Bab 51

94 7 0
                                    

Taeyeon membuat keputusan untuk membuka semula telefonnya yang dimatikan oleh Baekhyun semalam. Banyak panggilan yang tidak berjawab daripada Joy, Irene, Yoona, Junmyeon, Chanyeol dan Kyungsoo.

Taeyeon membuka pula ruang mesej berkumpulan bersama rakan-rakannya. Mereka semua bertanyakan di mana keberadaan dirinya.

Taeyeon mula menaip di skrin telefonnya untuk memberitahu mereka semua bahawa dia baik-baik sahaja. Beberapa minit kemudian, telefonnya berbunyi menandakan ada orang menelefon. Taeyeon memikirkan yang ianya mungkin rakan-rakannya namun tekaannya salah apabila melihat nama pemanggil yang tertera.

"Eoh, Kyungsoo-ya." Kata Taeyeon sebaik sahaja menekan butang hijau di telefonnya. Kedengaran Kyungsoo menghembuskan nafas lega kerana akhirnya panggilannya berjawab juga.

"Taeyeon pergi mana? Tahu tak saya risau?" Kata lelaki itu di hujung talian. Rasa bersalah timbul dalam dirinya kerana tidak menghiraukan sebarang panggilan sejak semalam.

"Maaf Kyungsoo. Jangan la risau, saya tak apa-apa. Baekhyun pun ada dengan saya."

"Jadi awak bersama Baekhyun sepanjang masa?" Taeyeon mengiakan kata-kata Kyungsoo. "Selepas apa yang dia buat pun, awak masih nak bersamanya? Awak sedar tak apa yang awak buat ni?" Kyungsoo kedengaran amat serius ketika itu. Dia tahu Kyungsoo cuma tidak mahu dia terluka.

"Kyungsoo-ya, Baekhyun tak salah. Dia hanyalah mangsa keadaan je. Tolonglah jangan marah dia. Dengarkanlah dulu penjelasan dia. Okey?"

Kyungsoo yang tidak memberi sebarang respon membuatkan Taeyeon kembali bersuara, "Taeyeon tahu korang semua rasa curiga sebab Baekhyun kantoi berbohong tentang ke mana dia pergi selama ni. Dia cakap dia perlu jumpa Taeyeon, kan? Baekhyun buat semua tu bersebab. Dan kalau awak rasa Baekhyun ada lakukan kesalahan terhadap saya, itu juga salah. Baekhyun tak pernah tipu saya.

Ketika saya datang ke dorm korang tempoh hari, walaupun korang semua beritahu saya yang Baekhyun berada di SM untuk berlatih tetapi, Baekhyun jujur dengan saya yang dia di luar untuk selesaikan sesuatu.

Ada sebab kenapa Baekhyun sorokkan semuanya daripada korang semua. Jadi bila dia sampai di dorm nanti, janganlah terlalu cepat marahkan dia. Tolonglah dengar penjelasan dia dulu, ya?"

"Taeyeon-a, ada nampak kunci kereta saya tak?" Taeyeon dengan pantas mematikan panggilan selepas meminta diri daripada Kyungsoo apabila mendengar suara Baekhyun memanggilnya.

"Eoh? Kunci kereta? Ada di situ." Taeyeon menudingkan jarinya ke arah meja kecil yang terletak di sebelah pintu masuk rumah itu. Baekhyun tersenyum kecil apabila melihat kunci keretanya berada di situ. Seluruh bilik dicarinya dari tadi namun tidak dijumpai.

Taeyeon berjalan ke arah Baekhyun dan memeluk lelaki itu. Baekhyun membalas pelukan Taeyeon lalu mencium dahi Taeyeon. "Saya harap kita boleh duduk bersama macam ni." Luah Taeyeon.

"Saya pun. Saya janji yang suatu hari nanti semua ni akan jadi kenyataan." Kata Baekhyun sambil mencuit hidung Taeyeon. Taeyeon kemudiannya mengucapkan selamat tinggal kepada Baekhyun dan masuk ke dalam keretanya.

Baru sahaja Taeyeon ingin memulakan perjalanannya, Baekhyun yang teringat sesuatu pantas mengetuk cermin kereta milik Taeyeon. "Wae?" Tanya Taeyeon.

