7

7.9K 578 27
                                    

Baru sahaja aku hendak melabuhkan punggung ke kerusi, nama aku sudah diseru-seru Dean. Mendengus jugalah sekejap. Apa sajalah yang mamat ni nak?

"Mal, dari tadi aku panggil kau!"

"Sabarlah, aku baru duduk. Tak chill la kau ni," jawab aku sambil mencapai botol air.

Mujurlah tak sempat meneguk lagi, Dean sudah menyebut alasannya memanggil aku sedari tadi. "Marka kau datang ni, setan! Dari tadi panggil, tak menyahut!"

"Marka, who?" Tak luak pun, botol air mineral tadi aku letak semula ke atas meja.

"Kau la, ada awek tak cakap. Dah la jiran sebelah rumah aku-"

Tak sempat Dean nak menghabiskan ayatnya, aku dah bangun dahulu dari duduk. Lebar-lebar langkah aku menuju ke lounge di studio ini, yakin betul 'dia' menunggu di situ.

Yang pasti aku sempat mendengar Dean menggumam "Lucky fckboy," atau yang sewaktu dengannya pada aku. Apa-apalah Dean. Aku harap kau dapat teman wanita dan tak jadi gay. Itu sahaja.

Seperti yang aku jangka, dia sedang menunggu aku di lounge. Duduk manis di atas sofa kulit di ruang ini.

"Malique," sapanya lembut. "Sorry, Aikha kacau ke?"

"Eh, taklah. Memang tengah break pun, nak tunggu models tukar baju and make up. Aikha... buat apa datang sini?" soal aku kekok sambil duduk di sisinya.

Betullah kekok. Buatnya salah intonasi aku ketika mengeluarkan soalan ini, tak ke bunyi menghalau?

Sempat lagi mata aku menangkap pergerakan jarinya yang runcing menyelip rambut yang menyentuh pipinya ke belakang telinga sebelum dia menoleh ke sebelah sana, mencapai entah apa di dalam beg kertas itu. Haish, pergerakan kecil sebegini pun buat Aikha kelihatan comel.

Tangan aku ringan sahaja mahu menyelip juga beberapa rambut yang menyentuh pipinya. Tapi tak sempat sebab Aikha sudah berpaling semula menghadap aku dengan sebuah bekas plastik dan sebiji termos kecil.

"Aikha buatkan sandwich dengan air teh panas untuk Mal. I hope it is okay to do so?"

"Aikha..." panggilku lembut agar mata bundarnya memandang aku. Akhirnya tangan aku menang juga, ringan menolak rambutnya ke belakang telinga. Sempat juga pipinya aku usap dengan hujung jari.

"Thank you, sayang,"

Perlahan, namun aku pasti wajah Aikha semakin memerah. Arghhhh comelnya!

Shit, aku bunyi macam budak sekolah yang first time bercinta!

"Err... urmm, okey," gumamnya kekok.

Aikha, Aikha... Bukan setakat muka, malah sampai ke telinga dan lehernya merah.

"Aikha balik dululah. Tadi pun main tinggal je kedai dekat Sab,"

"Alright, take care. Petang nanti Mal ambil, ok?"

Soalan aku hanya dijawab anggukan kecil beserta senyuman sebelum Aikha berlalu pergi. Itu pun sudah membuat aku tersengih seorang diri.

Hampir sahaja tidak sedar kalau Dean tidak menegur.

"Please, padam sengih tu, Mal. Ngeri aku tengok,"

Eleh, cemburu!

***

Entahlah, aku betul-betul rasa macam budak sekolah yang baru nak belajar bercinta. Aku rasa teruja, berdebar, posesif, tapi pada masa yang sama aku rasa nyaman apabila berdekatan dengan Aikha.

Dulu aku tak pernah rasa perasaan ini. Sekadar rasa ingin melindungi, khas perasaan seorang abang.

Namun kini, setelah aku ada rasa yang berbeza buat Aikha, aku pula tidak tahu perasaan dia buat aku. Masihkah ada ruang untuk aku di hati dia?

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now