Part 9

15.6K 890 13
                                    

"Eh Nik Nufa, masuklah." Datin Hawa mempersilakan bakal menantunya masuk.

"Terima kasih makcik, Adam mana? Dia dah bagitahu kan kenapa Nufa datang?" Tanya Nik Nufa sekali lagi melangkah masuk ke dalam rumah besar itu.

Nik Nufa datang! Pakai songkok cepat. Sejadah, sejadah!

"Assalamualaikum awak!" Adam menyergah Nik Nufa.

Kurang ajar! Nak gugur jantung aku tahu tak?!

"Waalaikumussalam. Nasib baik mak kau ada, kalau tak aku tapak kau dengan converse merah kat luar tu." Bisik Nik Nufa memberi amaran sambil tersenyum manis.

"Okay, okay. Sorry. Saya dah pandai solat. Jomlah." Adam menarik tangan Nik Nufa namun cepat-cepat dilepaskan. Pintu bilik Adam dibiar terbuka luas supaya senang diawasi oleh orang tua Adam.

"Cuba solat--- subuh. Aku nak tengok." Arah Nik Nufa. Adam segera berdiri atas sejadah namun sebaik saja dia mahu mengangkat takbir Nik Nufa menegah.

"Kenapa? Ada yang tak kena?" Tanya Adam hairan.

"Eh kau buat-buat tanya pulak. Kau dah tersentuh kulit aku tadi, pergi wudhuk sana. Aku nak tengok kau wudhuk." Nik Nufa menyuruh lelaki itu ke bilik air. Pintu bilik air dibuka luas.

Nik Nufa menjengah mahu mencari kesilapan Adam namun... semuanya sempurna. Nampaknya dia betul-betul serius.

Selesai saja solat Subuh, Adam mengusap mukanya menunggu reaksi Nik Nufa samada dia lulus atau gagal. Dia berharap agar semuanya kelihatan baik saja.

"Kau-- lulus." Jawab Nik Nufa ringkas.

"Serius ni awak?! Yes! Syarat kedua lulus." Jerit Adam teruja.

Nik Nufa menjeling menyampah. Sakit hati Adam berjaya laksanakan syarat keduanya.

"Nampaknya Nik Nufa yang mengubah anak aku..." Getus Datin Hawa mengendap mereka sejak dari tadi. Dia bersyukur pilihan Adam seorang wanita yang baik.

"Jadi--- syarat ketiga apa?" Tanya Adam mahu menyertai lagi syarat yang diberikan oleh Nik Nufa.

"Hmm hujung minggu ni kitaorang nak balik Kelantan tengok tokwan. Kau nak ikut boleh taknak ikut pun aku tak kisah. Kat sana banyak syarat aku boleh bagi." Tanya Nik Nufa memeluk tubuh. Mesti dia keberatan punya.

Balik kampung? Ishh.

"Adam ikutlah Nufa. Boleh kenal-kenal keluarga dia." Datin Hawa mencelah memberikan kebenaran.

Aduh mak dia ni, bagi greenlight pulak! Kacau kacau kacau.

🥀🥀🥀

"Lamanya cuti boss, seminggu. Nak pergi mana? Bercuti ke?" Tanya seorang pelanggan kepada Pak Yah setelah terlihat notis yang tergantung di meja cashier.

"Balik kampunglah. Melawat orang tua. Paling cepat 3 atau 4 hari je. Tengoklah keadaan." Jawab Pak Yah menuju ke dapur setelah mendengar pesanan masuk.

Nik Nufa berangan duduk di meja cashier masih memikirkan idea terburuk dia tadi. Kenapa aku ajak dia balik Kelantan? Ish! Mulut jahat!

"Kak, ada orang nak bayar tu!" Sergah Nik Suhana menepuk meja.

"Eh err--- RM24.50."

"Berangan kuat ni anak tauke." Sindir pelanggan tadi. Nik Nufa menundukkan mukanya malu. Pipinya terasa panas. Nik Suhana hanya menggeleng kepala apabila ditegur pelanggan.

"Apa yang akak fikir?" Tanya Nik Suhana mendekati kakaknya.

"Akak--- terajak Adam balik Kelantan esok. Tak sengaja! Terlepas cakap syarat ketiga..." luah Nik Nufa menongkat pipinya. Dia menconteng kertas berulangkali tanda menyesal.

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now