[20]

2.3K 350 10
                                    

"macam mana dengan kehidupan kau sekarang? dah ada teman lelaki?" taehyung menyedut air oren dengan mengunakan straw.

perlu ke tu soalan pertama dia bila jumpa aku? dah la aku baru je broken dengan crush sejak akhir-akhir ni.

"kenapa tanya?" aku menyuapkan sesudu kek ke dalam mulut aku, hm sedap!

"saja je tanya, mana tahu kau ni tak pernah couple selain aku."

aku tersedak bila taehyung cakap macam tu. taehyung satu-satunya lelaki yang aku rapat selama ni walaupun jarang jumpa.

lima tahun lepas dia selalu jadi boyfriend part time tak berbayar aku.

"tula makan gelojoh main sumbat je, dasar saerom pelahap." taehyung menghulurkan tisu kepada aku.

"tisu?" aku hairan, kenapa bagi aku tisu?

taehyung tunjuk di tepi bibir dia. "tu comot lap la, aku bukan boyfriend kau nak tolong lapkan."

aku mengambil tisu itu dan mengelap area bibir aku.

"sehyun apa khabar? single lagi ke dia?" tanya taehyung.

"okay je, ntah la aku tak tahu status dia sangat. dia tu suka berahsia." kata aku sambil makan kek.

"ooo dia buat apa sekarang-eh tu sehyun kan?" taehyung tunjuk ke luar kaca cafe ini dan segera aku memandangnya.

"mana?" aku tercari-cari sehyun, sejujurnya aku memang berniat nak jumpa dia pun. tapi tula dia busy.

"tu-" taehyung melihat aku sudah tiada lagi di hadapannya.

taehyung mengeluh.

"baru je jumpa tapi pergi tak ucap selamat tinggal pun.."

•••

aku mencari kelibat sehyun, aku memang teruja gila nak jumpa sehyun sekarang ni. dah lama tak bergossip katakan.

aku nak nak cerita semua pasal perangai cilaka bambam tu dan nak suruh sehyun hack instagram bambam, ha padan muka mamat tu.

akhirnya aku ternampak sehyun bermain phone di depan kedai serbaneka.

"sehyun!" aku sergah sehyun secara tiba-tiba.

"eh kejut aku!" sehyun terkejut dengan kehadiran aku.

"hahaha comel la kau bila melatah." aku tergelak melihat wajah sehyun.

sehyun memang comel lawa orangnya sampai aku pun tergoda hahaha.

"kau buat apa kat sini?" sehyun memandang ke arah kedai serbaneka seperti mencari sesuatu.

"aku baru lepas jumpa-" sehyun menarik aku ke pergi tempat lain.

"jum berbual dekat sana." ajak sehyun.

aku tak bantah dan ikut sahaja sehyun.

jumpa je sehyun aku terus cita pasal perangai bambam kelmarin, sehyun hanya mengangguk dan men-ya sahaja.

tangan dia asyik melihat phone kadang-kadang phone dia ada orang call siap hantar mesej lagi. kadang-kadang muka dia resah.

ha ada boyfriend la tu.

sehyun menaip sesuatu di phonenya dan langsung tak dengar aku bercakap.

"chat siapa tu?" tanya aku ingin tahu.

"takda siapa, kawan je." sehyun terus offkan phone dia.

"mesti boyfriend kan? untung la."

"mana ada lah hahaha." nafi sehyun dengan tergelak kecil.

"pandai eh rahsia dengan aku sekarang." aku pandang suspen dekat sehyun.

"erm saerom aku kena pergi lah sekarang ni, ada emergency. nanti kita chat ya malam ni."

"ha? aaa okay pergilah."

"bye, jumpa lagi." senyum sehyun dan melangkah pergi.

tadi aku rasa macam cakap dengan tunggul kayu je.

upload | bambam.Where stories live. Discover now