Bab 1

184K 5.7K 165
                                    

versi baru

belum edit


Albany, New York.

TEPAT jam dua belas tengah malam, Rhea melangkah keluar dari bilik tidurnya. Menghampiri ruang tamu, pelipisnya mula berkerut. Gelap. Mana pergi semua orang? Tak kanlah semua orang keluar tinggalkan dia kat rumah ni sorang-sorang? Hesy!

   Elok dia mahu kembali semula ke bilik tidurnya, ruang tamu yang tadinya gelap gelita bertukar terang.

   Pop!

   Bunyi letupan kecil mengejutkan dia. Besar biji matanya memandang beberapa sosok manusia yang berada di ruang tamu itu. Kertas-kertas kecil berwarna-warni yang keluar dari party popper itu jatuh mengena ke tubuhnya dan lantai.

   "Happy birthday to you big sister!!!" sekilap, tubuh Rhea didakap dua dara. Rhea ketawa seraya membalas pelukan adik-adiknya itu.

   "Eei, jahat tau kau orang ni!" berkerut muka Rhea. Konon marah padahal inilah kejutan hari jadi yang paling dinanti-nantikannya setiap tahun.

   "Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-24 penghuni rahim sulung mama," Puan Hanani menghampiri Rhea. Tubuh Rhea ditarik ke dalam pelukan setelah dia melabuhkan satu kucupan ke dahi anak sulungnya itu.

   "Awh... thank you so much, mama. I love you so much!" tiba-tiba Rhea jadi sebak. Haih...

   "I love you too, sweety..." balas Puan Hanani lantas pelukan dileraikan. Matanya meliar ke sekeliling. Tercari-cari satu lagi sosok di ruang tamu itu.

   "Where's papa?"

   "I'm here sweety..." tiba-tiba Encik Rafael muncul dari dapur dengan sebiji kek ditangan. Makin melebar senyuman Rhea bila lelaki itu sedang menapak menghampirinya.

   "Papa..."

   "Happy birthday, my sweety. You'll always be in my prayers... papa loves you," sebelah tangan mengampu sebiji kek manakala sebelah tangannya memeluk kejap bahu Rhea.

   "Thank you, papa. Love you too!" pelukan Encik Rafael dibalas.

   "Oh! Here's your favorite cake. Mama tempah special dekat Aunty Lana tau," sebiji kek blueberry dibawa ke depan wajah Rhea. Mata Rhea semakin bersinar-sinar. Ah... kalau Aunty Lana yang buat kek blueberry, wajib sedap! Memang sejak dulu lagi, kek air tangan Aunty Lana la yang dia paling suka.

   "OMG! Favorite ni!" Rhea terus meniup beberapa batang lilin yang dicucuk di atas kek tersebut.

   "Thank you mama, papa. Shea and Dhea too!" terharu Rhea dibuatnya. Rasa macam nak menangis!

"Special for you, kakak. From me and Dhea," Shea si nombor dua menghulurkan bungkusan yang berbalut kepada Rhea.

   "Hurm... let's see kau orang bagi apa dekat kakak," terus Rhea mengoyak kertas pembalut. Seketika mata Rhea terbuntang melihatkan objek yang berada di dalam kotak tersebut.

   "Shea! Dhea! Eei... mana kau orang berdua dapat duit beli kasut ni, hah?" tanya Rhea. Kasut rekaan terbaru dari sebuah butik terkenal itu memang sudah lama dia inginkan. Tapi disebabkan harganya yang agak mahal, Rhea tolak tepi keinginannya itu. Dia sudah diajar oleh Encik Rafael dan Puan Hanani. Utamakan keperluan bukan kehendak. Hidup jangan terlalu bermewah. Lagi-lagi bila mereka kini berada di tempat orang.

   "Kita orang kumpul duitlah. Kan Dhea?" terjongket-jongket kening Shea. Rhea kemam bibir.

   "Kau orang ni... susah-susah aje. Tapi kakak suka sangat kasut ni. Thank you!" Rhea memeluk tubuh Shea dan Dhea. Walaupun dua orang adiknya ini kadang-kala menyakitkan hati, tetapi kasih sayangnya buat mereka berdua tak pernah berkurang sedikit pun.

Lecturer Sebelah Rumah | TerbitWhere stories live. Discover now