MAYA 27

8.1K 300 21
                                    


"So... miss me?" Adam melutut depan kerusi Maya.

Gadis itu mencebik. Balik lagi tunjuk muka kayu dia.

Tersenyum dia melihat wajah yang tidak pernah hilang dari hatinya. Ada saja gaya Maya yang mencuit hatinya.

"Dengar ada orang merajuk sampai lari rumah?" Terkejut bila kawannya meluahkan perasaan yang Adam tertampar Maya. Nak datang pujuk takut dia tambah keruhkan lagi keadaan. Ditahan saja hati mengikut nasihat uncle Khair agar dia bersabar.

"Adam!"

Adam tertawa. Dengar pun suara mahal tu.

"Thanks for coming back to us..." ucap Adam ikhlas. Sujud syukur bila usahanya selama ini menjadi kenyataan. Akhirnya Maya sudi terima papa kandungnya sendiri.

"Thanks to you... Adam sedarkan Maya..." Kerana video rakaman Adam yang turut diselitkan rakaman papa yang nyenyak tidur terlantar di wad. Hati Maya tidak pernah tenang. Mulut kata lain tapi hati meronta-ronta ingin mengetahui kesihatan papanya.

"Kasih diterima. Jadi bila nak Adam tangan tok kadi ni? Lama sangat tangguh! Tak naklah bila Adam ke luar negara lagi. Orang tu ingatkan kita tinggalkan dia..." Tawa Adam mengusik. Saja dia buat ayat macam tu pada video tempoh hari.

Berkesan juga idea bernas uncle Khair ni. Bagi sikit Maya rasa tidak selamat. Itu saja jalan supaya Maya sedar dari egonya.

"Yiee! Benci! Siapa entah nak kahwin dengan dia. Kahwin dengan kucing ni! Ambil balik!" Belle diserah kepada tuannya semula. Benci betullah! Suka sangat usik dia!

"Betul ek benci. Alololo... nak lah..."

"Adam stop it!" Merah muka Maya diusik lelaki tu. Menyesal dia buat drama air mata setiap malam. Kononnya rindu Adam yang tinggalkan dia.

Kena tipu rupanya! Cis!

Adam tertawa. Comel muka malu Maya tu.

"Malaslah nak layan. Masuk dalam lagi bagus." Makin lama dia di situ. Makin giat Adam usik dia. Buat malu aje berdrama petang-petang macam ni. Pergi bantu mama Adam lagi bagus.

"Maya!" jerit Adam memanggil wanita itu.

Maya berhenti melangkah. Adam yang masih melutut atas lantai dipandang.

"Terima kasih sebab pakai cincin tu. Minggu depan kita kahwin ye sayang... Adam pun rindu Maya. Love you sayang..." Luah lelaki itu. Jelas riak bahagia pada raut wajah Adam.

Bahagia kerana berjaya satukan keluarga Maya.

Bahagia kerana bakal menjadikan Maya keluarganya.

Terharu Maya dengar luahan Adam walaupun berbaur usikan. Alhamdulillah! Tidak sangka akhirnya dia dapat capai bahagia yang dia pernah impikan dahulu. Terima kasih Adam. Terima kasih hadiahkan kebahagian yang dia cari.


TAMAT.


NOTA KAKI : Terima kasih sebab sudi baca Maya. 

MAYA (COMPLETED)Where stories live. Discover now