"Along tak tahu nak cakap macam mana. It's not love exactly, but it is more like...familiarity. It feels like my soul has recognized her long before our eyes met."

Hezrique terdiam lepas cakap macam tu. Zill pula hanya memandang tanpa mampu ulas apa-apa. Apa yang mampu Zill buat hanya tepuk bahu si abang yang dah tayang muka serabut alam.

Dan saat itu ingatan dia mula teringat balik kenangan makan malam dengan Mia dan keluarganya.

HEZRIQUE terkaku tengok pemandangan di depan mata dia. Macam tak percaya apa yang dia tengok depan mata. Tapi kalau tak percaya, takkan mata dia pula nak menipu.

"Untung you. Dapat merasa juga. I ni entah bila la dapat merasa nak timang cucu sendiri." Datin Zarith mula keluarkan ayat sendu.

Zill, Kimi dan Alia mula senyum tak kena gaya. Masing-masing dah faham Datin Zarith dah keluarkan ayat sadis berbaur sinis. Hanya Hezrique seorang je yang tak ambil port apa yang Datin Zarith katakan. Pandangan dia sekarang ni hanya tertumpu pada Mia dan lelaki di sebelah Mia.

Gosh! I can't even say the ultimate 'H' word. It really hurts me, though. Macam mana boleh terjebak dengan hak orang ni?

Hezrique tarik nafas dalam. Terasa dada dia sesak sekarang ni. Kalaulah dia ada pintu sesuka hati sekarang ni, sungguh dia akan hilangkan diri saat ini. Tak mampu nak tengok wanita yang mula curi perhatian dia sebenarnya hak milik orang lain.

Dari mula makan, sampailah hampir selesai mata Hezrique macam tak mampu nak larikan pandangan dari pasangan tu. Sakit rasanya tengok kemesraan lelaki bernama Zarief dan anak Mia. Susah betul dia nak terima kenyataan yang Cik Ice-Queen...no! Puan Ice-Queen sebenarnya dah ada anak sebesar ni.

Bila hidangan pencuci mulut selesai dihidangkan tapi Mia tak muncul keluar, hati dia tak boleh tahan lagi. Mia Elena mesti dicari. Selagi dia tak bercakap dengan Mia selagi tu hati dia tak tenang. Jadi, alasan yang paling rasional yang boleh dia bagi adalah tandas.

Walaupun lokasi tandas dan dapur tu menyimpang, dia memang dah tak peduli. Sampai je ke ruang pintu masuk dapur basah, mata terus nampak susuk tubuh Mia yang membelakangkan dia tengah cuci pinggan di sinki.

Bila ditanya tentang kewujudan anak, jawapan Mia terus buat dia tersedar sesuatu. Kenapa perlu dia ambil tahu sedangkan kalau ikutkan logik dia tak perlu tahu pun semua tu. Biarlah berapa orang anak pun yang Mia ada. Dia peduli apa!

Tapi yang jadi masalahnya dia tak berjaya nak 'sekolahkan' hati ni supaya jangan ambil tahu. Semua berkaitan dengan Mia Elena buat dia rasa nak tahu.

Jadi untuk cover balik ayat yang dah terlajak, terpaksalah dia tarik senyum gaya macam tak ada apa-apa. Inilah padahnya bila mulut terlajak ikut emosi.

"I just try to be friendly. I tak naklah nanti ada yang cakap I tak tahu apa-apa pasal staf."

Darn! That sounds so lame, but...whatever!

Serius dia tak ada idea lain nak 'lindung' diri. Jadi terpaksa keluar ayat-ayat macam tu.

"Thanks for your concern anyway..."

Dan jawapan Puan Ice-Queen buat dia rasa nak rendam muka dalam sinki sekarang juga. Nampak sangat dia baru letakkan situasi Hezrique-Mia dalam zon awkward. Sekejapan dia sekali lagi jadi kelu nak bersuara. Hanya mampu pandang Puan Ice-Queen yang tiba-tiba berubah air muka.

