BAB 18

31.6K 580 1
                                    

Asyraf yang sedang mengikat tali leher di hadapan cermin tersenyum bila melihat pantulan Aisyah yang sedang tersenyum menggoda di belakangnya

"Sayang...kenapa ni , buat muka menggoda macam tu" tanya Asyraf sambil senyum pada Aisyah

"Saja...abang nampak macam seksi sangat hari ni" kata Aisyah sambil membetulkan tali leher Asyraf

"Abang memang hari2 seksi , sayang je yang tak pernah nampak " kata Asyraf sambil betulkan tudung Aisyah sedikit

"Sayang hari2 perasan abang seksi tapi tu lah..suami kita mana nak nampak kita yang tak seksi ni kan" kata Aisyah sambil buat muka sedih

"Siapa cakap tak seksi , kalau tak semalam tak ada lah abang..." kata Asyraf sambil buat muka gatal

"Abang ni..., tak yah lah ungkit2 perkara semalam ish...malulah" kata Aisyah sambil sembamkan mukanya di dada Asyraf

Asyraf ketawa sambil peluk erat tubuh Aisyah 

"Aisyah masuk bilik mama kejap" panggil Datin Umairah

"Ada apa ma , Aisy ada tertinggal apa2 maklumat ke?" Tanya Aisyah

"Tak lah sayang cuma mama nak bagitahu yang minggu depan kita ada client dari Korea tapi mama tak ada pada haritu sebab mama ada outstation di Perlis jadi mama nak minta Aisyah tolong gantikan tempat mama terangkan pasal jenis kain yang kita gunakan dan sedikit maklumat tentang cara pekerja kita lakukan proses di bahagian kilang , boleh?" Tanya Datin Umairah

"Boleh ma , tapi bila tu?" Tanya Aisyah

"Hari sabtu , pukul 2 petang di Glince Hotel " terang Datin Umairah

"Oh...boleh" kata Aisyah lagi sambil senyum pada ibu mertuanya itu

"Aisyah mama tengok hari ni macam happy aje , ada berita gembira ke?" Tanya Datin Umairah

"Eh , tak lah ma cuma abang Asyraf tu sejak balik dari Melaka dia jadi manja tiba2 tu yang asyik teringat aje tu" kata Aisyah sambil tersenyum malu

"Baguslah , gembira mama dengar korang bahagia . Lagi satu cepat2 lah bagi mama cucu" kata Datin Umairah sambil senyum dan pegang tangan kiri Aisyah

"Ma...malulah Aisyah " kata Aisyah dan tertunduk malu

"Ala...aisyah nak malu apa , ni kan mama Aisyah juga , lagi satu minggu depan Mama ingat nak buat makan malam dengan Keluarga kita semua Aisyah jangan lupa ajak Asyraf , dia tu bukan boleh kena ingatkan selalu , busy dengan kerja sampai selalu lupa hal2 macam ni" kata Datin Umairah lagi

"Ye ke ma , yelah nanti Aisy ingatkan Abang " kata Aisyah

Setelah berborak dengan ibu mertuanya , Aisyah menelefon Asyraf untuk mengambil nya di pejabat waktu makan tengah hari

"Tu abang lupa la tu kan" bebel Aisyah sambil muncungkan bibir

"Ala sayang , abang minta maaf abang baru aje habis meeting dengan client dari Hong Kong tu yang terlupa tu , tak apa kejap lagi abang datang ambik sayang dekat butik mama ye" pujuk Asyraf

"Yelah tapi kalau abang lambat , abang tidur bilik lain malam ni" ugut Aisyah sambil tersenyum dan menggigit bibir

"Ala sayang...sampai hati habis kalau tidur bilik lain bantal busuk abang dekat bilik lain macam mana abang nak tidur " Asyraf buat2 suara manja

Aisyah ketawa dengan mendengar suara manja Asyraf

"Ish...abang ni menagada betul" kata Aisyah

"Ok2 kejap lagi abang datang ambik ye" kata Asyraf

"Yelah , bye abang" kata Aisyah

"Bye sayang , love you" kata Asyraf sambil buat suara cium

"Bye abang , love you too" jawab Aisyah dan balas buat suara cium

Misi Pikat Hati SuamiWhere stories live. Discover now