40

4K 109 10
                                    

"Nana, kenapa nana tak bagitahu mak pasal keadaan nana ? Nana tak bagitahu mak abah, lagi kami risau nak." Puan kamariah memeluk anak perempuan bongsu nya itu. Jelas tampak kerisauannya.

"Nana taknak mak dengan abah risaukan nana yang dekat kl ni. Mak dengan abah duduk jauh. Nana kesian dekat mak abah." Esak tangis perlahan mula meletus. Hana tidak dapat menahan rasa sedihnya.

Dia tahu bagaimana mak dan abahnya tahu. Melalui hakim. Hanya hakim sahaja yang mengenali keluarga nya. Dia yakin.

Pintu wad diketuk dan salam diberi. Kelihatan kelibat seorang doktor lelaki muncul. "Maaf menganggu. Saya ada berita baik untuk cik hana." Senyuman dilemparkan. Manis sahaja wajah doktor muda ini.

"Ada penderma yang sudi menderma buah pinggangnya untuk cik hana. Tetapi dia mengharapkan identitinya dirahsiakan. Jadi kami tidak boleh memberitahu siapa memandangkan kami harus menjaga maklumat pesakit." Doktor muda itu masih lagi tersenyum.

"Dan buah pinggang penderma tersebut bersesuaian dengan cik hana. Boleh ibu bapa cik hana ikut saya ke bilik saya ?" Pinta doktor tersebut lalu meminta diri.

Terlihat sinar harapan diwajah hana. Walaupun dia sedikit takut untuk berharap bahawa dia akan selamat, tapi mungkin ini boleh membantunya. In sha Allah.

"Jadi doktor, boleh kami tahu siapa penderma tersebut ?" soal encik sofian. Doktor Alif menunduk. Wajahnya tampak gusar. Identiti pesakit mesti dirahsiakan tetapi mereka berhak tahu. "Beginilah, saya akan beritahu selepas pembedahan selesai dijalankan. Buat masa sekarang, biarkan lah ia rahsia. Maafkan saya. Saya perlukan pengesahan daripada penjaga pesakit untuk menjalankan pembedahan." Jelas doktor Alif.

Dia mengeluarkan beberapa helai kertas yang perlu ditanda tangani oleh orang tua hana. "Doktor, semua nya akan okay kan ? Anak saya akan okay kan doktor ?" soal puan kamariah cemas, gusar akan keadaan anaknya. "In sha Allah, dengan izin Tuhan puan. Sama sama kita doakan yang terbaik." Doktor Alif tersenyum manis.

_______________________________________

"Alif." suara itu membuatkan lelaki itu mengangkat wajahnya daripada memandang ke lantai tak sudah.

Keningnya diangkat sebelah. Menandakan dia bertanya apa mahunya si pemanggil. "Awak kan orangnya ?"

Soal hana. Gadis yang terkulai sakit yang sedang berbaring diatas katil hospital yang tidak berapa empuk.

Mata lelaki itu atau sudah biasa dikenali sebagai doktor alif, dipandang tepat oleh hana. Dia perlukan jawapan. Doktor alif tidak mengangguk. Tidak menggeleng. Riak wajahnya turut sukar ditafsirkan.

"What do you mean by me ?" soalan dibalas soalan. Mana mungkin dia mencerita kan perihal yang sebenar.

Hana sebal dengan jawapan yang diberikan oleh doktor alif. Dia kenal sungguh lelaki ini. Perangainya yang satu itu. "Awak tahu maksud saya kan ? Don't act silly." hana tersenyum sinis.

"and maksud awak yang mana ?" masih dengan pendirian nya. Rahsia harus dijaga sebaiknya. Cuba mematahkan serangan daripada hana. Tidak mahu lagi disoal berkaitan itu.

Hana merengus kasar. Dia memandang keluar tingkap. Dia geram. Lelaki tidak perlu pergi sebegitu jauh semata demi membuktikan kasihnya.

"admit it alif. Awak tahu kan awak tak perlu buat semua ni. I don't need your pity." hana berkeras. Dia tidak mahu menjadi punca yang menghancurkan hidup seseorang.

Doktor alif tersenyum. Memahami maksud gadis itu. Dia bangun dari duduknya. "Berehatlah. Jangan terlalu fikirkan benda tu. Everything is going to be fine. You're going to be okay." kepala kecil hana diusap perlahan. Dan dia terus berlalu pergi.

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now