P E R A S A A N

1K 8 0
                                        

Sedang bulan dimakan tahun, kepulangan Ricky tidak dijangka. Kepulangannya setelah tamat belajar di Negara jiran membawa segulung Ijazah untuk diberikan kepada keluarganya di Sabah, serta Fahri, yang juga di Sabah yang tidak putus berhenti berharap akan kepulangannya.

Fahri ?

Kawan baik, kawan terbaik bagi Ricky sejak hari pertama di Pra-Sekolah. Juga tamat pembelajarannya di Universiti Awam, dan masih belum mendapat kerja yang bersesuaian.

"SELAMAT PAGI FAHRIIIIIIIIIIII !!!!!!" teriak si Ricky melonjak perasaannya setelah bertahun tidak berjumpa sahabat karibnya itu.

"RICKY WEHHH !!!" sambut teriak si Ricky juga melonjak kegembiraan sambil memeluk erat Ricky.

- mereka berkongsi cerita hari demi hari sepanjang perjalanannya menuntut ilmu di berlainan Negara.-

Fahri: "So Mr. Ricky, after all of that day di sana, belum jumpa siapa siapa yang special ke ? i mean lebih dari kawan ke, lepas ni kan mahu kerja, mahu kumpul duit, mahu jalan, mahu kahwin.. ehh ? hehe gurau bah"

Ricky: "Uiii bah iya kamu pun bila ni mahu kahwin Fahri ? belum ada siapa-ii lagi ke ? handsome sudah sekarang kamu, ada misai, kalau dulu bulu tangan pun belum ada ni. HAHAHA"

Perbualan mereka terlampau seronok sehinggakan tidak sedar bahawa malam telah pun menggantikan siang.

Ricky meminta Fahri menghantarnya ke rumah. ketika dalam perjalanan, Ricky bertanyakan lagi soalan yang sama seperti siang tadi.

Ricky: "Fahri, kmu betul kah ni masih belum ada partner ?"

Fahri: "Ya Bah, Mana ada orang yang mahu saya begini. kurus, tiada isi."

Ricky: "Tapi kamu kena ingat, semua orang tu ada preference yang berbeza. Contohnya kalau macam saya, memang saya cari yang kurus tiada isi. best ni"

Fahri: "Ohh begitu ? jadi, saya kena jadi perempuan baru ada orang mahu ?"

Ricky: "Eh ! Astaga bukan, jadi diri sendiri saja. Tapi kalau bukan dengan perempuan, maksud saya tu, dengan lelaki pun masih ada yang mahu. Jadi kau tak perlu risau. ok ? Turunkan saja saya disini . dekat sudah saya boleh jalan "

Mereka saling berpeluk tanda perpisahan sementara, dan memutuskan bahawa besok mereka akan berjumpa untuk lepak, makan, berjalan bersama setelah bertahun terpisah.

Sedang diperjalanan balik, Fahri berfikir tentang apa yang dikatakan Ricky sebentar tadi ketika Ricky masih di dalam kereta.

Fahri, sememangnya telah memendam perasaan suka terhadap Ricky sejak dahulu. Cuma tidak berpeluang untuk mengungkapkannya kerasa risau, Ricky mungkin bukan jenis yang menerima. Untuk menjaga ikatan persahabatan mereka, Fahri memilih untuk mendiamkan diri.

SYURGA BERDOSAWhere stories live. Discover now