Aikha's POV

...menangis.

Lelaki kesayangan aku ini menangis. Kenapa tiba-tiba?

"Abang..."

"Can you lead the way, sayang?" pintanya dengan suara yang bergetar. Tangannya terlepas dari genggaman aku apabila dia mahu mengelap pipinya yang masih basah.

"Apa yang abang sorokkan?" Soalan ini. Soalan yang mengganjal di benak aku sejak sekian lama. Soalan yang hanya selalu dibiarkan Malique tak berjawab. Namun hari ini batin aku meronta-ronta ingin tahu. Cukuplah aku menyimpan rasa penasaran ini buat berbulan lamanya. 

Aku dah tak tahan.

"Abang akan beritahu. But please, lead the way to Luna first,"

Entah mengapa, ayat kedua itu membuatkan mata Malique bergenang semula. Kenapa? apa yang tak kena? Namun pandangan matanya yang bagai tersirat kepedihan membuatkan aku tak mampu nak bersoal jawab lagi. 

Sorot mata yang ditunjukkan pada aku hari ini. Sorot mata yang selalu aku tangkap apabila termenung seorang diri, namun selalu hilang apabila dia sedar akan kehadiran aku. Tanpa berkata sepatah lagi, tangannya aku gapai kembali dan aku pimpin dia ke pusara Luna.

Sekali lagi tangisnya pecah. Pagi ini kami melawat Luna dengan suasana sayu. Jauh lebih sayu dari hari sebelum ini. Sekali-sekala, isakan masih kedengaran dari bibir Malique ketika kami membacakan surah Yaasiin. Ya Allah, kenapa dia sesedih ini?

Selesai sahaja menyiram dan menabur kelopak bunga pada pusara Luna, Malique bergegas ingin bangun, tetapi aku tahan. Cukup sudah dengan rasa penasaran aku. Aku mahukan penjelasan.

Menyedari kemahuan aku, Malique meminta dengan wajah memelas. "Dekat rumah, please, sayang,"

"Right here, right now. Curiousity is killing me, Mal. Kenapa abang menangis tadi? Kenapa Aikha selalu nampak abang termenung tapi bila Aikha tanya, abang tak pernah jawab. Tell me, I'm your wife. Am I not your other half?"

Menarik nafas dalam, aku melihat dia memandang pusara itu lagi. Serentak itu air mata yang sudah kering mengalir lagi. Ada apa?

Perlahan, dia melabuhkan kembali duduknya di sisi aku. Sama-sama kami menghadap pusara Luna. Aku hanya memerhati, melihat wajahnya yang penuh kerinduan. Melihat wajahnya yang penuh kesakitan.

Lembut dia menyentuh batu nisan itu dengan hujung jari. Membuatkan aku sendiri kadang kala masih pusing dengan kenyataan itu. Nama yang terpatri di situ ialah anak kandung kami, Luna Amyra.

"Daddy minta maaf, sayang. Daddy tak guna. Tak pernah ada untuk Luna, tak pernah ada untuk mommy. I even failed to save you,"

Tanpa sedar, aku menutup mulut menahan sebak. Inikah perasaan seorang Malique selama ini? Inikah rasa yang ditanggungnya selama ini? Rasa bersalah, rasa menyesal, rasa yang aku tak pernah tahu wujud di dalam dirinya. Selama ini di saat aku bersedih mengenangkan Luna, dia sentiasa ada untuk aku. Memeluk aku, menenangkan aku. 

Aku sangka dia sudah bangkit tapi ternyata...

"My biggest fear is happening today, Luna. I forgot. I forgot the way to see you,"

Mendengar bicaranya pada sang anak membuatkan aku kaget lagi. Lupa? Tak mungkin Malique lupa arah ke pusara ini. Sudah menjadi rutin untuk kami datang ke sini setiap minggu. Walapun ada beratus-ratus pusara di sini, pasti dengan mudah kami mampu menjejaki batu nisan puteri kami.

"Daddy dah janji dengan diri sendiri, daddy takkan lupa apa-apa pun pasal Luna, pasal mommy, pasal baby. Daddy dah buat segala yang daddy mampu, tak kenapa daddy tetap lupa, sayang? Daddy minta maaf, daddy jahat,"

"Abang," lengannya aku tarik. Aku mahu dia memandang aku. Aku mahu perhatiannya pada aku. "Apa maksud abang? Kenapa abang nak lupakan Aikha? Kenapa abang nak lupakan anak-anak kita?"

"I'm sorry," ucapkan bagaikan desiran. Lelaki ini masih memandang tanah dan menangis, membuatkan kekeliruan aku menjadi kemarahan.

"I don't need your apology, I need you to answer me!" wajahnya aku angkat agar memandang aku namun dia berkeras mahu kekal menunduk. "Look at me and answer me!"

Tangan besarnya menyentuh tangan aku di wajahnya. Matanya tepat menatap aku. Menusuk aku tanpa pedang, yang pasti dada aku terasa dibelah dua melihat wajah terseksanya.

"Abang sakit, Aikha. Perlahan-lahan abang akan lupa. Hari ni Luna, esok lusa?"

Aku... Aku yang akan dilupakan.

"No, abang tipu. Sakit apa macam ni?" soal aku sambil tertawa kecil. Malique pasti sedang cuba menipu aku lagi. Sebab kalau benar dia menipu, aku dah tertipu. Pipi aku sudah terasa hangat dengan air mata. Ada satu ketakutan tidak jelas yang menjalar.

Pipi aku diusap dengan ibu jarinya sebelum tangan hangat itu singgah di kepala aku. Dia mengusap lembut kepala aku, penuh cinta. Namun senyuman dalam tangisnya semakin menakutkan aku.

"Kita sambung bincang dekat rumah, okey?"

Senyuman pahit itu... Malique, dia tidak menipu.


Akhirnyaaaaa hahahhaahahhahha... I won't say sorry. I know I take a super long time nak update tapi aku takkan mintak maaf hahhahaha

Anyway, do read stories by @meowwsz and @azzxflakes 


Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now