Motor pun digerakkan. Jarak antara kawasan perumahan rumah teres dua tingkat tersebut dan juga Jalan Lama Menggunung mengambil jarak selama 20 minit. Selama itu jugalah, kebisuan yang agak janggal berjangkit antara Izzat dan Emmy sehinggalah mereka mula keluar dari kawasan pekan, mula memasuki kawasan hutan dan jalan lama yang memang dibina membelah kawasan hutan tebal yang sememangnya berjiran dengan Menggunung.


"Awak..." panggil Emmy sambil menolak pelindung wajahnya. Izzat memperlahankan kenderaannya.


"Berhenti... berhenti ke tepi jalan!" suruh Emmy.


Izzat mengangguk. Motor itu dibawa ke bahu jalan. Spontan, Emmy membuka helmetnya sambil menoleh ke belakang. Izzat pun menolak pelindung wajahnya untuk bercakap dengan Emmy.


"Awak nampak apa?" soal Izzat.


"Ada... lori tadi. Awak nampak tak apa yang saya nampak?" soal Emmy.


"Tak. Saya fokus bawa motor jer," soal Izzat.


"Tak apa... mungkin perasaan saya jer," balas Emmy.


"Awak nampak apa?" soal Izzat, buat kali kedua.


"Ada... ada perempuan berkain putih bergayut pada belakang lori tu," tutur Emmy.


"Serius?" soal Izzat. Emmy mengangguk.


"Rasanya Pontianak tu bagi salam pengenalan untuk awak. Awak nak patah balik?" soal Izzat. Emmy pantas menggeleng.


"Excited," balas Emmy jujur.


"Kalau macam tu, naik balik kat belakang saya," suruh Izzat. Motor tadi terus dihidupkan lalu Izzat terus membawa Emmy membelah hutan yang mendampingi Jalan Lama Menggunung. Perjalanan dengan motorsikal untuk sampai ke lokasi penemuan mayat lelaki dengan leher yang dibaham sesuatu tidak mengambil masa yang lama. Sekadar dalam sekitar 10 minit selepas mengharungi selekoh-selekoh tajam yang memang mercu tanda untuk Jalan Lama Menggunung, selain daripada hutan tebalnya.


Sampai sahaja dihadapan lokasi tersebut, sekali lagi Izzat menghentikan motornya. Emmy turun terlebih dahulu sementara Izzat mencari lokasi terbaik untuk memarkirkan motornya. Emmy kini sedang melutut sambil melihat beberapa helai bunga kemboja sedang memenuhi lantai di bawah sebuah pokok.


"Ada bunga kemboja kat sini. Tapi bukan pokok kemboja," kata Emmy.


"Itu bermaksud benda tu ada kat sini," tutur Izzat.


"Bawa saya ke tempat jirat cina tu..." suruh Emmy.


Izzat sekadar mengangguk. Motor dihidupkan dan Izzat dan Emmy terus menuju ke jirat cina yang dikatakan. Sebaik sahaja motor Izzat sampai disitu, secara spontan Emmy membuka penutup helmetnya.

Menggunung (Completed)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن