♦- 03♦

404 36 8
                                    

Kelihatan lima orang yeoja di sebuah pusat membeli-belah.

"Lepas ni nak buat apa?" tanya seorang yeoja yang tidak kurang cantiknya.

"Kita pergi makan lah" kata yeoja yang lain.

"Ok jom"

Sedang mereka berjalan menuju ke kedai makan, tiba-tiba salah seorang daripada mereka memegang perutnya.

"Kenapa ni Irene?" ya mereka semua itu ialah red velvet.

"Perut aku rasa mencucuk. Rasa pedih sangat" kawan-kawannya membawanya ke arah kerusi yang disediakan di mall itu.

"Ko okey tak ni? nak balik ke?" tanya Joy memandang bimbang ke arah Irene.

"Aku okey, jom lah pergi" Irene bangun dari kerusi itu.

"Da-- darah" tunjuk Yeri pada satu tempat iaitu perut Irene.

_______________________

"Hari last kita kat Busan yow" jerit Jihyun apabila mereka berlima bertemu.

"Apakata hari ni kita pergi mall?" Hyojeong memberikan cadangan.

"No kita pergi makan daging. Nyum sedappp" daging itu sudah berlegar-legar difikiran Hyunji.

"Kita ikut Jie, aku dah lama tak makan daging" kata Taeyoon menyokong Hyunji. Kenapa dia sokong Hyunji? cadangan Hyunji makanan kot.

"Nooo kita duduk rumah jelah. Hyun rindu Busan ni"

"Susah jom la kita balik Seoul balik. Kita tinggal 3 minggu je lagi kan" Jungmin berkata.

Mereka semua baru teringat yang mereka menjejakkan kaki ke Korea Selatan hanya satu bulan sahaja.

"Kalau kita dah duduk dekat sini 9 hari, bukan 3 minggu lah. Lagi 2 minggu 5 hari kan?"

"Jie bengap tu simpan sikit untuk masa depan" itu dia savage Taeyoon kembali.

________________________

SOMEONE POV

Aku berjalan di tengah-tengah bandar seoul. Seorang diri mencari diaorang.

Sedang fikiran aku melayang ke arah lain, ada seseorang menegur aku.

"Yoongi sunbaenim"

Aku memandang siapa yang memanggil aku. Ya aq Min Yoongi.

"Nuguseyo?"

"Ahhh anyeonghaseyo Park Hani imnida" yeoja itu tersenyum memandang aku.

"ohh" aku ingin meninggalkan dia tapi dia tiba-tiba bertanya kepada aku tentang--

"Sunbae, mana kawan-kawan sunbae yang lain?"

Tanpa menghiraukan dia, aku meninggalkan dia tanpa menjawab soalan dia. Buat apa nak cari dorang?

END SOMEONE POV
________________________

"Hani, kita nak buat apa dekat sini?" tanya Soohyun kawan baiknya.

"Aku bosan duduk terperap dekat rumah tu, bukan ada apa pon" mereka melewati kedai-kedai yang berjenama di tengah-tengah bandar Seoul itu.

"Hani"

"Hani"

"Hani!!"

"Apa?!" Hani memandang muka Soohyun dengan marah.

"Tu--- tu bukan Yoongi sunbaenim ke?" Soohyun menunjuk ke arah seorang namja yang sedang berjalan seorang diri.

Tiba-tiba Hani menuju ke arah Yoongi.

"Hani--

"Aku tahu apa aku buat" Hani memberikan simbol okey kepada Soohyun.

Selepas beberapa ketika Hani datang kembali ke arah Soohyun.

"Kenapa?"

"Jom kita pergi" Hani menarik Soohyun pergi.

____________________________

"Kenapa dengan yeoja tu?" tanya Hyojeong apabila melihat sekumpulan yeoja seperti ada yang tidak kena.

"kenapa?" Hyunji juga memandang ke arah sekumpulan yeoja itu.

