BAB 20

29.9K 580 23
                                    

Aisyah baru pulang dari rumah kawan nya pada pukul 8 pagi , pada ketika itu Asyraf sudah berangkat ke tempat kerja

Aisyah duduk di sofa sambil picit kepalanya yang berasa begitu pening , dia kemudian baring di sofa

Ketika Aisyah baru hendak lelap tiba2 telefon bimbit nya berbunyi dari tingkat atas , dengan segera Aisyah berlari naik ke atas lalu mengambil telefon bimbitnya yang terletak di meja solek

"Assalamualaikum, ye ma Aisy ni" ucap Aisy ketika di menjawab panggilan tersebut

"Waalaikumsalam , Aisy semalam Asyraf call mama dia kata Aisy tak sihat ye sayang " kata Datin Umairah yang kedengaran risau dengan menantu nya itu

"Ye ma tapi tak apa esok Aisy dah boleh masuk kerja" kata Aisyah

"Eh , tak jangan masuk kerja tak apa mama bagi tiga hari cuti kalau tak ok juga demam tu jangan lupa call mama  mama bagi cuti lagi ye sayang" kata Datin Umairah

"La..ma tak apa la ni pun dah ok , esok Aisy masuk eh" kata Aisyah

"No , dengar cakap mama sayang nanti jangan lupa suruh Asyraf bawa pergi klinik ye sayang" pesan Datin Umairah

"Yelah ma , nanti kalau ada apa2 Aisy call mama" kata Aisyah

"Yelah , mama harap sangat dapat berita gembira , jangan lupa pergi Klinik tau" pesan Datin Umairah lagi sebelum menamatkan panggilan

Aisyah yang berasa pening semula terus baring di atas katil dan tanpa sedar dia sudah terlelap hingga pukul 12.30 tengah hari

Asyraf yang pulang untuk memeriksa keadaan Aisyah ketika waktu makan tengah hari segera berlari naik ke atas setelah melihat beg tangan Aisyah di ruang tamu

"Sayang , sayang bangun sayang ni badan sayang panas sangat ni jom kita pergi klinik" kejut Asyraf sambil usap kepala Aisyah yang sedang baring di sebelah nya

"Erm..tak payahlah" jawab Aisyah yang masih mamai

"Jom lah , abang risau sangat ni nanti macam mana abang nak buat kerja kalau isteri abang sakit macam ni hati abang ni asyik risau aje selagi tak tengok sayang depan mata abang" pujuk Asyraf lagi

"Ala..saya sakit kepala la tak larat nak bangun" ucap Aisyah masih lagi mata terpejam

"Kalau macam tu tak apa abang angkat eh " kata Asyraf sambil mencempung tubuh Aisyah

"Eh , tak payah saya boleh jalan tak apa " ucap Aisyah yang sudah terjaga ketika tubuhnya terasa seperti di awangan

"Tak apa sayang biar abang dukung sayang , nanti kalau sayang jalan jatuh tak ke lagi susah " pujuk Asyraf

Asyraf berjalan turun sambil mendukung Aisyah di bawa masuk ke keretanya untuk dibawa ke klinik

"Sayang , sayang ok tak ni . Sakit sangat ke ni hm?" Tanya Asyraf yang betul2 risau melihat keadaan Aisyah yang begitu lemah di sebelahnya

"Tak lah saya ok" kata Aisyah sambil tolak tangan Asyraf yang berada di dahinya

"Sayang , kenapa ni macam dingin aje dengan abang . Sayang marah abang eh?" Tanya Asyraf dengan lembut kerana dia tahu Aisyah masih terasa dengan dirinya

"Dah lah ,abang bawa ajelah kereta ni " kata Aisyah sambil pandang ke luar tingkap

Asyraf diam cuba memberi masa untuk Aisyah memaafkan dirinya lagipun kesihatan Aisyah yang tidak baik membuatkan Asyraf tidak ingin menambahkan sakit nya

Ketika sampai di klinik Asyraf yang cuba memimpin Aisyah ditolak dengan lembut , Aisyah tidak mahu Asyraf menyentuhnya ketika ini dia juga tidak tahu kenapa dirinya begitu

Asyraf hanya mengeluh dan menjaga Aisyah dari belakang kerana risau jika Aisyah jatuh kerana Aisyah berjalan tidak lurus seperti orang mabuk gayanya berjalan

Misi Pikat Hati SuamiWhere stories live. Discover now