Part 8

15K 940 16
                                    

"Adam nak pergi mana ni? Pagi-pagi dah nak keluar." Datin Hawa menegur Adam yang kelihatan rapi.

"Adam nak keluar sekejap ye mama?"

"Tapi, Adam kan tak sihat lagi... mama risau." Ujar Datin Hawa menegah meskipun dia tahu Nik Nufa berjaya memujuk lelaki itu mendengar kata bahkan kesihatan Adam kelihatan semakin membaik.

"Adam dah sihatlah mama. Haa tengok, dah berdiri dah berjalan nak berlari pun boleh. Lagipun... semalam kan ada 'penawar'." Adam segera keluar menahan malu selepas mempamit untuk keluar.

Eleh, Nik Nufa lah tu penawar dia.

                           🥀🥀🥀

"Eh Abang Adam... kenapa Su rasa lain? Maksud Su ada kelainan pada Abang Adam." Tegur Nik Suhana melihat penampilan Adam sedikit berbeza hari ini.

Adam mengangkat keningnya bangga.

"Rambut dia tu haa dah hitam. Takkan kau tak perasan." Tegur Nik Nufa mengangkat kerusi keluar.

Waaa Nufa perasan rambut baru. Agak-agak dia suka tak eh?

"Ha'ah lah abang. Rambut abang Adam dah hitam. Tapi kenapa hitamkan? Sekarang kan trend rambut macam tu." Nik Suhana lebih sukakan rambut Adam yang dulu.

Memang trend. Trend tak sah solat!

"Awak suka?" Tanya Adam kepada Nik Nufa. Nik Nufa mengangguk acuh tak acuh.

Suka? Yihuuuu!

Jangan suka sangat Adam Eazril. Ini baru syarat pertama. Syarat akan datang mungkin akan menyusahkan kau. Dan aku yakin kau akan kalah.

"Syarat kedua apa awak?" Tanya Adam ingin tahu.

"Syarat kedua... belajar solat. Kau tahukan, sorang suami kena bimbing isteri?" Sindir Nik Nufa. Adam terdiam seribu bahasa.

Belajar solat? Seingatnya kali terakhir dia bersolat ketika di Tingkatan 5. Itupun ada yang tidak cukup. Papa dan mama juga jarang bersolat. Mungkinkah Allah hadirkan Nik Nufa untuk mengubah aku?

"Diam tu tak sukalah tu. Senang kerja aku." Bisik Nik Nufa dari jauh sambil ketawa jahat.

"Okay, saya turutkan syarat ni. Walaupun saya ingat-ingat lupa cara solat... saya akan belajar balik." Ujar Adam lembut. Nik Nufa memandangnya aneh.

"Ingat! Lusa aku nak test kau. Kau tunggu kat rumah. Aku datang. Kau ada masa tiga hari belajar solat." Pesan Nik Nufa sengaja dengan niat mengusutkan kepala Adam. Adam hanya tersenyum sebelum keluar dari restoren itu.

Belajar solat, belajar solat, belajar solat.

Setibanya di rumah, Adam terus ke bilik menyimpan barang. Semua buku-buku diselongkar oleh Adam. Datin Hawa yang sedang memasak di dapur terdengar bunyi sesuatu daripada bilik stor lantas dia memegang sudip berjalan perlahan ke bilik itu. Langkahnya terhenti betul-betul di depan pintu bilik itu.

"Haaa keluar kau!" Datin Hawa menghunuskan sudip tadi sambil mengetok kepala Adam.

"Mama apa ni?! Ni Adamlah. Sakit tahu tak?" Rungut Adam mengusap kepalanya. Datin Hawa tersengih serba salah.

"Sorry Adam... mama ingatkan, pencuri tadi. Mama pukul lah." Balas Datin Hawa kembali menjengah apa yang dicari oleh Adam.

"Tapi-- Adam buat apa dalam bilik ni? Selongkar kotak tu cari apa?" Tanya Datin Hawa hairan.

"Adam--- err takde apelah. Mama keluar dululah. Nanti Adam keluar ye?" Adam merangkul bahu mamanya menyuruh keluar. Adam malu kalau mama tahu niat sebenarnya.

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now