47%

2.9K 230 4
                                    

M U R V E : MEET THE DARKNESS


"HAPPY BIRTHDAYYY~~~"

Alexander menggaru belakang telinganya sebelum dengan kekoknya dia meniup lilin yang tersemat di atas kek.

Tepukan dari ahli keluarga serta sahabatnya memeriahkan suasana di laman belakang rumahnya itu.

Hayden menepuk bahu Alexander sementara nanny mencolet sedikit kek itu lantas disua ke mulut cucunya.

Alexander senyum kecil lalu membuka mulutnya. Hayden mengerdip-ngerdip matanya yang berair. Zu Er pula hanya diam merenung Alexander dari jauh sambil memeluk anaknya.

"Ibu--nak pergi dekat papa--" rengek Hel sambil dongak melihat ibunya.

Zu Er menunduk mencium dahi anaknya. Wanita itu menggeleng. "Tak boleh sayang- sebab.." Anak matanya kembali menikam Alexander yang sedang bergelak tawa dengan nanny dan Hayden. Wanita itu melihat kembali anaknya.
"Dia bukan papa Hel--dia milik orang lain."

Hel memuncung lalu melepaskan diri dari pelukan ibunya lantas berlari ke arah Alexander.

Mata Alexander jatuh pada kanak-kanak lelaki yang tiba-tiba memeluk kakinya itu. Hayden hanya mendiamkan diri.

"Papa~~"

"Maaf...adik...abang bukan papa adik---adik salah orang ni-" tuturnya lembut. Dia mengusap lembut kepala kanak-kanak lelaki itu.

"Kenapa dengan papa n--"

"Hel!-" mata Alexander beralih pula pada wanita yang memeluk kejap tubuh kecil itu sekali gus membebaskan kakinya dari pelukan kanak-kanak itu.

"Ibu--papa--" rengekan kanak-kanak itu makin kuat.

"Sayang--ibu dah cakapkan." Mata wanita yang menggelar dirinya ibu itu menunduk pada Alexander. "Maaf,--anak saya--salah orang."

Alexander angguk sekilas,mata lelaki itu melirik Hayden yang turut sama memandangnya.
Hayden melemparkan senyuman kecil padanya.

Hayden menarik tangan kanak-kanak itu lembut. "Hey,nak makan kek--uncle ambilkan.." Pujuknya.

Kanak-kanak itu dongak melihat Hayden ,tangan kecilnya menggosok-gosok matanya. Tanpa berfikir lama,kanak-kanak itu sudah beria menggangguk lantas mengikuy langkah Hayden.

"Erm---" Zu Er mula kekok berdepan dengan Alexander yang baru ini.

"Jemput makan." Balas Alex sebelum menyisip jus yang dibawa oleh maid.

Zu Er angguk perlahan. Apabila Alexander mula meninggalkannya untuk bersama nanny di sudut lain,hatinya hanya merelakan biar pedih yang terasa.

Be happy untill the last breath...Alex...

Mata wanita itu berair ,dalam kegelapan malam dia menyeka lembut air mata yang mengalir dari tubir matanya. Lantas kakinya melangkah mendapatkan anaknya.

Alexander menoleh melihat belakang tubuh wanita yang bersama dia tadi. Dia seperti mengenali wanita itu,kerana hatinya tak betah berlama-lama bersama wanita itu. Entah mengapa,hatinya mahu cepat-cepat beredar dan menjauh dari wanita itu.

"Hey mate,kau ok?" Soalan dari Xavier membuatkan Alex menggeleng sambil tersenyum.

"Hum..hah--kau stay sini sampai bila?" Soal Alex sambil tangannya mengambil buah-buahan yang dicucuk pada lidi  dengan disalut coklat.

"Lama sikit kali ni-kenapa-? Aku tak stay kat rumah kau lah..jangan risau...aku stay hotel-"  seloroh Xavier hanya membuatkan Alexander sengih.

(1) MURVE : Meet The Darkness[Book 1]✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن