BAB 25

25.1K 585 5
                                    

"Aisy dah pergi check , memang tak ada isi lagi ke?" Tanya Opah yang sedang memotong sayur

Aisyah yang mengacau lauk di dalam periuk terus terhenti

"Belum lagi opah , Aisy tak sempat nak pergi check lagi , kenapa opah?" Tanya Aisyah pula

"Tak ada la , dari pandangan opah lah kan kamu ni macam mengandung aje" kata Opah

"Macam mana opah tahu?" Tanya Aisyah yang pelik

"Yelah , tengok cara kamu makan lepas tu kamu tak boleh bau benda tomes Opah tahu itu alahan orang mengandung" kata Opah

"Betul ke opah?" Tanya Aisyah tak percaya

"Ye , kalau tak percaya juga pergi ajak Asyraf tu pergi klinik petang karang" kata Opah

Aisyah hanya senyum dengan gembira dan memegang perutnya yang masih kempis

"Assalamualaikum" kata Asyraf yang baru masuk dengan basah lencun bersama dengan Haziq

"Ya allah , budak2 bertuah ni mandi sungai tengahari rembang macam ni pergi masuk tandas tu mandi cepat tengok tu habis lecah rumah opah" bebel Opah

Asyraf dan Haziq yang dimarahi oleh opah tergelak dan berlari masuk ke tandas bersama

"Tengok lah yang sorang tu dah nak jadi bapa budak yang sorang lagi dah boleh kahwin dah tapi perangai macam budak2 umur 5 tahun" bebel Opah lagi sambil ketawa

Aisyah yang berada di situ turut ketawa dengan telatah suaminya dan sepupunya itu apabila dimarahi oleh opah

"Sayang ! Ambilkan baju abang"  jerit Asyraf dari tandas

Opah hanya menggelengkan kepala manakala Aisyah terus berjalan naik ke atas mengambil baju Asyraf di dalam bilik

Selepas itu , Aisyah menyerahkan baju itu kepada Asyraf dari celah pintu yang dibuka separuh

"Jom , teman abang mandi" ajak Asyraf sambil acah tarik tangan Aisyah

"Ish..jangan lah nanti opah nampak" bisik Aisyah sambil tolak tangan Asyraf

"Ala...jomlah , lagipun Haziq dah dah naik atas dah" kata Asyraf lagi

"Abang...please , pergi pakai baju saya tunggu kat meja makan tu opah dah siap masak" kata Aisyah

Asyraf memuncungkan bibirnya dan masuk sambil tutup pintu bilik air

Aisyah yang dihadapan pintu hanya senyum dengan perangai suaminya yang nakal itu

"Dah Aisy pergi panggilkan Haziq turun makan" arah Opah sambil menghidangkan lauk di atas meja

"Baik Opah" jawab Aisyah dan naik ke atas

Aisyah melihat Haziq yang sedang berbaring di ruang tamu sambil melihat telefon bimbitnya

"Ziq , jom opah panggil makan" ajak Aisyah di yang sedang berdiri jauh dari haziq

"Oh ok kejap" jawab Haziq dan berjalan di belakang Aisyah

Ketika Aisyah sedang menuruni tangga entah kenapa tiba2 kakinya terasa lemah dan membuatkan Aisyah hampir jatuh dari tangga

Haziq yang berada di belakang Aisyah terus berlari dan menyambut tubuh Aisyah yang nyaris jatuh

Namun kejadian untuk mengundang salah faham kepada Asyraf yang baru keluar dari bilik air

Opah yang berada di situ hanya mampu senyap kerana dia tidak melihat kejadian itu

"Asyraf jom kita makan tengahari ni opah ada masakkan Ikan kembung masak cabai" kata Opah

Asyraf yang sedang berdiri terpacak dihadapan pintu bilik air melihat Aisyah dan Haziq silih berganti

"Tak apa lah opah , Ash dah kenyang " jawab Asyraf dengan muka bengang dan terus berjalan naik sambil merempuh bahu Haziq dan menjeling Aisyah

Aisyah yang tahu kenapa Asyraf bersikap begitu terus mengikuti langakah Asyraf sambil terhencut kerana kakinya masih sakit

Haziq mengeluh sebelum turun dan duduk di hadapan opah

Opah brtanyakan kepada Haziq tentang apa yang terjadi tadi tangga dan Haziq menceritakan semuanya

Aisyah menutup rapat pintu bilik mereka kerana dia tahu Asyraf akan marah kepadanya jadi dia tak nak opah dengar

"Abang...abang kenapa ni?" Tanya Aisyah sambil cuba meraih tangan Asyraf yang sedang berbaring di atas katil sambil meletakkan tangan di atas kepala

Asyraf menepis tangan Aisyah dan terus bangun berjalan ke tingkap bilik mereka

"Apa semua ni Aisy?" Tanya Asyraf dengan suara yang serius

"Abang , apa yang abang nampak tu tak macam apa yang abang fikirkan tadi Aisy nak jatuh dekat tangga lepas tu Haziq ada dekat belakang jadi dia sambut Aisy dari jatuh itu aje" pujuk Aisyah yang masih duduk di birai katil

"Habis kenapa dia kena pegang pinggang Aisy lama2" tanya Asyraf yang masih tak puas hati

"Itu aisy tak tahu , apa yang Aisy tahu dia cuma nak tolong itu aje lagipun...kalau dia tak sambut tadi Aisy mesti dah jatuh and macam mana kalau Aisy...ter...gugur" kata Aisyah dengan perlahan bila dia menyebut perkataan gugur

"Apa?" Tanya Asyraf yang terkejut sambil berjalan dan terus duduk di sebelah Aisyah dan pegang tangan Aisyah

"Aisy..tak tahu lagi Aisy baru check pakai benda ni aje jadi Aisy tak nak la bagi tahu lagi mana tahu benda ni tak betul ke kan" kata Aisyah sambil tunjuk tempat ujian kehamilan itu kepada Asyraf

Asyraf menekup mukanya dan terus mendakap tubuh Aisyah dengan erat sambil cium leher Aisyah

"Ya allah , sayang kita dah nak jadi parents ...abang rasa macam tak percaya aje" kata Asyraf sambil sambung peluk Aisyah

"Ye Aisy tahu ,tapi apapun kita jangan bagitahu opah lagi ok nanti kita pergi check dekat klinik and kalau dah konfirm baru kita bagitahu opah" kata Aisyah

Asyraf hanya menganggukkan kepalanya

"Dah jom turun makan , saya lapar lah" kata Aisyah sambil tarik tangan Asyraf

"Jom , abang minta maaf eh sebab abang sayang kena tahan lapar pula" kata Asyraf

Aisyah hanya ketawa dan mencium pipi Asyraf sebelum menarik tangan Asyraf untuk keluar

Misi Pikat Hati SuamiUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum