Bab 42

109 8 0
                                    

Sampai sahaja di hadapan pintu lif, Baekhyun menekan butang untuk naik ke atas berkali-kali. Sebentar kemudian, ahli yang lain sampai di sisinya dengan tercungap-cungap.

"Lambatlah lif ni! Aku naik tangga." Kata Baekhyun sebelum sekali lagi berlari dengan pantas ke arah tangga. Tidak sempat mereka hendak berkata apa-apa kepada Baekhyun.

"Hyung.. bukankah bilik Taeyeon noona berada di tingkat 9? Macam mana.." Kata Sehun. "Baekhyun terlalu risaukan Taeyeon. Tentu dia benar-benar gembira bila tahu Taeyeon sudah sedar dan tak sabar untuk jumpa dia." Kata Suho sambil mereka sama-sama masuk ke perut lif apabila pintunya terbuka.

Chen menekan butang 9 di lif itu sambil berkata, "Tapi aku masih pelik dengan dia. Macam mana dia boleh samakan keadaan ni dengan keadaan dulu?"

"Baekhyun cuma takut semua akan jadi macam dulu balik. Dia berhak untuk rasa trauma. Baekhyun cuma tak nak kehilangan orang yang dia sayang sekali lagi. Semuanya hampir sama, jadi mana mungkin dia tak teringatkan keadaan dulu. Kalau kau tak faham apa perasaan kehilangan orang yang kau sayang, aku cadangkan kau senyap dan tak cakap apa-apa." Selesai berkata begitu, pintu lif terbuka dan Kyungsoo berjalan keluar diikuti ahli yang lain.

"Kenapa dengan dia tu? Emo semacam je?"

"Geumanhae, Kim Jongdae. Kau jaga mulut tu, jangan sampai tercakap tentang Eunji di hadapan Baekhyun dan Taeyeon nanti." Pesan Minseok.

"Arasseo.." Jawab Jongdae dengan muncung sedepa.

××

Baekhyun tercungap-cungap selepas sampai di hadapan pintu bilik wad Taeyeon. Dari jauh, ahli Exo yang lain sudah nampak kelibat Baekhyun. "Wahh cepatnya hyung sampai." Kata Jongin.

"Macam mana keadaan Taeyeon?" Tanya lelaki itu kepada Joy yang sedang menunggu di luar bilik Taeyeon bersama Chanyeol.

"Doktor tengah periksa keadaan Taeyeon." Jawab Joy.

Hanya Tuhan tahu betapa laju degupan jantungnya ketika itu. Dia berjalan ke hulu dan kehilir sambil menunduk ke bawah. Berdoa agar Taeyeon tidak apa-apa.

Dengan pantas wajahnya diangkat dan memandang ke arah doktor yang keluar setelah mendengar bunyi pintu dibuka. Ianya merupakan doktor yang mereka jumpa ketika di wad Taeyeon tadi.  Baekhyun menerpa ke arah doktor itu lalu menanyakan keadaan Taeyeon.

"Seperti yang saya cakap kepada kamu tadi, keadaannya sudah stabil. Jadi apabila dia sedar, alat bantuan pernafasan juga sudah boleh ditanggalkan. Taeyeon mungkin akan berasa lenguh sedikit kerana baring terlalu lama jadi saya cadangkan kamu bawanya berjalan-jalan di sekitar hospital. Kamu semua boleh melawat dia tapi saya harap jangan terlalu lama kerana dia perlukan rehat yang cukup."

Baekhyun tersenyum lalu meraup wajahnya. Lega apabila mendengar kata-kata doktor itu. Mereka yang lain juga tersenyum lega lerana akhirnya Taeyeon sudah menyedarkan diri.

Baekhyun menjadi orang pertama yang membuka pintu dan berjalan masuk ke dalam wad Taeyeon. Dia tersenyum melihat wajah Taeyeon yang juga memandangnya sambil tersenyum.

Baekhyun duduk di kerusi bersebelahan katil Taeyeon dan memandangnya. Tangan Taeyeon dicapai. Baekhyun melihat pandangannya menjadi kabur dek air mata yang bertakung di tubir matanya.

"Kwaenchana?" Bisik Baekhyun perlahan. Taeyeon tersenyum dan mengangguk. "Neomu apa?" (Ia pasti amat menyakitkan, kan?) Tanya Baekhyun lagi. Taeyeon pantas menggelengkan kepalanya. Baekhyun tidak mampu menahan lagi, dia menundukkan kepalanya dan menangis. Kali ini, dia bukan menangis kerana kesedihan tetapi dia menangis kerana berasa lega dan gembira. Akhirnya dia dapat melihat senyuman Taeyeon lagi.

On The SnowWhere stories live. Discover now