44

21.7K 1.1K 2
                                    

Angelz dan Killerz memandang rumah banglo 3 tingkat di depan mereka. Masing masing in black.

"This is only the beginning. We will have hardest situation after this."

Mereka membentuk satu bulatan. "Kita tak pasti lagi kalau ada sesiapa kat rumah. So, always alert. Ada 3 tingkat. Ary and I will go to the upper level. Iz and Rai second. Ras and Irfan first while Nelly and Ian will take the ground floor. Check everywhere."

Mereka mengangguk faham. "Get ready." kata Aryana. Mereka terus memasang wireless earbuds pada telinga. Mask hitam yang diturunkan tadi kembali dinaikkan. Glove dipakai. Topi hitam di atas kepala di aturkan. Pistol yang terletak di pinggang diambil diisi dengan peluru. Penyenyap bunyi dipasang.

Ian dan Nellysha berjalan mendahului mereka. Pagar yang dikunci dituju. CCTV yang terletak berdekatan dengan pagar itu ditembak. Ian menaiki pintu pagar itu diikuti dengan Nellysha.

Mata pantas diliarkan sebelum isyarat diberikan agar yang lain mengikuti mereka. Angelz dan Killerz masing masing menggunakan kepakaran untuk menaiki pagar yang setinggi 3 meter itu. Pistol sudah tersedia di tangan.

Mereka sudah berada di depan pintu. "Iz, Rai, Ras, Fan, ikut belakang. Yang lain ikut depan." arah Daniel. Mereka berempat mengangguk sebelum berjalan ke arah belakang.

Aryana mengisyaratkan agar Ian membuka pintu. Ian mengeluarkan dua batang besi yang sangat kecil. Sekecil lidi. Dengan pantas dia memasukkan dua besi itu ke dalam tombol pintu tersebut.

Selepas beberapa saat, pintu yang terkunci tadi berjaya dibuka. Daniel menolak daun pintu tersebut dengan perlahan. Mereka masuk ke dalam.

Masing-masing sudah bersedia dengan pistol. Bunyi dari dapur membuatkan mereka berpaling sambil mengacukan pistol. Nafas dihembus lega saat melihat Izwan, Raina, Rasya dan Irfan yang keluar dari dapur.

"Ada jumpa apa-apa tak?" soal Daniel sambil membuka masknya. Mereka berempat berpandangan.

"Ada pisau dengan kesan darah kering. Atas lantai pun sama." kata Rasya sambil menayangkan plastik lutsinar yang tersimpan pisau ditemui mereka.

Aryana menarik baju Daniel untuk mengajaknya ke tingkat atas. "Stick to the plan. Pisau apa semua tu, later kita discuss." Kata Aryana sebelum melangkah naik. Daniel terus mengikut. Yang lain terus berpecah mengikut plan asal.

Daniel dan Aryana memeriksa dengan teliti setiap pelosok tingkat itu. Aryana membuka pintu yang belum dibukanya. Daniel turut masuk ke dalam bilik tersebut.
Aryana membuka almari yang terdapat di situ. Daniel pula menyemak bilik air. Mereka menyimpan pistol masing masing pada belakang pinggang.

"Tak de apa pun." Kata Daniel. Dia masih lagi menyelak katil yang terdapat di situ.

Aryana mencekak pinggngnya. Dia berjalan ke arah pintu sliding door dan dibukanya. Dia memerhatikan balkoni tersebut. Matanya terhenti pada satu benda yang terdapat di sudut tersebut.

Paket yang berisi serbuk putih itu dicapainya. "Daniel." panggilnya. Daniel yang sedang memeriksa katil memandangnya. Dia terus mengatur langkah ke arah Aryana.

Terbatuk dia saat Aryana menaburkan serbuk putih tersebut. "Kau kenapalah Ary?!" marahnya. Aryana memandang Daniel.

"Sorry. Ni. Ni serbuk yang Aqilah selalu pakai kan?" kata Aryana sambil menunjukkan paket Weak Poisonous Powder tersebut. Daniel menjeling Aryana sebelum mencapai paket tersebut daripada Aryana.

"Yea." Daniel mengangguk. Aryana menyelidik setiap sudut di balkoni tersebut.

"Ary. Daniel. Second floor now."

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now