Baekhyun duduk di tempat duduk di sebelah pemandu dan mengambil sesuatu dari poketnya. "Saya terjumpa rantai kunci ini ketika di pasar tempoh hari dan saya rasa ianya amat sesuai untuk saya dan awak."

Taeyeon tersenyum melihat rantai kunci yang salah satunya merupakan seorang lelaki yang memegang mikrofon dan satu lagi seorang perempuan yang memakai baju doktor. "Gwiyeowo!!" Kata Taeyeon dengan teruja. (Comelnya!!)

Baekhyun menghulurkan rantai kunci sorang lelaki itu kepada Taeyeon tetapi dia menarik semula hulurannya. Baekhyun kemudiannya mengisi rantai kunci itu pada kunci rumahnya.

"Saya serahkan kunci rumah ni pada awak dan awak boleh datang ke sini bila-bila masa yang awak nak, okey?"

"Aniya, kwaenchana. Saya bukannya selalu datang ke sini. Lagipun, awak nak pakai kunci mana nanti?" (Tak apa.)

"Tentulah saya ada kunci lain. Awak boleh datang ke sini selalu mulai sekarang. Kalau awak sedih dan saya tak ada di sisi awak, awak sentiasa boleh datang ke sini. Saya letakkan kunci ini dekat sini. Jadi bila awak memandu tanpa arah tujuan, awak mungkin akan teringat tentang kunci ini dan datang ke rumah saya." Kata Baekhyun seraya meletakkan kunci itu di dalam dashboard kereta Taeyeon.

Taeyeon hanya tersenyum sahaja. "Pergilah, nanti lambat pula awak sampai ke rumah. Awak bersendirian di rumah kan?" Taeyeon mengangguk. "Saya akan telefon awak nanti jadi hati-hati ya? Saranghae." Baekhyun keluar daripada kereta Taeyeon dan melambai ke arahnya. Dia kemudiannya menghantar Taeyeon pergi dengan pandangan matanya.

××

Baekhyun menarik kembali tangannya daripada pad kunci di pintu dormnya itu. Sudah hampir setengah jam dia hanya duduk sahaja di dalam keretanya apabila sampai di perkarangan dormnya kerana berasa takut untuk keluar. Apabila dia sudah mendapat keberanian untuk keluar, dia tiada pula keberanian untuk membuka pintu itu.

Baekhyun menarik nafasnya, "Fighting Baekhyun, kau boleh laluinya." Katanya memberi semangat kepada diri sendiri. Setelah menekan kata laluan, Baekhyun membuka pintu itu dengan perlahan-lahan.

Selesai sahaja mencabut kasutnya dan diletakkan di dalam rak kasut, Baekhyun melangkah ke ruang tamu. Seperti yang dijangka, semua ahli Exo berada di ruang tamu untuk menunggunya. Apabila melihat Baekhyun, kelapan-lapan mereka berdiri.

"Aku minta maaf sebab hilangkan diri tanpa apa-apa penjelasan." Kata Baekhyun sebelum sempat ahli Exo berkata apa-apa. Dia melihat Kyungsoo menuju ke arahnya dan munutup mata apabila melihat tangan lelaki itu diangkat, seperti ingin memukulnya.

Namun bukan kesakitan yang dirasanya ketika itu tetapi satu pelukan oleh Kyungsoo. "Aku minta maaf sebab salah faham dengan kau. Aku cuma.."

"Aku tahu kau cuma taknak Taeyeon terluka." Baekhyun memotong kata-kata Kyungsoo. "Mianhae Baekhyun."

Baekhyun menggeleng. "Tak apa lah. Aku faham kau cuma ambil berat pasal Taeyeon." Kata Baekhyun lalu membalas semula pelukan rakannya itu.

"Sudah, sudah. Drama dah tamat. Sekarang ni kitaorang semua nak dengar penjelasan kau Baekhyun." Kata-kata Junmyeon membuatkan Baekhyun dan Kyungsoo meleraikan pelukan masing-masing.

Baekhyun kemudiannya berlalu ke arah sofa dan menceritakan tentang apa yang terjadi sebenarnya.

•••

190202

On The SnowWhere stories live. Discover now