TEASER

3.6K 209 23
                                    

Aryana memandang bangunan sekolah yang berdiri gah di hadapannya itu. Selepas dua tahun menjadi pelajar pertukaran di Ireland sejak dia berumur 15 tahun lagi, akhirnya dia menjejakkan semula kakinya di sekolah ini. Dia akui, sekolah ini agak lain berbanding kali terakhir dia melihat sekolah ini dua tahun yang lalu. Telefon yang berdering minta untuk dijawab menyentakkan lamunannya tentang sekolah itu. Telefon yang disimpan di dalam begnya diambil. Panggilan daripada kawan baiknya, Rasya pantas sahaja dijawab.

“Hmm?”

“Kau dekat mana? Dah sampai sekolah?”

“Baru sampai. Korang kat mana?” soal Aryana sambil dia mengemaskan uniform yang dipakainya. Kemeja yang berwarna putih dipadankan dengan skirt pendek paras lututnya menampakkan lagi bentuk badannya yang tinggi.

“Dah masuk sekolah dah ni. Kau nak aku datang ambik kau kat depan ke?”

“Thank you,” Aryana mengucapkan terima kasih kepada pemandu yang menghantarnya sebelum dia melangkah keluar dari kereta itu. “Tak payah. Nanti aku pergi sendiri. See you soon,” kata Aryana dan terus talian ditamatkannya. Dia memandang bangunan sekolah itu. Nafasnya dihelakan. Menurut Tengku Mardhiyah, selok-belok sekolah ini masih lagi sama. Cuma blok akademik yang diubah manakala blok pentadbiran masih kekal seperti dulu.

Aryana melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah yang luas itu. Bila mana kakinya menjejak kawasan sekolah itu, berpasang-pasang mata menoleh kepadanya. Wajah dan nama Tengku Aryana Natasha itu sejujurnya tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar Kolej Mardhiyah. Tengku Aryana Natasha bersama dengan tiga lagi kawannya, Tengku Rasya Hanim, Tengku Nellysha Syahmin dan Tengku Irene Raina sudah menjadi topik bualan biasa dan digelar sebagai The Angelz oleh pelajar-pelajar di situ.

Aryana tidak mempedulikan bisikan-bisikan pelajar di sekelilingnya. Dia hanya meneruskan langkahnya ke blok pentadbiran tanpa mempedulikan orang di sekelilingnya. Masuk sahaja ke dalam blok pentadbiran, dia disajikan dengan sekumpulan pelajar yang sedang berhimpun di foyer sekolah. Dia pasti itu ialah kumpulan pengawas sekolah kerana dia mengenali uniform yang dipakai oleh pelajar-pelajar yang sedang tekun mendengar ucapan seseorang yang berada di depan. Aryana hanya mengerling sekilas kepada foyer itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam lif yang terdapat di situ. Butang yang memaparkan nombor 2 ditekannya.

“Tunggu!”

Aryana memandang tangan yang menyelit masuk di antara dua pintu lif itu sekaligus menghalang pintu lif tersebut tertutup. Aryana menekan butang ‘open’. Seorang pelajar lelaki memandangnya dari luar lif itu. Aryana menjongketkan matanya. “Are you coming?” soal Aryana, hairan kerana lelaki itu masih terpacak di luar lif tidak bergerak. Matanya jatuh pada tag nama lelaki itu. Tengku Daniel Harris.

“Yes! Thank you.” Daniel melangkah masuk ke dalam lif bila suara gadis itu menegurnya. Aryana hanya diam. Tidak lama kemudian, pintu lif tersebut tertutup rapat. Suasana di dalam lif itu hanya sunyi. “You’re new here?” Daniel memecahkan kesunyian.

Pada masa yang sama, pintu lif terbuka menandakan mereka sudah tiba di aras dua. Tanpa menjawab soalan Daniel, Aryana terus melangkah keluar dari lif. Daniel mengerutkan keningnya melihat sikap tidak kisah gadis itu. ‘Interesting girl,’ bisik hatinya.

“Saya ucapkan selamat datang ke Kolej Mardhiyah kepada kamu berempat. I hope that four of you will enjoy your study here. Welcome, girls,” Tengku Mardhiyah tersenyum manis kepada empat orang gadis di hadapannya itu.

“Thank you, Tengku,” hampir serentak mereka mengucapkan terima kasih kepada Tengku Mardhiyah. Tengku Mardhiyah mengangguk tanda menerima ucapan terima kasih mereka itu.

“Baiklah, nanti Cikgu Sara akan tunjukkan kelas kamu berempat,” kata Tengku Mardhiyah sambil mengangguk kepada Cikgu Sara sebagai isyarat untuk menunjukkan kelas kepada gadis berempat ini. “Oh, lagi satu,” belum sempat pun mereka keluar, suara Tengku Mardhiyah menghentikan mereka. “Lepas masa sekolah nanti, saya nak adakan meeting dengan semua pengawas tahun ni and four of you are invited. Make sure you come,” kata Tengku Mardhiyah dengan senyuman yang penuh makna.

