17

6.8K 433 23
                                    

Aku gembira. Sungguh, aku gembira. Tetapi kegembiraan aku bagai disamarkan kesakitan dan ketakutan yang membengkak dalam hati.

Setitis air mata yang meluncur di pipi aku kesat dengan belakang tangan. Merenung langit-langit kamar, menggumam.

"Mampu ke aku jaga Aikha?"

Sepi. Tiada yang mampu menjawab.

Tubuh aku kalihkan menghadap Aikha yang sedang lena di sisi. Ragu-ragu tangan aku hinggap di perut datarnya. Sentuhan yang kaku, namun perlahan-lahan berubah menjadi usapan lembut.

Anak aku, anak kami sedang membesar di sini. Segaris senyuman tak mampu aku halang. Begitu juga air mata yang turun lagi.

"Mampu ke daddy jaga kamu?"

Panggil aku penakut. Gelar aku pengecut. Aku pernah gagal. Apa salah andai aku mempersoalkan kemampuan aku menjaga mereka?

"Mampu. I have faith in you, Mal,"

Dalam kabur air mata, tanpa aku sedar Aikha sudah terjaga.

Tubuhnya dibawa merapati aku sebelum tangannya naik menangkup wajah aku. Mengusap rahang aku dengan lembut.

"Abang tak pernah gagal. Abang dah usaha habis-habisan nak selamatkan Luna. It's just the matter of time,"

"Abang tak tahu, Aikha. Abang takut," ucap aku hampir berbisik. Menatapnya dengan emosi mendung yang bukan main-main.

Sebuah kucupan ringan hinggap di bibir aku. "Jangan takut, Aikha ada. Aikha selalu ada untuk abang," balasnya, berbisik di bibir aku.

Bisikan yang pantas bertukar menjadi ciuman lembut sebelum diakhiri kehangatan di ranjang kami.

***

"Sayang!!" laung aku kuat sambil mengandar beg kamera di bahu. Sebelah tangan lagi masih mencari stokin di dalam laci.

"Iya,"

Aku tertawa kecil. Lembut dan comel je suara Aikha menyahut.

"Apa dia, Mal?" soalnya yang kini sudah berada di pintu bilik.

"Nampak spec abang tak?"

Serta-merta bahunya merosot. Riak wajahnya penuh dengan rasa putus asa. "Yang dekat mata abang tu apa? Lens kamera?"

Aku meraba batang hidung aku sendiri sebelum jari aku tersentuh besi yang terasa sejuk. Oh, ada.

Sengih kerang aku tak dihiraukan. Aikha malah mendekati aku dan menolak aku agar duduk di pinggir katil. Dia mengambil alih tugas aku mencari stokin.

"Haih, atok umur berapa ni? Cari stokin tak jumpa, cermin mata tak jumpa. Your bird tu kalau boleh cabut, mesti abang tak jumpa jugak,"

"Aikha..." tegur aku dengan nada rendah. Apa ni bagi bebelan tipikal ibu-ibu se-Asia? Malu aku.

"Apa? Betul la Aikha cakap. Mama pun selalu cakap macam tu dekat... anak lelaki dia,"

Aikha tersenyum nipis dengan membawa sepasang stokin di tangan. Aku tahu, dia masih terlalu sakit untuk menyebut nama abangnya sendiri.

"Here," stokin itu dihulurkan pada aku. "Aikha tunggu dekat kereta,"

Langkahnya keluar dari bilik aku hantar dengan pandangan sayu. Memandang tubuhnya dari belakang membuatkan aku tertanya sendiri. Bagaimana bahu mungil itu mampu menampung beban perasaan yang begitu besar?

Cepat-cepat aku menyarung stokin dan mengejarnya ke kereta.

"Lambat!" serunya sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut kereta.

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now