Bab 55

66 3 0
                                    

"Kwaenchana?" Tanya Hanbin sambil menghulurkan air kopi yang dibelinya dari mesin air itu.

"Ramai betul yang tanya Taeyeon perkara tu sejak kebelakangan ni." Kata Taeyeon sambil menghirup sedikit airnya. Mereka ketika itu sedang duduk di bangku yang disediakan di taman universiti.

"Taeyeon nampak makin kurus, tahu tak? Risau oppa tengok Taeyeon macam ni."

"Taeyeon tak apa-apa lah. Taeyeon okay."

Hanbin menggeleng. "Oppa tahu Taeyeon tak okay. Taeyeon kenapa? Kenapa Taeyeon menangis? Siapa buat Taeyeon menangis? Biar oppa patah-patahkan leher dia."

Kata-kata Hanbin membuatkan Taeyeon ketawa. Hanbin tersenyum melihat senyuman Taeyeon. "Macam tu lah Taeyeon yang oppa kenal. Jangan sedih-sedih lagi, ya?" Kata Hanbin sambil mengusap rambut Taeyeon.

"Ah oppa, oppa buat apa dekat sini?"

"Tak buat apa-apa. Oppa nak bawak Taeyeon balik."

"Kenapa tiba-tiba je?" Tanya Taeyeon pelik. "Tak ada apa-apa lah. Jom, oppa hantar Taeyeon balik." Kata Hanbin lalu memegang tangan Taeyeon.

"Sekejap. Mereka yang lain tengah tunggu Taeyeon." Hampir sahaja dia terlupa akan rakan-rakannya yang menunggunya di kafe. "Oppa dah telefon mereka dan cakap Taeyeon ada dengan oppa."

Mendengarkan kata-kata Hanbin, Taeyeon hanya membiarkan sahaja dirinya ditarik Hanbin ke keretanya.

××

"Baekhyun-a!" Taeyeon menutup matanya kerana lega yang panggilannya akhirnya berjawab. Dari tadi dia cuba menelefon lelaki itu tetapi panggilannya tidak berjawab.

"Kenapa? Ada sesuatu terjadi?"

"Awak tanya saya? Jadi awak taknak beritahu apa terjadi dekat depan bangunan SM tadi?" Kata Taeyeon. Geram dengan Baekhyun yang suka menyorokkan sesuatu daripada pengetahuannya.

"Jadi, awak dah tahu." Baekhyun mengeluh. "Macam mana awak tahu? Maaflah saya.."

"Saya taknak buat awak risau, itu yang awak nak cakap kan?" Taeyeon tidak membenarkan Baekhyun menghabiskan ayatnya. "Saya antara orang yang rapat dengan awak tapi saya orang yang terakhir tahu. Saya tak penting ke?" Kata Taeyeon dengan geram.

"Taeyeon-a, kenapa cakap macam tu? Awak tahu yang awak amat penting untuk saya kan?"

Taeyeon menghempaskan dirinya ke atas sofa sebelum berkata, "Apa-apalah, masalah dah besar. Saya taknak besarkan lagi masalah. Awak okay?"

Baekhyun tersenyum kecil. "Saya okay, telur takkan bunuh saya pun." Baekhyun ketawa di hujung ayatnya.

"Bukan fizikal, tapi mental. Perasaan awak, okay?"

Untuk entah keberapa kali, Baekhyun mengeluh. Taeyeon tahu untuk membaca fikirannya. Taeyeon tahu walaupun ketika mereka sedang bercakap di telefon. Dia tersenyum seketika sebelum menjawab soalan Taeyeon.

"Saya tak apa-apa, asalkan awak ada di sisi saya, saya okay. Saya akan kuat, untuk awak, untuk saya dan untuk kita." Mendengarkan kata-kata Baekhyun, Taeyeon berasa terharu sehingga merasakan air mata mula bertakung di matanya.

"Oh ya, Hanbin ada ambil awak dari universiti hari ni kan? Dan dia akan ambil awak di rumah juga kan esok?"

"Eoh? Macam mana awak tahu? Awak ke yang suruh Hanbin oppa ambil saya?"

Baekhyun mengiyakan kata-kata Taeyeon. "Ahh Baekhyun, kenapa awak buat macam tu? Saya tak apa-apa lah. Lagipun saya bukannya seorang. Yang lain ada dengan saya." Rengek Taeyeon.

"Awak tahu tak betapa susahnya saya untuk biarkan lelaki lain lindungi awak sedangkan saya tak dapat buat apa-apa untuk awak? Tapi saya tak boleh biarkan apa-apa terjadi dekat awak. Saya tak akan maafkan diri sendiri kalau ada sesuatu terjadi kepada awak disebabkan saya. Jadi, buat sementara ni, tolong ikutkan sahaja, ya?"

Taeyeon terdiam. Dia tidak tahu apa yang perlu dibalasnya. "Dah lewat ni. Awak tak tidur lagi ke?"

