Loreine Renee Williams de Grantaine is back to Malaysia!
Kendall membaca muka majalah 'Quinn' berkali-kali. Reine dah balik? Kenapa dia langsung tak bagi tahu? I mean i'm her BFF for god sake!
KNOCK KNOCK
Dan melangkah masuk pejabat Kendall tanpa dijemput, bukannya dia kisah pun. Dia dah masak sangat dengan perangai Daniel ni.
"Morning." sapa Daniel.
So fake...
"Morning, awak dengar lagi?" Daniel melabuhkan punggungnya diatas sofa. Kendall hanya melihat saja gerak-gerinya dari ekor mata.
"Dengar apa?"
"Reine dah balik." tiba-tiba sahaja muka Dan kelihatan seperti berseri-seri tapi Kendall butakan sahaja matanya.
"She is? That great! I miss her-- I mean we miss her of course, she your best friend!" Daniel memberikan senyuman manisnya, senyuman yang membuatkan dirinya jatuh cinta kepada dia.
"Mestilah."
..............
Reine bangun awal hari ini, walhal di dalam keluarganya dialah yang selalu sangat bangun lambat. Kalau boleh bangun jam 1 tengahari, tapi disebabkan hari ini merupakan hari pertama persekolahannya setelah empat tahun bersekolah di luar negara dia tiba-tiba rasa bersemangat untuk bangun awal.
Kenny mesti terkejut gila bila dia dapat tahu aku dah balik...
Rindu betul dia dengan kawan baik dia seorang itu, selalunya boleh skype tapi kali ni face to face. Tak sabar dia mahu lihat reaksi Kenny.
"Reine, cepatlah bersiap. Kakak kamu yang hantar kamu ke sekolah hari ni." ujar maknya, Puan Loreina Harley Adam de Grantaine. Reine merintih, kenapa kakak!? Kalau abang dia yang hantar bagus sikit, kakak dia tu panas baran dan suka buli dia kalau ada kesempatan.
"Cepatlah! Kau ingat sekolah tu nak tunggu kau ke!? Aku ada banyak kerja lain lagi lah!" nampak? Marah, marah, marah, itu ajelah hobi kakaknya.
"YA!!" jerit Reine.
...................
Reine menyumbat sahaja semua barang-barangnya kedalam lokar kecuali telefon pintarnya, memang taklah dia nak tinggal baby dia ni sorang-sorang dalam lokar tu.
"Welcome back, Reine." Reine terlompat sedikit, baru sahaja dia tutup lokarnya muncul Kendall dengan aura dinginnya.
"Erk, suprise!"
"suprise my ass." Kendall menghulurkan majalah 'Quinn' ke Reine.
"Damn, Quinn ni memang tajam betullah. Serius aku tak bagi tahu sesiapa pun aku nak balik. Jangan marah, aku cuma nak suprise kan kau aje."
"Aku tak marahlah. Just pissed off dekat Dan." mereka berdua berjalan seiringan ke pejabat presiden sekolah.
"Why?"
Because he love you...
"Adalah, kau tak payah peningkan kepala fikir."
Reine dan Kendall melangkah masuk kedalam pejabat mereka, sudah lama Reine tidak melihat pejabat kesayangannya ini. Tiada satu pun yang berubah, nasib baik kawan baiknya ini tahu yang dia tak suka barang-barangnya diubah.
"Kenny saya-- oh, presiden! Selamat kembali." sapa Vincent setiausaha kepada Reine.
"Vincent, you look good!" puji Reine.
Dia masih ingat lagi empat tahun lalu badan Vincent hanya tulang dan kulit, cermin mata bulat besar pula menghiasi matanya. Dalam erti kata lain Vincent ni dahulu memang nampak nerd gila tapi sekarang tanpa cermin matanya dia kelihatan lebih kacak.
YOU ARE READING
ANTAGONIS
Teen FictionKisah melalui lensa seorang antagonis. Reine merupakan seorang perempuan yang mengamalkan gaya hidup yang amat social sehingga tiada sempadan. Seks? Dadah? Rokok? Arak? Semua dia pernah rasa. Disebabkan perangainya yang tidak bertamadun ini, ibu bap...
