14

4.4K 124 0
                                    

*flashback

"Memang kena pergi ke ma ? Kalau takpergi takboleh ?" Rungut aish yang masih kecil .

"Sayang , mama pergi atas urusan kerja . Jangan lah macam ni ." Puan hanis menarik tali handbag ke bahu . Membetulkan kedudukan tali handbag nya .

Puan hanis membongkok sedikit lalu mengusap rambut aish .

"Mama pergi seminggu je ." Puan hanis mencuit pipi anak nya .

"Mama , seminggu tu lama lah !" 😣 suara ditinggi kan sedikit .

Puan hanis tersenyum nipis . Berat hati nak tinggalkan anak nya .

Bukan nya sebelum ni tak pernah outstation . Cuma kali ni rasa nya lain . Rasa macam dia akan pergi lama .

Puan hanis mengeluh tetapi senyuman tetap tidak pudar .

Puan hanis melutut dihadapan anak nya . Lalu memeluk erat .

"Aish , jadi anak yang baik . Jangan tinggal solat . Doakan mama ye sayang ." Puan hanis sebak .

Hampir saja menangis tetapi ditahan supaya tidak menangis . Nanti meleleh pulak anak nya .

Encik Hamizan memerhati . Sungguh dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena .

Puan hanis bangun dan mendapatkan suami nya .

"Maafkan hanis ye abang . Halalkan makan minum hanis . Doakan hanis . Hanis sayang abang ." Puan hanis mencium tangan suami nya .

Encik hamizan mencium ubun ubun isteri nya . Syahdu rasa nya melihat pasangan itu bersalaman .

"Abang maafkan sayang . Sayang jaga diri . Maafkan abang juga kalau tak dapat jadi suami yang sempurna untuk sayang ." Encik hamizan memeluk erat isteri nya .

Air mata masing masing masih ditahan . Anak nya melihat hairan .

Tak pernah dia berhadapan dengan situasi ini .

Selang 3 hari selepas puan hanis outstation . Encik hamizan dan sekeluarga dikejutkan dengan berita puan hanis kemalangan .

Dengan kadar segera , mereka bergegas ke hospital .

Aish yang masih kecil menangis nangis memberontak mahu kan mama nya .

Melihat aish yang menangis itu , encik hamizan memeluk erat anaknya .

"Aish , jangan macam ni aish . Mama lagi sedih kalau tengok aish macam ni ." Belakang anak nya diusap .

"Taknak !! Aish nak mama !! Aish taknak papa !! Mamaaaa !!" Aish memeberontak ingin melepaskan pelukan papa nya .

Sebak hati nya melihat aish sebegitu .

Anak yang baru berusia 5 tahun . Yang menangisi mama nya . Hati mana yang tak pedih .

Doktor keluar dari bilik pembedahan .

"Doktor , macam mana isteri saya ?" Soal encik hamizan .

Doktor menunduk , membuka mask yang dipakai .

"Maafkan saya encik" doktor memegang bahu encik hamizan "kami tak dapat selamatkan isteri encik . Isteri encik kehilangan banyak darah dan nadi nya semakin lemah . Kami cuba sedaya upaya . Tapi tuhan lagi menyayangi isteri encik . Maafkan kami ." Doktor memberi penjelasan .

Allahuakhbar . Encik hamizan meraup muka .

Aish sudah terduduk .

"Papa" Aish menarik seluar papa nya "Mama dah 'lena' ke ?"

Air mata nya sudah kering . Takde lagi rasa ingin menangis .

Mama nya sudah pergi . Sudah pergi menghadap ilahi .

Dia sudah tiada mama . Tiada tempat menagih kasih seorang ibu .

Kepala aish berdenyut , gelap .

"Aish !"

*end of flashback

"Mama !" Aish terjerit kecil . Mengejut kan ika yang sedang melihat nya .

"Aish , kau okey ?" Ika mendapatkan aish .

Pantas tangan mengesat air mata . Dia mengangguk lemah .

Aish bangun dari duduk nya dan ingin berlalu pergi .

"Aish ."

Langkah aish terhenti . Tanpa menoleh, "em ?"

"Can we talk ?" Ika berbicara lembut .

<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ika menghulur air tin yang dibeli tadi .

Aish memandang tin itu kosong . Taktahu sama ada mahu diambil nya atau tidak .

"Ambil lah . Please ." Ika mencuba .

Aish mengambil tanpa memandang ika . Tanpa ucapan terima kasih .

Ika mengambil tempat disebelah aish . Jarak masih dijaga .

"Aish , aku minta maaf ." Ika menarik nafas .

Tangan menggenggam kemas air tin yang dibeli tadi .

"Aku tahu kau marah dengan aku . Aku tahu salah aku sebab tak bagitahu kau pasal ni . Maafkan aku please ." Sambung nya .

Aish masih diam . Tangan bermain dengan air tin yang dipegang .

Memberi ruang kepada ika mungkin .

"Aku tak kisah kau nak benci aku ke nak maki aku ke nak pukul aku ke nak marah aku ke . Yang penting , maafkan lah aku ." Rayu ika memandang aish sayu .

Aish memandang kanan . Tidak mahu bertentang mata dengan ika .

Dia tahu dia selfish kalau dia tak maafkan ika . Tapi dia seronok melihat ika bersungguh sungguh meminta maaf kepada nya .

Tawa nya yang hampir meletus cuba ditahan sedaya upaya .

Aish menarik sengih .

Dia memandang ika disebelah kiri . "Please aish please ." Ika merayu lagi .

Dia tersenyum . Ter ok ter .

"Takkan lah aku nak pukul perempuan . Aku tak dayus okay sampai nak pukul perempuan . Lagi lagi dengan orang yang aku sayang" aish menahan tawa "aku maafkan ."

Ika terdiam . Tenggelam dengan kata kata aish sebentar tadi

'Lagi lagi dengan orang yang aku sayang .'

"Ika ?" Aish meletak kan tin air sejuk di pipi ika .

Ika terjerit kecil menahan sejuk itu .

"Maaf aku diterima ?" Ika memandang aish meminta kepastian .

Aish mengangguk sambil tersenyum . Ika membalas senyuman aish .

"Tapi apa maksud kau dengan orang yang kau sayang tu ?" Soal ika .

Muka aish memerah .

"Kau budak budak . Takpayah nak ambil tahu sangat ." Aish bangun kemudian beredar .

Muka nya membahang selepas ika menanya soalan itu sebab dia sendiri tak perasan yang dia berkata sebegitu .

Ika terpinga pinga melihat aish yang beredar .

'Aku buat salah lagi ke ?' 😕 bisik hati ika .

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now