26

4.1K 112 2
                                    

3 hari dihospital dan dia sangat kecewa kerana hakim sikit pun tidak datang menjenguk nya.

Apa dia takde rasa nak melawat aku ke ?

Ika medengus kasar. Tangan nya disilangkan ke dada. Pandangan dilempar ke luar tingkap.

Sekejap lagi dia dah boleh discharged. Hakim taknak melawat dia ke ?

Perlahan tangan yang disilang itu dileraikan. Dia mengeluh lemah.

Takde sebab ika harus kecewa. Dia ada hana. Dan haruslah hana perlukan dia lebih ika memerlukan hakim.

Ika perlukan hakim ? Pantas kepala digeleng. Mengarut apa ni ? Haish.

Ika turun dari katil kemudian mula mengemas barang nya. Dia berjalan ke dalam tandas dan menukar pakaian nya.

Seusai itu, keluar sahaja dari tandas, pintu bilik ditolak perlahan.

Ika tidak menoleh kerana dia tahu itu suraya yang datang nak jemput dia balik.

"Bukan main lambat kau datang. Tadi kata nak tolo-" baru je ika menoleh dan baju hospital yang dipegang itu jatuh ke lantai.

"Dah sedia nak balik ?"

Ika tunduk mengutip baju yang jatuh itu. Dia berdehem. Mengawal malu nya. Salah orang oi.

"Hang buat apa mai sini ?" Ika berjalan menuju ke katil nya.

Jauh disudut hati, dia gembira. Walaupun awal nya dia kecewa.

"Nak jemput orang sakit balik lah. Takkan nak daftar sebagai pesakit baru." Tak sah kalau tak memerli.

"Kenapa hang yang mai ? Su mana ?" Ika mula menyoal macam macam.

"Sekarang ni, kau nak balik ke taknak ? Kalau taknak, aku blah dulu." Hakim mengacah.

Ika menjeling. "Hang ni kan. Tolong aku tak pernah nak ikhlas. Takpayah lah. Aku balik naik teksi."

Pintu dibuka lebih luas, ika keluar dari bilik itu kemudian berjalan dengan menuju kepintu keluar.

Sebelum sempat dia berjalan lebih jauh. Beg yang dipegang ika itu ditarik sehingga ika tergerak kebelakang sikit.

"Sejak sakit ni, nak bergurau sikit pun tak boleh. Sensitif betul orang perempuan ni. Heh." Hakim mengambil beg ditangan ika lalu bergerak ke kereta nya.

Ika menarik senyum dalam diam lalu mengikuti hakim dari belakang.

Sampai sahaja dikawasan parkir, beg terus dimasukkan ke dalam tempat duduk belakang.

"Masuk cepat. Lambat aku tinggal." Hakim masuk kedalam kereta dan enjin terus dimulakan.

Ika mencebik. Terkocoh-kocoh dia membuka pintu kereta itu. Kuat mengusik betul.

Kereta dipandu meninggalkan kawasan hospital.

Suasana yang senyap di dalam kereta sebentar tadi mula diisi dengan bunyi radio.

Ika mengintai hakim yang sedang memandu dengan hujung mata. Masih tiada sebarang reaksi menunjukkan yang hakim nak mula berbicara.

Dengan sengaja, radio yang sedang mengutarakan lagu dari tasha manshahar yang bertajuk oh no itu dikuatkan.

Saje kacau hakim. Fokus sangat memandu nya.

"Kau nak perlahankan radio ke kau nak aku tinggalkan kau ?" Soal hakim. Mata nya masih dijalanan.

Ika mengajuk. Tangan nya memperlahan kan volume radio. Emosi betul.

Dan kereta kembali senyap.

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now