Bab 5

379 42 0
                                    

"Ahh letihnya hari ni." Keluh Chanyeol. Mereka semua duduk di ruang tamu untuk menghilangkan lelah. Mereka baru tiba di dorm setelah selesai praktis untuk comeback mereka.

"Tu la. Ramai betul fans tadi. Susah nak lepasi diaorang." Giliran Xiumin pula mengeluh.

"Mestila ramai. Diaorang semua datang nak jumpa Sehun yang hensem ni." Kata Sehun sambil menaik-naikkan keningnya. Perasan.

Mereka semua tertawa dengan telatah maknae itu kecuali Baekhyun. Dia sedang khusyuk melihat telefonnya. Mereka semua mula perasan yang Baekhyun tidak mengucapkan sepatah perkataan pun sejak dari dalam kereta sehingga sekarang.

Kelapan-lapan mereka bermain isyarat mata menyuruh salah seorang bertanya apa yang sedang dibuat Baekhyun. Akhirnya Lay mengalah dan bertanya.

"Baekhyun, apa yang kamu khusyuk sangat tengok telefon tu? Dari tadi hyung tengok."

"Itulah. Selalunya kamu yang paling bising sekali. Lagi-lagi kalau kamu, Chanyeol dan Jongdae bergabung kenakan orang. Sampai susah hyung nak jaga korang." Sokong Suho.

Mereka semua tergelak setuju. Namun Baekhyun masih tidak senyum atau ketawa. Dia pandang tepat ke mata Suho. Serius.

"Susah? Susah sangat ke? So, sebab susah la hyung biar Kris hyung dengan Luhan hyung pergi macam tu? Sebab susah la hyung biarkan Exo tak lengkap? Sebab susah hyung kecewakan fans kita? Dan sebab susah jugaklah hyung biar Tao keluar Exo macam ni?" Kata Baekhyun sinis.

"Kenapa kamu cakap macam ni? Kamu tahukan yang hyung tak boleh buat apa-apa sebab tu semua keputusan diaorang sendiri. Kenapa ungkit benda yang dah lepas? Dan apa maksud kamu Tao dah keluar Exo? Kan hyung dah bagitau dia hanya berehat dekat L.A. untuk sementara waktu." Kata Suho. Mereka semua terkejut dengan kata-kata Baekhyun.

"Hyung boleh tipu diaorang semua tapi hyung tak payah nak tipu Baekhyun. Hyung ingat Baekhyun tak tau yang Tao sebenarnya bukan pergi sementara kat L.A. tu tapi pergi selama-lamanya? Dia takkan datang sini lagi. Sebab tu dia bawak banyak sangat barang hari tu."

"Apa yang kamu cakap ni Baekhyun? Suho, apa yang Baekhyun cakap ni?" Tanya Lay minta kepastian. Dia tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku.

"Korang, Hyung minta maaf. Xiumin hyung, Suho minta maaf. Suho tak tahu nak bagitau macam mana. Semua ni--"

"Dah la hyung, hyung memang pentingkan diri sendiri. Selama ni Baekhyun cuba fikir positif. Baekhyun tunggu bila hyung nak bagitau kitaorang, tapi hyung tak bagitahu pon. Sampai bila hyung nak bagi kitaorang harapan? Sampai bila hyung nak kitaorang anggap Tao masih dalam Exo? Hyung memang tak bertanggungjawab! Dan lepas ni, Lay hyung pulak nak keluar Exo? Biar Exo bubar je lah terus!" Jerkahan Baekhyun memotong kata-kata Suho.

"Baekhyun! Walau apa pun salah Suho, kamu kena hormat dia. Dia hyung kamu, leader kita semua. Kenapa kamu cakap macam tu dekat Lay? Jangan melampau Baekhyun. " Xiumin yang diam dari tadi bersuara. Dia tidak mahu Baekhyun menjadi kurang ajar.

"Leader? Suho hyung tak layak jadi leader!" Ayat yang keluar dari mulut Baekhyun betul-betul mengguris hati Suho. Dia tidak sangka begitu marahnya Baekhyun padanya.

"Kau ni kenapa hah Baekhyun?!" Chen yang sedang duduk berdiri lalu mencekak kolar baju Baekhyun dan menariknya untuk berdiri. Dia sudah hilang sabar dengan kelanjuran kata-kata Baekhyun.

"Sudahlah! Jangan bergaduh sebab hyung. Hyung yang salah. Betul cakap Baekhyun, hyung memang tak bertanggungjawab. Hyung tak layak jadi leader." Kata Suho sambil melangkah menuju ke biliknya. Dia kecewa dengan Baekhyun. Terlalu kecewa.

"Puas hati kau Baekhyun? Ni yang kau nak kan?" Kata Chen. Dia bengang dengan sikap Baekhyun malam ini.

"Ah lantaklah!" Kata Baekhyun mencapai mask, telefon dan topinya lalu melangkah keluar dari dorm mereka. Kakinya hanya melangkah tanpa hala tuju.

•••

Done chapter 5..
Thanks sebab baca n sorry kalau mengarut..

Love you, saranghaja!

Rajin2 vote or comment la ye.

151230

On The SnowWhere stories live. Discover now