16%

4.5K 316 0
                                    

Nina pov

"Nak apaaaa!!!"



"Nak kau."


Mataku terkebil-kebil merenungnya yg tenang sambil duduk di birai katilku. Sekarang aku rasa unsecure. Segera tanganku memperbetul baju tidurku ,kekok dengan keadaan yang tiba ii sunyi ini.


"Sini." Sisi katilku ditepuknya beberapa kali.


"No way!" Selarku. Ku peluk tubuh memandangkan pintu kaca yang memisahkan bilikku dengan balkoni masih terbuka luas ,memberi ruang kepada sang angin malam mendesup masuk .


Ku bawa kaki ke sofa single yang bertentangan dengan katilku. Dapat ku rasa tenungan tajam olehnya menikam belakang kepalaku. Ku henyak punggung ke sofa empuk itu sebelum mataku meliriknya sekilas. "Cakaplah.."



Ivan senyum senget. Dia jungkit bahu sebelum membaringkan tubuhnya di atas katil empukku. Tangannya diletakkan di atas dahi lantas matanya merenung siling bilikku.



"Kalau nak tidur boleh je kan tidur kat bilik awa-kkau." Ku ketap bibir geram bila masih terbiasa menggunakan ganti diri awak saya memandangkan aku selalu berbual dengan Hayden.



"Masih kekok dengan aku?"

Ku tenungnya yang masih berbaring di katilku.





"Rasanya lebih ok kalau aku teruskan bercakap begini dengan kau..kan?" Jeda,tubuhnya ku tatap lama. "Atau-kau nak aku ubah?"



"Aku dah jelaskan..aku ikut ja apa yang kau selesa..."




"Good for me."



"Kau -tak nak tanya kenapa aku masuk bilik kau?"



Ku tatap diri dengan penuh wasangka. Apehal dia ni malam ii meroyan ke apa?




"Erm..kenapa?"




Dia bingkas bangun lalu duduk merenungku. Matanya menikam tajam seakan mahu tembus pula.
Ku jungkit kening sebagai tanda untuk dia menyambung ucapannya.



"Tak nak dapatkan semula harta kau kah?"



"Means?"




Dia jungkit bahu lagi sambil tersenyum penuh makna padaku. Nafas berat dihelanya lantas berdiri di sisi katilku. Baguslah...




"Apa maksud kau? Jelaskan dulu."selarku bila dia mula melangkah ke arah daun pintu . Apa kes ayat tergantung camtu? Tak lulus BM ke?



Dia menoleh padaku. Matanya bosan menikamku. Mulutnya terkunci hanya mata sahaja yang berbicara,biarpun aku tak faham sepatah haram pun!


Jangan kecam aku,dah tak bagitahu mana aku tahu!




"Tidur awal..ada tugas untuk kau esok."



"Tapi-"



"Bed ,now."Arahnya dengan mata yang menjelingku tajam.





Aku memalingkan wajah ke tempat lain. Sebal dengan arahannya . Taguna?sengaja tak nak bagi aku tido lena lah tuh!!



Bunyi daun pintu tertutup terus memaksa mataku melirik pintu semula. Rasa tak puas hati meluap-luap dalam dadaku. Ku hela nafas berat. Sekejap ok sekejap tak...just great...Ivan...just great.  



(1) MURVE : Meet The Darkness[Book 1]✔Where stories live. Discover now