"Aku rasa aku kenal dorang. Tu bukan red velvet ke?" tanya Taeyoon. Mereka semua kini berada di sebuah shopping mall dan sedang menikmati daging yang penuh empuk.

"Kita nak pergi dekat dorang ke? nampak macam dorang perlukan pertolongan" Jungmin memberi cadangan. Jadilah seperti Jungmin yang baik hati.

"Jom lah" belum selesai Taeyoon membayar makanan yang dimakan oleh mereka, Mereka sudah menuju ke arah red velvet.

"Kenapa ni?" tanya Hyojeong pada Seulgi kerana dia yang pertama sampai.

"Ire-- irene. Perut-- perut dia berdarah" kelihatan Irene sudah pon pengsan dipangku oleh Wendy.

"Jo-- jom bawak dia pergi hospital" terkejut Jihyun apabila melihat darah yang sudah membasahi baju Irene.

Mereka semua membawa Irene ke hospital yang berdekatan.

"Gomawo sebab tolong kitaorang" Joy tersenyum memandang 5 orang yeoja dihadapan dia sekarang.

"Tak jadi masalah. Memang kitaorang datang dengan kereta" balas Hyunji.

"Kenapa orang sekeliling korang tak tolong korang tadi?" tanya Hyojeong memandang red velvet.

"Tak tahu la. Mungkin dorang tak perasan kitaorang kot. Yelah, kitaorang duduk dekat tempat terperincilkan" Yeri membalas pertanyaan Hyojeong.

"Macam mana perut Irene tu boleh berdarah?" tanya Taeyoon pelik. Yelah, tiba-tiba je berdarah. Ada orang tikam ke? takkan la Irene tu tikam diri sendiri. Janganlah kita berfikiran negative seperti Taeyoon.

"Tak tahu lah. Dia cakap perut dia sakit rasa mencucuk. Tu je, dia tak cakap benda lain"

"Kita tunggu jelah keputusan doktor" Jungmin menamatkan sesi soal jawab itu.

Doktor keluar daripada wad yang menempatkan Irene dengan muka yng sukar ditafsir.

"Doktor, macam mana kawan kami?" tanya Wendy risau.

"Sebelum kamu tanya saya, saya nak tanya. Perut Irene ada terlanggar benda yang keras ke?" Mereka bersembilan memandang sesama sendiri.

"Tak ada rasanya doktor" jawab Seulgi.

"Saya nak nasihatkan supaya, jangan bagi perut Irene tu terlanggar dengan mana-mana benda keras. Dia pernah buat pembedahan dekat perut ke?" sekali lagi mereka pandang satu sama lain.

"Dia ada buat pembedahan, sebab dulu perut dia kena tembak. Sekarang bagilah tahu keadaan dia, ni asyik tanya je" dengan penuh malas Taeyoon menjawab.

"Keadaan dia stabil. Saya terpaksa jahit semula luka dia. Dan saya nak kamu jaga dia elok-elok. Saya pergi dahulu" doktor itu pon berlalu pergi.

"Ok lah korang, kitaorang mungkin tak sempat nak melawat Irene. Kitaorang mintak diri dulu" kata Hyunji mula bangun dari kerusi yang berada di hadapan wad Irene itu.

"Korang nak pergi mana?"

"Kitaorang nak balik Seoul. Nak jumpa bts" kata Jungmin. Red velvet terkejut.

"Korang kenapa? nampak hantu?" Taeyoon memandang belakangnya mungkin ada hantu?

"Tak ada apa, semoga perjalanan korang selamat" red velvet meninggalkan mereka di hadapan wad Irene.

"Kenapa dia tu?"

"Jom lah. Nanti kita lambat sampai dekat Seoul"

_________________________

"Ko dah tahu ke diaorang dekat mana?"

"Aku tengah cari"

"Ko rasa---

"Ko senyap sebelum aku tampa muka ko"

_______________

7BOYS VS 5GIRLS | BTS ✔Where stories live. Discover now