"Kenapa Nufa kena pergi? Siapa nak teman suami Nufa nanti?" Usiknya sudah mula pandai bergurau. Dia mahukan Adam kembali ceria setelah puas menangisinya. Jelas kelihatan mata Adam sembap kerana asyik menangis saja.

"I love the new you,"

Nik Nufa yang baru sudah pandai bergurau sayang. Nik Nufa yang baru masih lemah namun tetap kelihatan semangat yang dia tunjukkan jelas pada anak matanya. Sepasang mata yang Adam gilakan.

"Jantung aku hampir tercabut tadi Nufa, aku ingat kau nak tinggalkan aku." Hani mencebik tanda merajuk. Nik Suhana masih ralit menunjukkan detik-detik kakaknya disatukan dengan Adam. Sebak. Ini kali pertama dia melihat ayah menangis setelah menikahkannya dengan Adam. Saat yang paling beremosi apabila Datin Hawa mencium Nik Nufa sebagai ibu mertua buat pertama kali tadi sebelum mereka meminta diri untuk balik. Yahzid juga sudah membawa isteri dan ibunya pulang setelah puas meluangkan masa berbual dengan Nik Nufa tadi. Dia tahu Nik Nufa kini adalah tanggungjawab Adam sepenuhnya.

"Kau nampak Bella tak?" Tanya Sheikh Azad mencelah sebaik saja semua orang sudah beransur meninggalkan Adam dan Nik Nufa berduaan.

"Aku tahu kau dah mula sayangkan dia kan? Tu caring semacam," usik Adam sengaja mahu mencipta suasana tawa.

"Banyaklah kau, dia pergi tandas tak balik-balik! Aku call tak dapat, aku tak kisah nak blah tinggalkan dia tapi nanti bapak dia tanya aku habislah!"

"She's here..." Nik Nufa menunjukkan matanya ke arah langsir putih disebelahnya.

"Apa?!" Sheikh Azad dan Adam serentak menjerit apabila diberitahu oleh Nik Nufa bahawa Isabella ada disebelah. Maksudnya?

"Dia lah yang bagi sebahagian hati dia untuk aku,"

"Kenapa Nufa tak bagitahu Adam tadi? Allah..." Adam dan Sheikh Azad bergegas menyelak langsir disebelah menampakkan sekujur tubuh gadis yang sedang terbaring disitu. Ternyata semua orang tidak sedar kehilangan Isabella tadi ada kaitan dengan Nik Nufa yang terselamat.

"Kau buat apa ni Bella? Kalau bapak kau tahu macam mana? Argh!" Sheikh Azad mendengus disisi gadis itu. Ini kali pertama Sheikh Azad melihat wajah Isabella tanpa sebarang alat solek yang tebal. Cantik juga.

"Kau janganlah cakap kuat-kuat. Bagi dia rehat, dah jom!" Adam menarik Sheikh Azad kembali duduk di sebelah sementara menunggu gadis itu sedar.

"Azad, jangan marah dia? Dia dah tolong aku. Dia tak macam apa yang kau fikirkan." Adam mengangguk setuju apa baru dikatakan oleh isterinya. Sahabatnya terlalu keras dengan perempuan lagi-lagi setelah apa yang berlaku kepada abangnya. Masa lalu membuatkan dia terlalu membenci perempuan. Sukar untuk dia terima gadis.

"Aku terhutang budi dengan dia. Disebabkan dia, isteri aku terselamat. Trust me Azad, she have a good heart. Dont judge her before you know the real her."

Nik Nufa dipindahkan ke wad biasa sesuai dengan apa yang diberitahu oleh Doktor Sabrina tadi meninggalkan Sheikh Azad seorang diri menunggu Isabella sedar. Entah bagaimana dia harus berdepan dengan gadis itu apabila dia sudah sedar nanti. Selama ini dia hanya tahu memarahi dan menganiaya gadis Russia itu dengan teruk sekali. Tapi semua ini aku buat supaya aku dapat berhati-hati daripada tertipu dengan perempuan jahat macam bekas tunang abang. Salah ke aku sebab samakan semua perempuan macam bekas tunang abang?

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now