6 (E)

28.6K 1.3K 3
                                    

Bang!

Tembakan dari Aryana tepat mengenai bahu lelaki tegap tersebut. Daniel berpaling. Dia memandang Aryana yang memandang tajam lelaki itu. Angelz dan Killerz tergamam.

"Kau jangan buat aku kotorkan tangan aku dengan darah kotor kau tu." Aryana memusingkan pistol di tangannya. "Kau bagitau ketua kau, jangan cari pasal dengan kami kalau dia rasa nak hidup lama." dingin suara Aryana berkata.

Aryana mencangkung di depan lelaki itu. Sebuah botol kecil diberikannya kepada lelaki itu. "Kalau kau nak selamat, kau minum ni sebelum racun dari peluru aku makan badan kau." Aryana melemparkan botol tersebut sebelum bangun berjalan ke arah kereta yang telah disediakan oleh Erin.

Sebelum masuk, Aryana sempat menembak tayar motosikal 'anjing-anjing' tersebut.

••••••

Nellysha mengikat rambutnya sebaik sahaja tiba di Bukit Fraser. "Stress." buat pertama kali selepas bertarung, suaranya kedengaran.

"Sengal satu badan aku." katanya sambil memukul-mukul bahunya.

"Itulah. Emperor ni pun satu. Nak cari gaduh, carilah lepas balik dari kem." Raina memusingkan badannya.

Hanya Aryana dan Rasya yang kekal statik. Mereka mengeluarkan bagasi masing-masing.

Setelah selesai, mereka masuk ke khemah yang memang telah disediakan. Aryana dan Rasya satu khemah. Nellysha dan Raina satu khemah.

Rasya terus membaringkan diri. "This is heaven." katanya sendiri sambil mengeliat. Aryana memandang Rasya sekilas. Mulutnya mulai menguap kecil. Perutnya mulai bernyanyi.

"Ras.. Aku Laparlah." adunya. Rasya memandang Aryana.

"Makanan kat Nelly." kata Rasya. Aryana mengeluh. "Kau pergilah ambik. Aku malas. Nak tidur. Cikgu cari kau cakap tidur."

Aryana mengambil long coat sebelum keluar dari khemah. Dia melangkah ke khemah Nellysha dan Raina.

"Nelly.. Makanan aku mana?" tanya Aryana tanpa salam. Nellysha yang sedang membaca komik hampir melemparkan komiknya.

"OMG Ary.. Kau memang tak reti nak bagi salam or what? Suka betul kejutkan orang macam tu." bebel Nellysha. Aryana menrollkan matanya.

"Cepatlah.. Makanan aku mana?" tanya Aryana geram. Nellysha menjeling Aryana sebelum dia menyelongkar beg makanan mereka.

"Nah." Satu Roti Gardenia Coklat diberikan kepada Aryana.

"Coklat aku mana?" tanya Aryana.

"Tak de tak de. Coklat tu untuk esok jungle trekking. Kau tak nak makan ni, tunggu dinner nanti." kata Nellysha selamba. Aryana menjeling Nellysha sebelum keluar dari khemah mereka.

Plastik roti itu dibukanya sebelum digigit.

"Aryy.." Aryana berpaling apabila namanya dipanggil. Kelihatan Ian berlari ke arahnya. "Kejap.." Ian menarik nafasnya terlebih dahulu.

"Nah.." Ian memberikan kunci kereta kepada Aryana. Ternaik kening Aryana.

"What?"

"Kau simpan."

"Bagi Daniel lah. Dia drive kan." kata Aryana.

"Dia suruh kau simpan."

"No."

Aryana terus berpaling. Dia melangkah meninggalkan Ian yang tercenggang.

"Erghhhh..." Ian melangkah ke khemah mereka.

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now