B A B 1

131 9 1
                                    

       Suasana di kelas hingar-bingar dengan celotehan pelajar-pelajar di kelas 5 Arif tersebut. Tambahan pula dengan guru mata pelajaran yang tidak dapat hadir kerana mesyuarat tergempar dijalankan mengenai penemuan mayat salah seorang pelajar di blok belakang sekolah.

Pelajar-pelajar membuat hal sendiri, ada yang bersembang sesama mereka, bermain telefon pintar malah seperti biasa ada yang tidur. Tetapi berbeza bagi Elvina Nadira atau dikenali sebagai Elvina yang asyik membaca novel penyiasatan kegemarannya tanpa mempedulikan keadaan kelasnya yang seperti pasar.

" Menurut kau, siapa pembunuh yang semua orang tercari-cari? " Nina , kawan rapat Elvina memecahkan suasana dengan soalan yang hangat.

" Manalah aku tahu " Jawab Elvina acuh tak acuh. Matanya masih di buku.

" Ehh, kau tahu tak aku dengar cerita yang Aimi jumpa last message dalam beg Shaffa " Nina bercerita. Elvina semakin tertarik dengan cerita kawannya itu terus berhenti membaca dan memandang ke arah Nina. Dia memang suka dengan kes-kes misteri sebegini.

" Last message? Dari Aimi ke or the mystery killer? " Elvina bertanya. Teruja.

" Entah. " Nina mengangkat bahunya.

----

KRINGG!!

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Aku segera menuju ke kantin untuk mengisi perut bersama Nina.

" Aku rasa pembunuh tu, mesti budak sekolah kita " ujar Nina sambil menyelit di dalam lautan pelajar untuk membeli makanan.

Ketika aku ingin menyahut tekaan Nina, pandangan aku tertumpu pada pelajar perempuan yang bertubuh molek itu, Aimi !Aku melihat Aimi berjalan ke kantin dengan wajah yang muram.Aku ingin menegur Aimi tetapi di halang oleh Nina.

" Jangan, dia tengah bersedih tu, kau jangan nak keruhkan lagi keadaan. Lagipun kau tak nampak ker? " Nina menghalang lalu menjuihkan bibirnya ke arah Aimi. Aku berpusing ke arah Nina. 

" Nampak apa? " Aku tertanya-tanya. Apa maksud Nina?

" Mata dia " Aku memandang Nina pelik. Kenapa dengan mata Aimi? Aku lihat biasa-biasa sahaja.

" Dia nampak macam takut? " Ha? Takut? Takut apa? Atau takut dengan seseorang?

" Sudahlah, tolong aku pegang ni " Nina menarik tangan aku dan menghulurkan sebungkus roti untuk aku dan lagi satu untuknya. Aku masih lagi tidak dapat melarikan mata aku daripada Aimi.

Sekejap!

Mulut Aimi terkumat-kamit seperti sedang bercakap dengan seseorang. " Dia cakap dengan siapa tu ? " Aku bermonolog. Apa yang sedang berlaku? Tak mungkinlah dia hilang kewarasannya selepas kematian Shaffa? Eh seram sejuk!

" Teman aku kejap! " Aku menarik tangan Nina.

" Woi! Kau dah kenapa?! " Nina tersentak dengan tarikan kuat daripada aku.

Waktu rehat hilang begitu sahaja. Aku dan Nina hanya dapat menjamu roti yang dibeli tadi itupun cuma mampu mengalas perut besar aku ni. Aku dan Nina sibuk mengikut Aimi dari belakang tapi malangnya tiada apa pun yang pelik pada Aimi. Tapi kenapa sebentar tadi dia kelihatan takut dan bercakap seorang diri? Aku tertanya-tanya. Mungkin ada kaitan dia dengan kes Misteri Belakang Sekolah? Pembunuh yang tidak dapat ditangkap sehingga sekarang?

Mungkin dia masih terkenang akan Shaffa ? Maklumlah ,mereka sudah berkawan sejak Tingkatan 1 lagi. Orang kata mereka berdua seperti adik beradik ,  inseparable. Mestilah Aimi berasa sedih sehinggakan keadaannya jadi begitu. Lebih-lebih lagi, dialah yang menjumpai mayat Shaffa, terkesan yang amat. Sekiranya aku di tempat Aimi, mungkin aku akan murung. Aimi dikira seorang yang tabah kerana masih mampu untuk hadir ke sekolah.

Misteri Belakang SekolahWhere stories live. Discover now