40%

3.6K 257 9
                                    



Everyday ,

I wish to see your face,

To touch your shinning hair,

To feel your presence,

To feel your touch...

To kiss you..cheerish you...

Every seconds.








M U R V E : MEET THE DARKNESS

CHAP: 40







Seorang lelaki bertubuh sasa merenung di sebalik jendela besarnya. Dari situ,terserlah pemandangan ibu kota Paris yang bergemerlapan dengan lampu jalan ..ditambah pula dengan binaan tertinggi yang menjadi pusat tarikan pelancong di situ.

Eiffel Tower kelihatan indah dari jendela ruang pejabatnya. Matanya melirik sayu pemandangan malam itu.




"Tuan Hel?"




Lelaki bersut hitam itu menoleh sekilas pada pekerjanya. "What is it?" Malas suaranya menyoal. Matanya masih merenung kota itu. Hatinya tiada minat mahupun perasaan ..hanya kosong...sekadar memberi masa rehat buat matanya yang sejak pagi mengadap dokumen ,client,meeting dan macam-macam lagi.




"Maklumat mengenai perempuan yang tuan minta,sudah disiapkan."





Mata Hel menikam pekerjanya yang hanya menunduk sejak tadi. Dia memeluk tubuh lalu bergerak ke arah meja kerjanya. Otaknya masih memproses segala agenda yang sudah lama dirancang.





Mata Hel naik melirik pekerjanya. " Bagus--- tapi...tuan pengarah tahu ke pasal ni?"





"Tidak. Kami pastikan tuan pengarah langsung tidak tahu menahu mengenai hal ini. "







Hel angguk sambil menghenyak punggung ke kerusi kulitnya. Tangannya diletakkan keduanya di atas meja,sambil menongkat dagu.






"Uruskan pertemuan aku dengan dia dulu.." Jeda, Hel melirik sekilas jendela besarnya dari tempat duduknya. "Aku perlu kenal diri dia seperti apa dulu-- baru aku bawa dia jumpa papa."








Pekerjanya menunduk faham dengan arahannya.












⚫⚫⚫





Japan

[Sambungan dari chp lepas ,waktu keluar dari Mirror House]






Aku mengeluarkan tapak tanganku,titisan air hujan jatuh di tapak tanganku. Angin dingin mulai bertiup kencang.





"Macam nak ribut--"



Mataku melirik dia di sisiku yang sedang merenung langit yang mulai gelap. Awan berarak lambat.


Sejak dari insiden di dalam mirror house,aku jadi kekok.


Aku tahu aku tak patut fikir bukan-bukan..lagi pun... Aku akan khianati kepercayaan dia jugak.





Matanya jatuh padaku. "Sementara masih awal,baik kita redah.."






Aku angguk padanya. Dia buka denim jaket yang dipakainya sebelum melindung kepala ku dengan jaket itu.






Kami segera meredah hujan yang mulai lebat disambut dengan angin ribut. Aku lihat kebanyakkan pengunjung kelam-kabut mencari tempat berteduh manakala peniaga di tepi jalan cepat-cepat menyelamatkan  jualan mereka.






(1) MURVE : Meet The Darkness[Book 1]✔Where stories live. Discover now