjawab, tak berdedikasi." Segala 'tak' dalam dunia dikeluarkan untuk menentang usul suaminya.

"Jangan nak bagi alasan, hujung minggu ni cuti. Apa awak ingat camping tujuh hari tujuh malam?"

Mahu tak mahu Nik Nufa terpaksa bersetuju saja dengan suaminya. Ini saja cara untuk dia keluar setelah lama berehat dalam rumah, yaa kali ini dia sudah tidak sabar lagi mahu menjejakkan kaki ke dunia luar. Mahu berlari kesana kemari persis seperti dulu. Fikirannya melayang membayangkan berapa banyak aktiviti yang dia boleh lakukan disana apatah lagi setelah Kak Tia bercerita tentang kawasan perkhemahan baru itu. Sungguh dia teruja!

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now