"Macam manalah saya nak tidur sedangkan panggilan saya pun awak tak jawab." Kata Taeyeon, membuatkan Baekhyun ketawa.

"Okey, awak tidurlah. Mimpikan saya, ya? Saranghanda, Taeyeon."

"Saranghae, Baekhyun." Balas Taeyeon selepas Baekhyun menamatkan panggilannya. Taeyeon mengeluh. Bilalah semua ini akan berakhir? Soalan itu bermain di dalam fikirannya.

××

Taeyeon tersenyum apabila melihat kereta Hanbin dari jauh. Kakinya melangkah ke arah kereta itu. Pintu kereta dibuka lalu Taeyeon duduk di tempat duduk sebelah pemandu.

Hanbin memulakan perjalanannya setelah Taeyeon memakai tali pinggang. Lebih kurang dua puluh minit kemudian, mereka tiba di tempat tinggal Taeyeon.

Hanbin menguap sebelum berkata, "Taeyeon mula kelas pukul berapa esok?"

Taeyeon menggelengkan kepalanya sebelum berkata, "Pukul berapa oppa tidur semalam?" Soalan Hanbin tidak berjawab malah dia menanyakan soalan lain.

"Lewat sedikit, sebab oppa kena selesaikan perkara sebelum sambung belajar nanti." Taeyeon mengangguk, lebih kurang lima bulan lagi sebelum Hanbin menyambung pelajarannya ke Jepun.

"Kelas Taeyeon mula pukul berapa esok?" Tanya Hanbin buat kali kedua. "Oppa tentu letih kan? Tak perlulah ambil Taeyeon esok. Taeyeon tak apa-apa."

"Oppa akan ambil Taeyeon esok, lusa, hari selepas itu, seterusnya, sehinggalah oppa rasa Taeyeon dah betul-betul dalam keadaan selamat. Kelas Taeyeon mula pukul berapa esok?"

"Taeyeon tak apa-apa lah, lagipun bukannya Taeyeon bersendirian. Mereka yang lain ada dengan Taeyeon." Taeyeon menyatakan perkara yang sama seperti apa yang dia katakan kepada Baekhyun semalam. "Taeyeon tahu yang Baekhyun suruh oppa buat semua ni. Nanti Taeyeon cakap semula dengan Baekhyun supaya biarkan Taeyeon pergi ke universiti dan balik ke rumah tanpa oppa."

"Boleh tak sekali je, Taeyeon dengar cakap oppa? Kalau Taeyeon tak nak dengar cakap oppa, dengarlah cakap Baekhyun. Kitaorang risaukan Taeyeon jadi sebab tu kitaorang buat macam ni. Kalau Baekhyun tak suruh pun, oppa akan buat benda yang sama. Jadi tak perlu suruh oppa berhenti ambil dan hantar Taeyeon, okey?" Kata Hanbin panjang lebar membuatkan Taeyeon mengalah. Sama sahaja mereka berdua, tidak mahu mengalah dengannya.

"Sejak bila oppa dengan Baekhyun jadi kawan baik ni?" Kata Taeyeon, sengaja hendak mengusik Hanbin.

Hanbin mencebik, "Kawan baik? Jangan buat oppa gelak lah. Walaupun Baekhyun satu-satunya manusia di muka bumi ni, oppa rela mati kesunyian daripada berkawan dengan Baekhyun tu, tahu tak?"

Taeyeon ketawa. "Apalah yang oppa tak suka sangat dekat Baekhyun tu?"

"Taeyeon sendiri tahu sebabnya." Kata Hanbin perlahan namun masih dapat didengari di telinga Taeyeon, membuatkan senyuman di bibir wanita itu mati.

"Oppa, sampai bila oppa nak simpan perasaan tu dekat Taeyeon? Sepatutnya oppa lupakan Taeyeon dan cari wanita yang jauh lebih cantik dan baik daripada Taeyeon."

"Tak ada." Kata Hanbin selamba. Taeyeon ketawa, "Mustahil lah, oppa.."

"Aish. Berapa kali oppa cakap, Taeyeon boleh untuk tak balas perasaan oppa kepada Taeyeon, tapi tolong jangan minta oppa berhenti sayangkan Taeyeon." Taeyeon hanya memandang ke hadapan, dia hanya mendiamkan diri.

"Aigoo, itulah cakap lagi benda yang mengarut. Kan oppa dah turut mengarut sekarang?" Kata Hanbin sambil mengusap kepala Taeyeon. "Banyak kali dah oppa tanya ni, kelas Taeyeon mula pukul berapa esok?"

"Pukul 11." Hanbin mengangguk. "Okey, esok oppa tunggu di sini. Bye."

Taeyeon membalas senyuman Hanbin sebelum membuka pintu kereta lalu keluar daripada kereta dan menuju ke rumahnya.

•••

Enjoy! Don't forgetting to like+comment yea😘

200625

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 25, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

On The SnowWhere stories live. Discover now