Bab 43: Hutan Maut

Start from the beginning
                                    

Untuk seketika, mereka berempat terdiam sebelum Megat Azizan merenung dalam wajah Sofea yang sedang berdiri disebelahnya. Kemudian, Megat Azizan menukarkan renungan ke arah Kamarul dan Ikmal sebelum menghela berat.

"Aku yang akan pergi," ungkap Megat Azizan. Sofea yang mendengarnya spontan mencapai lengan Megat Azizan lalu menggeleng. Dia menggeleng. Namun, Megat Azizan sekadar tersenyum.

"Tapi aku tak akan jejak kaki kat luar ni sesenang hati aku, aku tahu kau ada idea lain, untuk lindungi diri kau kan? Kau bukannya suka berlagak hero sangat macam si Izzat tu," kata Megat Azizan.

"Ada. Sekejap," balas Kamarul lalu menyelongkar beg galasnya sebelum keluar dengan sebuah botol yang dipenuhi oleh air kosong. Di dasar botol terdapat serbuk putih yang sedang bersemadi. Botol air itu kemudian digoncang, sekaligus membuatkan butir-butirk kecil bewarna kecil itu tersebar ke segala pelusuk botol air.

"Air garam ni. Mandikan diri kau dengan air garam. Dapat lindungi kau, tapi tak lama. Dalam seminit dua macam tu," kata Kamarul.

"Dengan izin ALLAH..." Megat Azizan mengambil botol air itu dari tangan Kamarul lalu tanpa banyak soal, dia terus menuangkannya di atas kepalanya. Beberapa saat kemudian, seluruh tubuh Megat Azizan lencun dengan air garam.

"Kalau ada sesuatu terjadi pada saya, tolong ikut Kamarul dengan Ikmal. InsyaALLAH, diaorang boleh lindungi awak lebih baik dari saya," pesan Megat Azizan sebelum dia melangkah keluar dari lingkaran garam itu. Tiga sahabatnya hanya mampu memerhati Megat Azizan mempertaruhkan nyawanya.

Sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya di luar lingkaran garam itu, semua mata Semangat Hutan sedang merenung tajam ke arahnya. Serentak itu juga, guruh dilangit berdentum kencang menandakan hujan sedang menghampiri mereka. Jantung Megat Azizan berdebar kencang sebaik sahaja dia mendapati bahawa setiap mata Semangat Hutan sedang merenung tajam ke arahnya. Ada yang menghidu Megat Azizan dengan hidung mereka. 

"Abaikan diaorang Jiji! Teruskan berjalan ke sana!" ucap Kamarul dari belakang.

"Aku tak janji yang aku akan lindungi Sofea! Kalau kau mati kat luar sana, aku akan fikirkan pasal diri aku jer!" teriak Ikmal pula membuatkan Megat Azizan yang sedang melangkah tadi menoleh ke belakang seketika sebelum terus melangkah dan berhenti di tempat dahan kayu yang dikatakan oleh Kamarul.

Ketika Megat Azizan menunduk untuk mencapai dahan kayu yang tergeletak di atas lantai, tiba-tiba tangan berkudis dan pucat lesi dengan kuku panjang dengan kesan tanah mencapai lengannya. Megat Azizan tergamam sambil menoleh ke arah kirinya. Seekor Semangat Hutan yang dalam keadaan lidah terjelir sedang bercangkung disebelah Megat Azizan. Dan selepas itu, dia menyedari dia sedang dikepung dari segenap arah oleh ratusan semangat hutan.

"Megat!" panggil Sofea dari belakang.

"Kamarul, kau kata beberapa minit, tapi ni tak sampai 30 saat!" Ikmal meninggikan suaranya.

Serentak itu, guruh diangkasa berdentum dan secara tiba-tiba, tangan semangat hutan yang memegang tubuh Megat Azizan terus disambar dek api. Makhluk Semangat Hutan yang sedang mengepung Megat Azizan terus berundur beberapa tapak ke belakang, menjauhkan diri mereka dari Megat Azizan.

"Alhamdulilah," ucap Sofea spontan.

"Kesan air garam tu hampir habis kat badan dia, sebab tu ada yang berani sentuh Jiji," ulas Kamarul.

Megat Azizan pula apa lagi, terus membuka langkah seribu sambil memeluk batang kayu tadi seperti bayi kecil yang baru lahir. Sampai sahaja di dalam lingkaran, dia terus terduduk sambil meletakkan dahan kayu itu.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now