19

6.1K 474 27
                                    

"Mal..."

Aku melirik Dean sedikit jengkel. Aku tak suka pandangannya. "Jangan pandang aku dengan simpati, boleh?"

"How could I not? Lower your ego a lottle bit. Sometimes you deserve the sympathy, y'know?"

"But I don't need it,"

Entah mengapa aku menjawab sedikit keras pada ucapan Dean yang sebenarnya santai. Aku tak suka simpati. Aku dah melalui terlalu banyak benda pahit dalam hidup dan aku belajar satu perkara.

Simpati buat kau nampak lemah.

Segera aku mengangkat barang-barang aku ke dalam kereta. Hawa dingin Tanah Tinggi Cameron sikit pun tak berjaya mempengaruhi suasana hati aku yang buruk hari ini.

Pagi tadi aku tinggalkan rumah begitu sahaja tanpa berpamitan dengan Aikha gara-gara mengejar waktu untuk photoshoot di sini. Dan ya, setelah membentak Aikha malam tadi, kami masih belum berbaik.

Dada aku masih dipenuhi rasa bersalah padanya apatah lagi aku meninggalkannya di rumah pagi ini dengan hanya sekeping nota bertulis, "Abang pergi Cameron, ada kerja. Take care,"

Wow, bila difikir kembali, aku sangat gagal dalam menjadi romantik. Love pun tak ada.

"Malique,"

Kewujudan Evana yang baru aku perasan sedang bersandar di badan kereta aku sedikit sebanyak mengejutkan. Seperti setan yang tak diseru, tiba-tiba muncul.

"Yes, Eva?" soal aku berbasa-basi. Nak halau terus dari menyentuh kereta aku macam biadap sangat pula.

"You dah nak balik ke?"

"Yes, I am,"

Bibirnya yang bergincu merah itu mengerucut konon manja. Aku cakap konon sebab nampak fake sangat.

"Ala, kenapa you balik hari ni? Kita orang semua balik esok. Spend time dulu, relax-relax malam ni. Bukan selalu datang Cameron,"

Aku menghembuskan nafas perlahan. Bosan dengan percubaan demi percubaan Evana untuk menarik perhatian aku. Dia bukan tak cantik, in fact, terlalu cantik. A legit model ffs.

Yang aku tak faham, kenapa selalu nak try aku? Dean yang single tu tak nak pula dia try. Nasib baik la Evana jarang menjadi model aku.

Mengambil keputusan untuk menyimpan air liur, aku mengangkat tangan, menunjukkan cincin perkahwinan aku padanya. Mengingatkan Evana untuk kali yang entah keberapa.

"Haih, muka handsome, tapi takut bini ke, Mal? I boleh jadi yang kedua, tau, and I tak akan kongkong you,"

"Whatever, Eva," jawab aku sambil membuka pintu kereta dan masuk, jelas-jelas mengacuhkan dia.

Sebaik sahaja menghidupkan enjin kereta, laju aku meninggalkan kebun teh yang menjadi lokasi sesi fotografi hari ini. Berulang Cameron-KL dalam hari yang sama memang memenatkan. Tetapi asalkan aku dapat melihat wajah Aikha sebelum aku tidur.

Dan sebelum meninggalkan kawasan tanah tinggi ini, sempat aku membeli bunga kesukaan Aikha. Harap-harap dapat menyejukkan hatinya.

Namun baru setengah perjalanan, telefon bimbit aku bergetar menerima satu mesej WhatsApp.

Aikha balik rumah papa

Spontan aku tertawa kecil. Haih, sampai macam tu dia punya merajuk. Baru aku terbentak, belum terlupa tarikh lahirnya, atau tarikh ulang tahun perkahwinan kami lima tahun lagi, atau hari lahir anak kami, atau...

Tanpa sedar, aku menelan liur. Ya, perkara-perkara sebegitu. Perlahan-lahan aku akan mula melupakan tarikh-tarikh penting, melupakan kegemarannya, dan pada akhirnya, barangkali aku melupakan namanya, senyum manisnya, ketawanya.

Perlahan-lahan aku memberhentikan kereta di bahu jalan. Aku tak dapat membendung air mata yang mula berembun di pelupuk. Segala kebarangkalian ini menyakitkan. Menyedihkan.

Adakah aku akan ingat untuk mengucapkan selamat pada setiap hari lahir anak kami nanti? Adakah aku akan mampu memimpin tangannya dan membawanya ke taman permainan, ke sekolah, ke universiti dan seterusnya melepaskannya ke alam perkahwinan? Adakah aku akan ada untuk memegang tangan Aikha, bersamanya hingga ke hari tua dan mengimbas kembali perjalanan hidup kami?

Heh, menyedihkan.

***

"Pa, ma," sapa aku lembut sambil bersalaman dengan mereka. "Aikha ada?"

"Ada dekat bilik tu hah, dah tidur agaknya. Kenapa Aikha sampai lari balik rumah ni?"

Soalan papa yang bernada tegas membuatkan aku tersentak sedikit. Tak adalah takut sangat, tapi takut jugalah.

Namun mama menjadi penyelamat dunia malam ini. Lengan papa ditampar manja. "Abang ni, sibuk pula hal rumah tangga dia orang. Setakat bergaduh kecil suami isteri, biasalah,"

Pandangannya dialih pada aku pula. "Mal sabar sikit ya dengan Aikha, biasalah perempuan tengah mengandung, kuat merajuj sikit,"

"Tak apalah ma, papa betul. Salah Mal sampai Aikha kecil hati. Ni pun Mal baru sampai dari Cameron ada photoshoot. Boleh Mal jumpa Aikha?" pinta aku selembut boleh.

Jujur, badan aku sangat penat dan aku hanya mahu memeluk Aikha hingga tertidur sahaja sekarang ini.

"Ya Allah, jauh perjalannya, Mal! Dah, dah, pergi masuk bilik sana, mandi, solat apa semua. Kesian penat drive jauh-jauh. Nak makan tak? Mama panaskan lauk,"

"Eh, tak apalah, ma. Mal ingat nak tidur terus. Terima kasih, ma. Pa, Mal masuk bilik Aikha dulu, ya?"

"Hmm,"

Hanya itu yang papa jawab. Barangkali masih bengang aku membuat anak perempuannya merajuk hingga balik ke rumahnya.

Sebaik sahaja aku membuka pintu bilik Aikha, hanya cahaya temaram lampu tidur yang menyuluh jalan aku dari tersadung karpet atau apa. Si cantik ini sudah tertidur damai.

Aku berlutut di samping katil, memandang wajahnya yang tenang dalam lena. Pipinya yang kini semakin gebu, aku usap sayang. Kesayangan aku.

Jambak bunga daisi yang dari tadi aku pegang, aku letakkan di meja sisi. Mahu dia bangun nanti dengan senyuman.

Lalu pandangan aku jatuh pada perutnya yang menonjol di sebalik baju tidur. Spontan senyum aku terukir.

"And also, it was told in Norse mythology yang bunga daisi ni sacred flower seorang dewi yang bernama Freya, the goddess of love, beauty, fertility..."

...and as such the daisy came by symbolize childbirth, motherhood, and new beginnings.

Perut Aikha aku elus lembut. Masih dengan senyuman pahit yang gagal aku padam.

"And you my child, our new beginning. Always be with her when I couldn't,"





180817 Happy Birthday Kwon Ji-Yong!! Hahahahha 40 minit lepas masih beday aku. Ingat nak update. Tak sempat. Dangg.

Metafora BahagiaOn viuen les histories. Descobreix ara