Bab 7

364 37 3
                                    

Setelah beberapa jam dia berehat di tepi Sungai Han, dia membuat keputusan untuk balik ke dormnya. Dia berharap semua ahli Exo sedang nyenyak tidur, jadi dia tidak perlu menjelaskan ke mana dia pergi. Sekurang-kurangnya bukan malam ini.

Nasibnya baik pada malam itu kerana tidak ramai orang yang ada di Sungai Han. Kalau tidak mesti mereka dapat mengenalnya, lagi-lagi 'drama' yang tercetus dengan perempuan tadi.

Ahhh. Kalau teringatkan dia mesti Baekhyun rasa bersalah.

Password di pintu dormnya ditekan. Dia masuk ke dalam dorm itu. Gelap. Baekhyun menarik nafas lega. Mujur semua ahli Exo sudah tidur.

Baru tiga langkah melepasi pintu dormnya, terdengar satu suara menegurnya. "Mana kau pergi? Lambat balik."

"Ish kau ni Chanyeol. Terkejut aku." Balas Baekhyun. Setelah lampu dibuka baru dia tahu siapa yang menegurnya tadi. "Aku nak masuk bilik dulu lah. Letih." Baekhyun tidak menghiraukan soalan Chanyeol. Dia serabut dan letih. 'Haih, kenapa lah dengan kau hari ni Baek.' Getus hatinya.

"Aku tanya mana kau pergi? Jawablah." Kata Chanyeol serius. "Kenapa kau nak tahu sangat? Kau bukannya appa aku pon. Dah lah. Aku malas nak gaduh and aku letih ni. Esok kita ada schedule pagi kan? Aku nak rehat." Baru sahaja Baekhyun hendak melangkah ke biliknya, Chanyeol bersuara lagi.

"Yah Byunbaek! Kau ni kenapa? Kau tahu tak Suho hyung dengan Lay hyung kecewa sangat dengan kau? Walaupun diaorang tak mengadu apa-apa tapi aku nampak dari muka diaorang. Kau ingat kau je yang sedih dengan apa yang jadi? Kau tak fikir ke perasaan orang lain? Perasaan Sehun yang hilang seorang demi seorang kawan yang dia paling rapat? Mula-mula Luhan and now Tao pulak. Perasaan Suho yang hilang 3 orang anak buah dia macam tu je? Perasaan kitaorang semua yang sama-sama kehilangan kawan? Ada kau fikir semua tu? Tak kan? Kau sedar tak kau ni selfish?" Ucap Chanyeol panjang lebar.

Ya. Baekhyun sedar dia pentingkan diri. Air matanya menitis setitik demi setitik. "Aku minta maaf. Aku salah, sorry? Aku sendiri tak tahu kenapa aku cakap macam tu tadi. Aku hilang kawalan. Aku betul-betul rasa bersalah. Ya, aku sedar yang sepatutnya aku fikir perasaan korang juga. Aku tak sepatutnya jadi orang yang pentingkan diri macam ni. Aku minta maaf, Chanyeol." Kata Baekhyun meminta maaf. "Bukan tu yang aku nak dari kau. And bukan aku yang kau perlu minta maaf. Aku nak kau minta maaf dekat diaorang esok."

"Okay,Chanyeol." Jawab Baekhyun pendek. Dia tersenyum pahit. "Dahlah, jom masuk bilik, rehat. Esok kita kena bangun pagi. Aku pun nak masuk tidur ni. Lama aku tunggu kau."

"Chanyeol. Kau rasa diaorang akan maafkan aku tak?" Panggil Baekhyun. Langkah Chanyeol yang hendak menaiki tangga terhenti. Dia kembali memandang Baekhyun sebelum mengeluh. "Aku yakin diaorang akan maafkan kau. Kita ni dah macam adik beradik. And seteruk manapun kita bergaduh, adik beradik mana yang tak akan maafkan adik beradiknya sendiri? Kau minta maaf la esok. Aku tahu diaorang tak marahkan kau. Mungkin diaorang cuma kecewa dan terkejut je dengan apa yang kau cakap." Kata Chanyeol. Tangannya diletakkan di atas bahu Baekhyun. Dia menarik Baekhyun ke dalam pelukannya. Sebagai seorang abang kepada adiknya.

"Thanks Chanyeol." Pelukan dileraikan. Baekhyun melemparkan senyuman seikhlasnya kepada lelaki di hadapannya. Mujur ada Chanyeol. Kalau tidak, tentu dia masih tetap dengan keras kepalanya. Chanyeol juga telah sedikit sebanyak meringankan kekusutan kepalanya.

Lalu mereka berdua pun pergi ke bilik mereka. Walaupun Chanyeol telah membuatkan dia berasa sedikit tenang, namun Baekhyun masih tidak dapat melelapkan matanya. Dia teringat akan kesalahannya kepada perempuan di Sungai Han tadi. Dia nekad, dia akan mencari perempuan itu dan meminta maaf. Dia telah menyakitkan hati seseorang yang tidak bersalah.

On The SnowWhere stories live. Discover now