Saat tu baru dia terasa macam ada seseorang dah berdiri belakang dia. Bila dia kalih, Aunty Azreen dah pandang dia dengan Mia bersilih ganti dengan muka pelik.

"Mia dah kenal dengan Rique ke?"

Mia senyum sambil pandang dia dan Aunty Azreen.

"Kenal, ma. Encik Hezrique ni bos Mia."

Jelas muka Datin Azreen nampak terkejut dengar statement Mia.

"Oh! Mama lupa. Puncak Emas kan?" soal Datin Azreen dekat Hezrique.

Hezrique angguk sambil senyum walaupun dia dah mula rasa serba tak kena. Mana tidaknya, tadi depan yang lain dia cakap nak pergi tandas. Tiba-tiba sekarang ni kena 'tangkap kering' dengan Aunty Azreen dekat dapur basah.

"Mia pergilah depan. Biar Siti bersihkan semua nanti."

Fuh! Hezrique tarik nafas lega. Nasib baik Aunty Azreen tak tegur apa-apa macam mana dia boleh berada di sini.

"Tak apa, ma. Dah siap pun."

Mia berpandangan dengan Hezrique lepas Mia cakap macam tu. Datin Azreen pula beredar dari ruang dapur lepas bagi pesanan suruh mereka ke depan. Sekejapan, baik Mia mahupun Hezrique terdiam.

"Is there anything you need?"

Yes! I need your explanation, Mia.

Rasanya nak je dia cakap macam tu. Tapi dia tak mampu sebab dia sedar bukan hak dia untuk menuntut. Sudahnya, Hezrique hanya mampu tarik nafas berat sebelum geleng kepala.

"No, thanks. I..."

"Mia."

Tak sempat Hezrique nak sudahkan ayat tiba-tiba ada orang panggil Mia dari arah belakang Hezrique. Serentak dia kalih ke belakang.

"Yes?" Jawab Mia dan lepas tu suasana jadi pelik tiba-tiba. 

 Bagai ada cas negatif antara Hezrique dan Zarief bila mereka bertentang mata. Walaupun ini pertama kali dia jumpa Zarief, tapi entah kenapa dia ada rasa tak suka dengan lelaki ni. Dan alasannya sebab Zarief ni lebih kurang sama dengan dia. Kalau lelaki ni biasa-biasa saja, mungkin hati dia takkan 'menderhaka' dengan tuan macam ni.

"Oh...sorry. I didn't know you were here."

Darn! Hezrique mula menyumpah dalam hati. Serius malam ni dia rasa macam tengah jerut leher sendiri dekat tali gantung.

"I cari tandas tadi. And then suddenly I bumped into Mia."

Jeez...another lame story. Rasa macam nak hantuk kepala ke dinding sekarang ni. Kenapa malam ni dia banyak memalukan diri? Sahih Mia gelakkan dia dalam diam.

Dari hujung mata Hezrique nampak Mia dah terjungkit kening dengar alasan dia. Arghh...screw her! Jerit hati Hezrique.

Zarief angguk dan Hezrique terus minta diri ke depan. Buat apa-apa dia berlama-lama lagi dekat situ. Buat tambah malu lagi ada la.

Baru beberapa tapak Hezrique melangkah, tiba-tiba dia terdengar soalan Zarief yang buat dia rasa sakit hati tiba-tiba.

"You ada nampak baju Melayu I warna biru? Mama cakap ada dekat you?"

"Ada dalam wardrobe you. I dah letak dalam tu."

Dan selepas tu dia tak dengar apa-apa. Serius telinga dah tak mampu nak hadam ayat mereka bila hati dia tengah dilanda angin monsun barat daya.

Hezrique tarik nafas dalam. Sekarang baru dia faham apa rasanya perasaan kalah sebelum bertanding, suka pada orang yang salah.

It's TRULY horrible and ghastly mess. I swear I won't ever put myself through that again.

Sincerely, M.EМесто, где живут истории. Откройте их для себя