Aryana, Rasya, Nellysha dan Rania mengangguk dalam senyuman. Setelah itu, mereka berempat terus melangkah mengikut Cikgu Sara untuk ke blok akademik.

“I’m so excited,” Nellysha bersuara. Rasya dan Rania sama tersenyum manakala Aryana dari tadi merenung skrin telefonnya, entah apa yang dilihatnya pun mereka tidak tahu. Aryana memang seperti itu, seorang yang suka menyimpan rahsia dan bersendiri. Kerana itulah dia digelar sebagai ‘Ice Princess’ kerana kedinginannya itu tak kiralah dengan siapa.

“Agaknya Tanisha and the gang masih ada tak kat sekolah ni?” soal Nellysha. “Rindu nak buat mereka menjerit,” senyuman jahat Nellysha terukir di wajah cantiknya. Rasya dan Raina menggelengkan kepala mereka. Buruk betullah perangai.

Mereka berempat berhenti berjalan bila mana Cikgu Sara turut berhenti di depan sebuah kelas. “Jom masuk,” ajak Cikgu Sara setelah memastikan tiada cikgu pun di kelas itu. Mereka berempat hanya mengikut Cikgu Sara. Masuk sahaja mereka ke dalam kelas itu, kelas yang tadinya bising dengan suara-suara jeritan kini diam. Semua mata yang ada memandang kepada empat gadis yang berdiri di depan kelas itu. Ada yang meneguk liur, ada yang memandang mereka dengan pandangan berminat, bahkan tidak kurang juga yang memandang mereka dengan pandangan marah dan cemburu.

“K5 Elite,” Cikgu Sara memandang wajah-wajah pelajar di dalam kelas yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pelajar dan juga tenaga pengajar kerana sering menunjukkan persembahan yang baik dalam bidang akademik serta bidang kokurikulum. Kebanyakkan pelajar kelas ini memangku jawatan penting di sekolah ini, tidak kurang juga yang mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan.

“Memandangkan semua berada di sini, saya nak kenalkan kalian dengan rakan sekelas baru kamu,” Cikgu Sara menoleh kepada empat gadis tadi. “Silakan,” arah Cikgu Sara sambil dia melangkah ke belakang sikit untuk memberi ruang kepada mereka.

Buat seketika, suasana hening menyelubung kelas terkenal itu sebelum akhirnya Rasya mengambil inisiatif untuk memulakan pengenalan diri. “Hi, saya Tengku Rasya Hanim, boleh panggil Rasya sahaja,” suara lembut Rasya mengisi kesunyian kelas itu. Anak matanya yang berwarna coklat gelap itu memandang setiap wajah di kelas itu. Rasya kemudiannya menoleh kepada Nellysha sebagai isyarat untuk Nellysha memperkenalkan diri.

Nellysha tersenyum lebar memandang setiap wajah di hadapannya. “Hi, I’m Nellysha. Tengku Nellysha Syahmin. Saya harap nanti kita semua boleh bekerjasama,” mata Nellysha berhenti pada sekumpulan gadis yang duduk di tengah-tengah kelas itu. Lalu, matanya dikenyitkan dan senyuman sinis terukir di bibirnya.

“Saya, Tengku Irene Raina. Nice to meet you all,” ringkas sahaja Raina memperkenalkan dirinya atau lebih tepat, malas hendak memperkenalkan diri kerana dia pasti hampir semua yang berada di dalam kelas ini sudah mengenali mereka. Namun, atas arahan Tengku Mardhiyah dan juga Cikgu Sara, mereka ikutkan saja.
Kini, semua mata memandang ke arah Aryana.

Aryana yang menyedari dirinya menjadi tumpuan mengangkat wajahnya yang dari tadi melihat skrin telefonnya. Dia mendengar rakan-rakannya memperkenalkan diri tetapi dia malas hendak mengambil tahu. “Aryana,” sepatah sahaja dia memperkenalkan diri, malas hendak bercakap lebih. Matanya kemudiannya bertemu dengan mata jejaka yang terserempak dengannya di lif tadi. Hanya seketika sebelum Aryana mengalihkan pandangannya.

“Baiklah. So, kalian berempat boleh duduk di tempat yang kosong, ya? Cikgu pergi dulu. Sila jaga suara, Cikgu tahu kelas kamu orang ni kelas pandai tapi perangai tu biarlah sama otak korang tu,” sindir Cikgu Sara sebelum melangkah keluar dari kelas K5 Elite itu.

Sebaik sahaja Cikgu Sara keluar, masing-masig terus membuat kerja sendiri manakala The Angelz mula bergerak ke meja yang kosong di sudut belakang kelas. Aryana dan Nellysha memilih meja yang bersebelahan dengan cermin manakala Raina dan Rasya masing-masing duduk di sebelah mereka.

PAP!

NAH TEASER SATU HAHAHA .. KALAU NAK TAHU SELEBIHNYA, ADA KAT EBOOK YANG MUNGKIN AKAN KELUAR AKHIR BULAN JUN ATAUPUN AWAL BULAN JULAI , STAY TUNE LOVES !

*hugs and kisses*

Bagi opinion sikit hehehe

The Angelz's Killerz [EBOOK]Where stories live. Discover now